2 minggu kemudian,
Hafiz dan Luna berdebar menunggu kehadiran Dr Nasuha ke dalam bilik. Hafiz menggenggam erat tangan Luna apabila Dr Nasuha muncul dengan kot putih.
“Assalamualaikum Luna, apa khabar hari ini?” tegur Dr Nasuha sopan. Fail yang merekod tentang perkembangan Luna dibelek satu persatu.
“Sihat Dr…..” balas Luna sambil membalas senyuman Dr Nasuha. Melihat wajah Dr Nasuha yang beraksi tenang semakin menambah debaran di dada. Luna berharap ada berita baik untuk mereka berdua.
“Dr, keadaan Luna semakin baik tak Dr?” tanya Hafiz dengan nada risau. Kepala Luna yang berselendang di usap perlahan. Selendang itu menutup bahagian kepala Luna yang botak kesan daripada chemotherapy. Tiada lagi rambut panjang Luna yang mengurai dan bersinar.
“Luna, Hafiz, saya ada sesuatu untuk dimaklumkan kepada kalian berdua. Alhamdulillah, rawatan yang kami berikan kepada Luna setakat ini menunjukkan hasil yang positif. Sekiranya Luna kuat, teruskan rawatan hingga akhir, inshallah dia ada peluang besar untuk sembuh. Inilah keajaiban Allah yang kita pernah harapkan selama ini. Sungguh, Luna dapat hidup lebih lama bahkan boleh tua bersama Hafiz,” ucap Dr Nasuha sebak. Dia melihat perjuangan Luna untuk melawan sel kanser di dalam badan. Luna seorang wanita yang sangat kuat.
“Allah……betul Dr? Dr tak tipu kami?” Luna seakan tidak percaya. Beberapa minggu lepas, dia melihat dirinya sendiri berubah, menjadi seperti orang lain. Berat badan susut, kulit menjadi kering dan hitam, rambut yang gugur, semua perkara itu seperti menarik sinar baharu dalam kehidupan Luna.
“Luna…..kalau saya tipu awak, lesen saya boleh kena gantung tahu tak? Tak berani saya buat macam itu. Luna…..saya tarik balik apa yang saya beritahu awak dua bulan lepas. Awak boleh hidup lebih lama daripada tiga bulan.” Dr Nasuha menyakinkan Luna lagi.
“Yang penting, awak mesti teruskan perjuangan awak. Kita Masih jauh daripada garisan penamat tetapi kita tidak lagi berjalan dalam gelap. Luna boleh lalui jalan itu dengan tenang sehingga ke akhir. Boleh Luna?” sambung Dr Nasuha lagi. Amat jelas suasana bahagia di dalam ruang itu. Seakan sinar baharu menerobos masuk ke setiap penjuru.
“Terima kasih Dr! Terima kasih sebab sudi berikan yang terbaik buat isteri saya! Kami berdua berhutang nyawa dengan Dr. Hanya Allah…..yang mampu membalas jasa Dr….sungguh!” Hafiz tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk menunjukkan rasa syukurnya kepada Dr Nasuha.
“Abang…..” Luna mendongak memandang Hafiz. Genggaman tangan dieratkan.
“Ini memang tugas saya, jadi tak payah rasa terlalu terhutang budi. Orang lain pun saya akan bagi yang terbaik sebagai seorang doktor dan perawat.”
“Baiklah, saya keluar dahulu. Nanti kita jumpa lagi, Luna.” Dr Nasuha mengusap bahu Luna buat seketika.
Hilang bayangan Dr Nasuha, Hafiz terus memeluk Luna seeratnya. Rasa syukur yang besar hanya Allah yang tahu. “Terima kasih sayang. Terima kasih kerana berjuang untuk teruskan hidup demi masa hadapan sayang. Abang janji yang abang takkan sia-siakan peluang kedua yang Allah bagi buat kita berdua,” runtun Hafiz tetapi dengan perasaan teruja. Dalam fikiran sudah terbayang hari mereka menua bersama.
“Abang, Luna tak mimpi kan? Keajaiban memang betul-betul terjadi, tolong beritahu Luna yang semua ini bukan mimpi?” Luna menggoyang lengan Hafiz.
Hafiz membongkokkan badan, mendaratkan tangannya di atas kedua-kedua belah pipi Luna yang pucat. “Sayang tak mimpi, ini ialah kenyataan yang pahit pada mulanya namun sekarang bersulam manis. Semua ini akan berakhir nanti, kita kena teruskan berdoa sehingga sayang bebas daripada kanser.”
YOU ARE READING
In Your Time - Complete ✅
RomantikLuna Tihani - Seorang pelakon terkenal dan berpengaruh di Malaysia. Walaupun membesar tanpa kasih sayang seorang ibu yang secara tiba-tiba menghilang, Luna tumbuh menjadi seorang yang berjaya. Rupanya seindah nama, bakatnya tidak boleh dipandang ren...