Bab 30

817 28 0
                                    

“Assalamualaikum Hafiz!”

Terjengul muka Luna dan Cindai di muka pintu. Hafiz terkejut dengan kedatangan dua orang wanita itu ke rumahnya. “Buat apa datang sini?”

“Aku datang sebab nak tolong kau kemas rumah. Semalam, kau juga yang kata hari ini kau pindah masuk rumah. Jadi, kita orang datang,” jawab Luna. Dia mengintai ke dalam melalui celahan pintu yang terbuka.

“Luna yang nak sangat tolong kau. Aku pun tak kisah, lagipun hari ini kita orang tak ada kerja. Kau tak sudi pelawa kami masuk?”

“Hah…..masuklah.” Hafiz tergagap. Dia berasa kekok dengan kehadiran Luna dan Cindai.

“Maaflah, bersepah lagi,” sambung Hafiz. Pintu kembali ditutup rapat.

Luna melihat sekeliling. Timbunan beberapa kotak besar sedikit menghalang laluan ke ruang tamu. Luna dapat merasakan dia menghirup udara yang berdebu. Luna menggosok hidung yang terasa gatal.

“Kau dah mula kemas?” soal Luna ingin tahu. Dia meletakkan beg tangan di atas meja makan.

Pangsapuri itu mempunyai tiga buah bilik dan dapur yang bersaiz sederhana. Di ruang tamu, terdapat satu set sofa dan juga television. Keluasan yang cukup sesuai untuk lelaki bujang seperti Hafiz tinggal.

Luna menangkap bunyi air paip daripada tandas yang terletak di bahagian dapur. Adakah ada orang lain selain mereka bertiga di situ.

“Cik Luna……”

Melalui kegelapan dapur, muncul Sufian yang seperti baru sahaja bangun daripada tidur. Seperti Hafiz, Sufian juga tidak sangka akan melihat Luna pada awal pagi.

“Sufian tinggal di sini?” Setahu Cindai, Luna beritahunya yang Hafiz tinggal seorang diri.

“Tak Cik Cindai. Malam tadi, saya datang nak tolong Tuan Hafiz kemaskan rumah. Kerja tak siap lagi, sebab itu saya masih ada di sini, jawab Sufian dengan senyuman yang tidak lekang daripada bibir. Terasa indah dunia seketika kerana harinya diawali dengan pertemuan dengan artis kegemaran.

“Cik Luna datang nak tolong  Tuan Hafiz juga?” Sufian memberanikan diri untuk berbual dengan Luna.

“Mestilah, nanti kesian dia, takut penat.” Tanpa amaran, Luna meletakkan tangannya ke atas bahu Hafiz dengan kaki menjengket. Luna mengenyitkan mata kepada Hafiz.

Sufian menekup mulut. Dia memandang Luna dan Hafiz bersilih ganti. Tangan Luna yang elok terletak di bahu Hafiz turut dipandang, sukar dipercaya. Adakah dia bermimpi?

“Sayang, tak beritahu Sufian pasal kita?” Luna masih berdrama.

“Luna……” Suara Hafiz seperti berbisik. Dia tidak mahu Sufian Salah faham.

“Pasal apa Tuan?” Sufian mahu tahu

“Biar aku beritahu. Luna dan Hafiz sedang hangat bercinta. Inshallah, kalau ada jodoh, hubungan mereka akan berakhir ke jinjang pelamin.” Cindai bersepakat dengan Luna

“Tuan……sampai hati Tuan tak beritahu saya…..sejak bila? Macam mana cinta boleh berputik?” Sufian terasa hatinya ditusuk, agak pedih.

“Sufian, aku pun tak tahu sejak bila aku bercinta…..” balas Hafiz. Luna yang tidak berpuas hati mendengar jawapan itu terus bertindak dengan mencubit lengan lelaki itu.

“Berlakon sikit…..” bisik Luna di telinga Hafiz.

“Hmmmm……malam tadi nak beritahu, tapi terlupa…..maaf” Hafiz menurut. Dia tidak mahu jari kecil Luna mencubitnya lagi. Sakit!

“Sejak bila? Tolong cakap……” Hafiz menguis bahu Luna, dia tidak pandai menipu.

“Satu hari lepas!” Luna jujur

In Your Time - Complete ✅Where stories live. Discover now