CHAPTER 8

180 12 0
                                    

    Pedal minyak ditekan penuh. Afia fokus memandu. Adelia melihat cermin sisi. Riak Adelia sedikit cuak apabila dia melihat kereta hilux itu masih mengejar dan semakin dekat dengan mereka. Adelia menepuk-nepuk bahu Afia yang masih memandu.

"Cepatlah sikit! Diaorang dah dekat ni!"

Tepukan Adelia yang mengganggunya memandu ditepis menggunakan sebelah tangan. "Ish! Sabarlah sikit. Kau ingat ni jalan bapak kau punya? Kan banyak kereta ni!" ujar Afia. Waktu petang macam ni banyak kereta sebab orang baru balik kerja. Takkan dia nak sondol semua kereta ni.

Stereng kereta sekejap di pusingkan sedikit ke kanan, sekejap di pusingkan sedikit ke kiri. Mengelak daripada dilanggar. Sesi cilok-mencilok. Dia perlu cari jalan yang kurang orang. Dekat sini ada orang awam. Bahaya.

Tap! Tap!

Adelia menundukkan sedikit kepalanya apabila terdengar bunyi peluru berlaga dengan kereta milik Afia. Fuh! Nasib baik kalis peluru.

"Afia! Diaorang main tembak-tembak pula! Cepatlah sikit! Aku tak nak mati sekarang!!" jerit Adelia di sebelah telinga Afia.

"Woi! Boleh pekak aku! Daripada kau asyik terjerit-jerit baik kau tolong aku. Aku tengah cari jalan kosong. Nanti aku tolong. Dekat bawah seat tu ada M16A2 Rifle. Pastikan jangan kena kereta orang awam." ujar Afia.

Adelia mengangguk lalu tingkap dibuka. Dia mengeluarkan sedikit badan menghadap kebelakang. Rambut yang serabai dek angin dibiarkan. Senjata ditangan diacukan ke arah kereta hilux yang masih mengejarnya.

Zap!

Adelia ingin menembak ke arah lelaki yang sedang memandu, namun pelurunya tersasar ke cermin sisi. Kereta Afia yang sedang mengelak makin menyebabkan dia sukar untuk menyerang.

Tap! Tap!

Adelia yang hampir ditembak oleh lelaki tadi terus kembali masuk ke dalam perut kereta. Tercungap-cungap dia mengambil nafas.

"Aku. Aku hampir mati siak tadi! Cepatlah Fia!"

"Ish kau ni! Kalau benda ni viral lepastu polis cari kita, kau kena tanggungjawab eh," kalau boleh dia tak nak melibatkan polis, tapi terpaksa.

"Ah, lantak lah! Sekarang ni nyawa lagi penting! Cepatlah!"

"Iya, iya. Sabarlah." Afia menarik nafas sebelum dia menarik brek tangan lalu memusingkan stereng sehingga kereta mereka terpusing berlawan arah menghadap ke arah kereta hilux yang semakin dekat dengan mereka. Brek tangan kembali diturunkan seraya Afia menarik gear R. Pedal minyak ditekan sehingga kereta mereka bergerak secara kebelakang.

Punat kecil di bahagian stereng kereta ditekan sebelum berbicara. "Lambo, activate auto drive."

"Auto drive activated." kereta Afia bergerak sendiri kebelakang tanpa dia menekan pedal minyak.

"Dah cepat!" Afia mengambil senjata api di bawah seat nya. Mereka mengeluarkan separuh badan ke luar tingkap. Afia mula menembak kemudian diikuti oleh Adelia. Berdas-das tembakan dikeluarkan. Sehingga peluru Afia tepat terkena di kepala pemandu kereta dan Adelia tepat terkena ke arah tayar kereta.

Skreet..!

Bunyi tayar kereta bergesel dengan jalan tar seraya kereta hilux itu terbalik di pinggir jalan raya.

Afia tersenyum sinis lalu mereka kembali memasuki perut kereta. Punat di stereng kereta ditekan menyebabkan kereta Afia berhenti mengejut. Gear D ditolak kemudian, stereng kereta dipusingkan sehingga kereta mereka kembali menghadap ke depan.

"Fuh, cayalah. Hebat doh kau!" Adelia menepuk tangan.

"Well...tengoklah siapa." pedal minyak ditekan menyambung perjalanan yang tergendala sebentar tadi. Tidak sampai beberapa meter perjalanan, tiba-tiba...

Boom!

Kereta hilux yang mengejarnya tadi meletup. Habis terbakar seluruh bahagian kereta itu.

Afia tersenyum puas memandang kereta yang terbakar itu. Kau dah salah orang untuk ajak main.

Tanpa mereka sedar, sekunjur tubuh terbarik disebalik semak sambil memandang sinis ke arah kereta Lamborghini milik Afia yang semakin menjauh. Muka yang tercalar-balar akibat serpihan cermin kereta dibiarkan. Seperti sudah biasa menerima kecederaan yang terdapat di dirinya.

"K-kau tunggu nasib kau. Akan aku hancurkan kehidupan kau." ujarnya disebalik semak seraya perlahan-lahan lelaki itu bangun meninggalkankawasan tadi. Kaki pantas berlari memasuki ke dalam semak.

    Pintu rumah dibuka. Kaki melangkah masuk ke dalam. Beg plastik yang dipenuhi barang di letak elok di sebelah sofa. Beg tangan dan kunci kereta dicampak di atas meja. Afia  menghempaskan tubuhnya ke atas sofa. Sungguh dia penat hari ni. Matanya terlelap sebentar.

"Ha, dah balik pun kamu. Mana barang yang mama suruh beli tadi?" tanya Puan Salina. Tak nampak pun barangnya.

Afia menggapai-gapai beg plastik yang tersorok di sebalik sofa.

"Ni, ha!" jawab Afia lemah. Dia mengangkat tinggi beg plastik tetapi badan masih terbaring di atas sofa.

Puan Salina menggeleng kepala melihat kerenah anak daranya. Beg plastik ditangan Afia digapai. "Terima kasih Fia." ucap Puan Salina. Macam penat sangat sahaja anaknya.

Afia hanya membalas dengan menunjukkan gaya thums up. Kudratnya terlampau lemah untuk berkata. Puan Salina memasuki ruang dapur.

"Nur Afia Erina Binti Khairul Baqir!" jerit Puan Salina memanggil anaknya.

Alamak! Ni kalau dah panggil nama penuh ni, mesti aku ada buat salah. Terus Afia berlari menuju ke dapur.

"Ye, ma. Ada apa?" tanya Afia. Jantung sudah berdebar-debar. Apa salah yang dia buat?

Puan Salina memandang Afia sambil bercekak pinggang. Satu paket tepung ditunjuk kepada Afia. "Ni, apa?" soalan Afia dijawab dengan soalan.

"Er..tepung lah ma. Mama suruh beli tepung kan?"

"Memang lah tepung. Tapi mama suruh beli tepung gandum, bukan tepung beras. Astaghfirullahaladzim." mengucap panjang Puan Salina melihat Afia.

Kening yang tidak gatal digaru. Lah, tak sama ke? Bukan semua tepung sama ke? "Ouh...itu tepung beras ke? mana lah Fia tahu."

"Apa aje yang kamu tahu? Ha, lagi satu. Mana susu?" soal Puan Salina. Tercari-cari botol susu di dalam beg plastik. Tak ada pun.

"Er...susu dah habis ma." jawab Afia. Takkan dia nak bagitahu perkara sebenar. Ini semua salah lelaki yang mengacaunya di mini market tadi.

"Dah. Pergi mandi sana. Fia dah solat asar belum?" tanya Puan Salina lagi.

Afia menggeleng.

"Dah cepat. Pergi mandi lepastu solat. Kalau kamu lapar, mama ada masakkan makanan untuk Fia."

Afia mengangguk lalu dia bergerak menuju ke tangga. Kakinya meniti anak tangga sehingga ke bilik. Tuala digapai lalu memasuki bilik air untuk membersihkan diri.


𝐒𝐨𝐫𝐫𝐲 𝐭𝐚𝐮 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐜𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 𝐦𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐡𝐚𝐦𝐛𝐚𝐫 𝐬𝐢𝐤𝐢𝐭. 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐧𝐚𝐤 𝐫𝐮𝐬𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐛𝐢𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐜𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 𝟏𝟎. 𝐀𝐧𝐝𝐚 𝐝𝐢𝐚𝐥𝐮-𝐚𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐯𝐨𝐭𝐞 𝐝𝐚𝐧 𝐜𝐨𝐦𝐦𝐞𝐧𝐭. 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐥𝐮-𝐦𝐚𝐥𝐮, 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐧-𝐬𝐞𝐠𝐚𝐧.👍

Mr.Mafia With Mrs.MafiaWhere stories live. Discover now