Sudah sebulan Luna tidak bekerja. Namun, dia masih tidak berputus asa. Sejak dua minggu lepas, Luna menyertai ujibakat yang dibuka untuk pelbagai watak daripada watak sampingan hinggalah ke watak utama. Ternyata, semua orang memberikan jawapan yang sama, Luna tidak layak.
Pada malam itu, Luna mempunyai temu janji dengan seorang pengarah lelaki yang pernah bekerjasama dengannya sebelum ini. Jika dia tidak berjaya juga, Luna tekad untuk berhenti menjadi pelakon.
Dari rumah, Luna memandu sendirian kerana Cindai pulang ke kampung atas urusan keluarga. Luna memeriksa alamat yang diberikan oleh pengarah itu. Luna kehairanan, kenapa mereka perlu berjumpa di hotel?
Nombor telefon pengarah yang bernama Redza didail. Luna tidak sedap hati.
“Encik Redza, betul ker alamat yang Encik Redza share tadi. Kenapa kita perlu jumpa di hotel?
“Betul Luna. Kebetulan, saya ada urusan di sini. Jadi, saya rasa tak salah kalau Luna datang ke sini, “ jawab Redza di talian.
Luna memutuskan panggilan. Jam tangannya menunjukkan tepat jam sembilan malam. Luna sedikit risau memikirkan keselamatan diri nanti.
“Tak apa Luna, kau tak boleh berfikiran negatif. Ini mungkin peluang kau yang terakhir jadi kau kena buat yang terbaik.”
Pedal minyak ditekan, Luna mahu segera menyelesaikan urusannya. Tiba sahaja di parkir hotel, Luna melihat cermin kecil yang selalu dibawa ke mana sahaja buat kali terakhir.
Knock! Knock! Knock
Luna mengetuk pintu bilik hotel. Jantungnya berdegup kencang.
“Hai Luna,” jawab Redza dengan senyuman.
Luna terpaku. Kakinya seperti digam pada lantai. Melihat Redza yang membuka pintu tanpa baju, Luna tidak sanggup mengambil risiko.
“Maaf Encik, saya kena balik….ada…..”
Tangan Luna ditarik oleh Redza lantas pintu ditendang kuat. “Kau tak boleh lari lagi daripada aku!”
“Apa yang kau nak daripada aku? Kau jangan berani kacau aku kalau kau nak selamat,” ugut Luna. Seluruh badannya menggeletar.
“Aku tak kisah! Aku akan pastikan kau jadi milik aku malam ini.” Mata Redza dikaburi dengan nafsu. Setiap inci tubuh Luna diratah dengan pandangan yang berahi.
Luna menapak ke belakang apabila Redza mula mendekatinya. Air mata Luna mengalir laju. “Tolong…..lepaskan aku…..”
Redza menggeleng lalu merapatkan jarak antara dirinya dengan Luna. Pinggang Luna dirangkul lalu kepala disembam pada leher Luna yang jinjang.
“Lepaskan aku, binatang!”
Luna meronta dalam rangkulan. Bahu Redza dipukul sekuat hati. Kaki Redza turut dipijak namun lelaki itu langsung tidak berganjak.
“Diamlah perempuan!”
Luna merasakan tubuhnya melayang sebelum mendarat di atas katil. Luna cuba bangun namun bahunya ditekan oleh Redza. Luna menyeringai kesakitan.
“Lepaskan aku!”
“Tolong! Tolong!Tolong!”
“Tiada siapa yang akan dengar kau! Hanya kita berdua di sini!” Redza sudah lama menginginkan tubuh Luna yang membangkitkan nafsu lelakinya setiap kali mereka berjumpa di tempat penggambaran.
“Tolong!” jerit Luna sekuat hati sebelum mulutnya ditekup oleh Redza.
Tangan Redza menjalar di paha Luna lalu berhenti pada butang seluar. Wajahnya disembam ke leher Luna sekali lagi. Wangian yang dipakai oleh Luna menyebabkan dada Redza semakin berombak. Dia tak dapat tahan dengan lebih lama.
YOU ARE READING
In Your Time - Complete ✅
RomanceLuna Tihani - Seorang pelakon terkenal dan berpengaruh di Malaysia. Walaupun membesar tanpa kasih sayang seorang ibu yang secara tiba-tiba menghilang, Luna tumbuh menjadi seorang yang berjaya. Rupanya seindah nama, bakatnya tidak boleh dipandang ren...