Tanah perkuburan sunyi tanpa
kehadiran sesiapa. Hanya Luna yang duduk di atas batu kecil di hadapan kubur arwah Hanim. Kubur yang berbatu nisan putih dipandang dengan perasaan yang sayu. Tiada siapa sangka Hanim akan pergi ketika usia yang masih muda.“Akak….Luna ada di sini.” Tangan Luna bermain dengan tanah.
“Akak…..akak mesti dah bahagia di sana…Luna harap akak dah jumpa ibu bapa akak yang selalu akak rindui selama ini…akak ada ternampak mama Luna tak di sana sebab sampai sekarang, Luna belum berjaya menemui dia.”
“Akak, nak tahu tak yang tak lama lagi, Luna pun akan tinggalkan dunia ini. Luna harap Luna dapat gapai syurga yang mahal itu….Luna sedar Luna pendosa…..tetapi Luna masih ingin ke sana. Akak pun tahu siapa sahaja yang tak mahu akan keindahan yang abadi,” lirih Luna lagi sendirian. Surah Yasin ada di atas riba, namun dia tidak terlalu fasih untuk baca. Mata Luna bergenang dengan air mutiara.
“Akak….Abang Hafiz dah terima lamaran Luna, kami akan berkahwin tak lama lagi.. Luna minta maaf kerana Luna dah cintakan dia….sejujurnya Luna sendiri tak tahu sejak bila dia mula hadir di dalam hati Luna…”
“Luna janji yang setelah Luna pergi, Luna akan kembalikan Hafiz kepada akak…Luna harap akak akan doakan kami dari sana. Doakan Luna supaya Luna sempat bahagia sebelum Luna pergi,” bicara Luna dengan air mata yang mengalir laju. Nama Hanim yang dipahat pada batu nisan diusap penuh rindu.
Luna menyapu air mata, berkira mahu pergi dari situ. Selendang yang tergelincir daripada rambut dibetulkan supaya elok terletak kembali. Luna membongkokkan badan, mengintip selipar untuk dipakai.
Luna mendengar bunyi tapak kaki yang datang mendekat. “Abang…..”
Dari jauh, Hafiz sudah perasan kehadiran Luna di tanah perkuburan itu. Hafiz sudah mahu membatalkan niatnya namun alang-alang sudah sampai, digagahi juga kaki melangkah. “Luna dah nak balik?”
Luna mengangguk perlahan. Dia berjalan ke arah lelaki itu yang berdiri di tengah laluan. Melihat Luna yang mendekat, Hafiz mengangkat kedua-dua belah tangan, menghalang laluan Luna.
“Temankan abang,” ucap Hafiz ringkas.
Luna menggosok telinga takut dia tersalah dengar. Dahi Luna berkerut seribu. “Abang cakap apa?”
“Temankan abang, kita baca surah Yaasin sama-sama, sedekahkan untuk arwah,” sambung Hafiz lagi tanpa berganjak walau seinci.
“Tak payah nak bagi alasan. Duduk atas batu tadi, abang boleh duduk atas selipar,” arah Hafiz. Luna pula akur dengan arahan bakal suaminya itu.
“Luna tak pandai sangat baca, abang pimpin Luna boleh?” tanya Luna apabila Hafiz bersila di sebelahnya.
“Boleh, tak ada masalah. Tak perlu segan dengan abang,” ucap Hafiz lalu membuka helaian buku kecil di tangan.
Dengan pimpinan Hafiz, mereka berdua memulakan bacaan surah azimat itu bersama. Suara Hafiz yang kasar bertembung dengan suara Luna yang lembut dan sedikit perlahan. Banyak kali Luna tergagap, namun Hafiz sabar mengajari Luna bacaan yang betul sehingga baris ayat yang terakhir.
“Hanim…..” panggil Hafiz perlahan. Luna pula menadah telinga.
“Nanti, saya akan menjadi suami Luna. Saya ikhlas nak jaga dia…..saya cuba jadi suami yang terbaik buat adik kesayangan awak. Saya minta restu daripada awak Hanim,” ucap Hafiz. Dia menatap kubur sebelum beralih ke raut wajah Luna.
“Kalau Luna nak tahu, arwah pernah kata yang seandainya abang dan dia tidak berjodoh, dia tak sanggup melihat abang bersanding dengan orang lain kecuali……dengan Luna. Katanya, Luna juga terbaik untuk abang,” sambung Hafiz lagi tanpa mengalihkan pandangan.
YOU ARE READING
In Your Time - Complete ✅
RomanceLuna Tihani - Seorang pelakon terkenal dan berpengaruh di Malaysia. Walaupun membesar tanpa kasih sayang seorang ibu yang secara tiba-tiba menghilang, Luna tumbuh menjadi seorang yang berjaya. Rupanya seindah nama, bakatnya tidak boleh dipandang ren...