2020
Cut!!!!!! Suara pengarah bergema dalam kesayuan tatkala semua crew di situ fokus kepada lakonan yang sangat menjadi daripada pelakon utama perempuan mereka.
“It's a wrap” sahut crew yang lain.
Mendengar sahaja jeritan daripada pengarah terkenal tanah air itu, Luna Tihana menyapu air mata yang membasahi pipi. Ketika itu juga, pengurusnya datang membawa beberapa helaian tisu.
“Tak disangkal lagi, pelakon terbaik memang milik kekal Luna Tihani! Dengan aku menangis di belakang tengok kau meraung,” ujar Cindai yang merupakan pengurus kepada Luna sejak Luna menceburkan diri dalam dunia lakonan lima tahun yang lalu.
“Kenapa agaknya penulis tiba-tiba tukar skrip. Awal-awal aku baca, watak aku tak mati kan? Eh hari ini dah mati, siap roh berkeliaran di padang rumput lagi,” rungut Luna. Dia menyelak rambut panjang daripada menutupi mata.
Patttttt
Cindai memukul manja bahu Luna. “Tapi memang sesuai pun dengan jalan cerita, lagi syahdu. Kau kena ingat, tak semua kisah cinta akan lengkap, berakhir bahagia.”
Luna mencebik bibir. Dia berjalan seiringan dengan Cindai mendekati crew yang lain.
“Tahniah Luna. Gembira saya dapat bekerjasama dengan pelakon yang sangat berbakat seperti Luna. Saya harap Luna tak serik untuk berkolaborasi dengan saya lagi di masa hadapan,” ucap Tuan Pengarah tatkala huluran tangannya disambut oleh Luna buat seketika.
“Terima kasih, saya pergi dahulu,” balas Luna sekali gus menutup ruang bicara yang lebih panjang.
Memang tak ingin aku, sudahlah miang daun keladi! kutuk Luna di dalam hati.
Luna kini berpeluk tubuh di hadapan pintu kereta memandangkan Cindai masih ada urusan yang perlu diselesaikan.
“Cindaii!” laung Luna, matanya membulat besar sebagai isyarat kepada Cindai untuk lebih pantas. Dia mahu meninggalkan tempat itu secepat yang mungkin.
Cindai yang tergopoh-gopoh dengan dua bag besar di tangan akur dengan arahan Luna. Selesai meletakkan segala barang di dalam bonet, Cindai mengambil tempat di bahagian pemandu manakala Luna berada di bahagian belakang, lebih selesa begitu.
“Luna, tidurlah kalau mengantuk….nanti kalau aku ternampak stesen minyak, aku singgah beli kopi untuk kita,” cadang Cindai.
Dia perasan mata Luna yang mula merah. Mana tidaknya, sejak pukul tiga pagi, Luna langsung tidak dapat tidur, menyelesaikan segala adegan di hari terakhir setelah empat bulan penggambaran dijalankan.
“Sekarang pukul lapan, awal lagi nak tidur. Aku temankan kau sekejap. Nak tengok juga pemandangan, cantik sungguh kampung ini,” bicara Luna.
“Betul,” jawab Cindai sepatah. Matanya fokus kepada pemanduan. Kereta Toyota Alphard yang dipandu perlahan melalui jalan kampung yang sedikit sempit.
Luna melihat skrin telefon yang gelap. Dia menunggu notifikasi mesej daripada seseorang. Luna mengeluh hampa.
“Amran masih di Bangkok. Mungkin dia sibuk, macam kau juga shooting sana sini,” campur Cindai tatkala telinganya menangkap keluhan lemah Luna.
“Lantaklah!” Luna membaling telefon bimbit ke atas kerusi.
“Orang lain pun sibuk, tapi ada sahaja masa untuk orang yang tersayang. Tak minta banyak pun, satu mesej pun jadilah. Macam ini rupanya perangai, waktu belum jadi kekasih, bukan main mengorat, sekarang dah satu Malaysia kecoh pasal hubungan, mula tunjuk perangai sebenar.”
YOU ARE READING
In Your Time - Complete ✅
RomanceLuna Tihani - Seorang pelakon terkenal dan berpengaruh di Malaysia. Walaupun membesar tanpa kasih sayang seorang ibu yang secara tiba-tiba menghilang, Luna tumbuh menjadi seorang yang berjaya. Rupanya seindah nama, bakatnya tidak boleh dipandang ren...