Bab 20

704 25 0
                                    

2023,

Setelah tiga tahun membina kembali impian yang berkecai, Luna sekali lagi berjaya mencipta nama sebagai seorang pelakon terbaik di Malaysia. Bahkan, kejayaannya lebih daripada apa yang pernah digapai. Di usia 27 tahun, Luna berjaya menjadi seorang pelakon yang disegani rakan seperjuangan dan semestinya disayangi oleh para peminat.

“Tahniah Luna, akhirnya selesai juga fan meeting pertama kau,” ucap Cindai di bilik persalinan. Acara yang ditunggu telah selamat berakhir dan dihadiri hampir lima ribu peminat.

Luna duduk dengan anggun di atas sofa. Dress yang elok terjatuh sehingga buku lali masih melekat di tubuh. “Aku happy sangat, tak sangka ramai yang datang.”

Knock!Knock!Knock!

Terdengar bunyi ketukan lalu pintu ditolak perlahan. Muncul di celah pintu seorang lelaki yang segak memakai kemeja biru yang dipadankan dengan seluar putih.

“Encik Faiz, masuklah. Saya pun nak keluar dah ni,” ujar Cindai. Dia menepuk bahu Luna. Luna memberi isyarat agar Cindai tidak pergi namun tidak diendahkan.

Faiz berdiri di tepi pintu, kedua-dua belah tangan disembunyikan di belakang. “Abang tak ganggu Luna kan?”

“Tak adalah, duduklah,” ajak Luna. Dia terasa kekok berduaan dengan Faiz di dalam bilik bersaiz sederhana itu.

“Nah! Bunga untuk Luna.” Faiz menghulurkan sejambak bunga mawar merah.

“Tahniah, Luna. Abang tumpang bahagia,” tambah Faiz lagi. Dia melabuhkan punggung di tempat sama Cindai duduk sebelum ini

“Terima kasih, abang.” Luna mendekatkan bunga ke hidung, wangi!

“Luna cantik sangat hari ini,” puji Faiz lagi. Baginya, belum ada wanita lain yang dapat menandingi kecantikan Luna di matanya.

“Luna………”

“Ya?”

“Luna dah fikirkan lamaran abang? Jangan salah faham, bukan niat abang memaksa, abang hanya nak tahu. Kalau abang bertuah mungkin ada berita baik untuk abang hari ini.” Faiz masih mengharapkan Luna. Sebulan yang lalu, dia melamar Luna sebagai isteri. Dia mahu memiliki Luna selamanya dengan ikatan yang dirahmati.

Luna menelan air liur yang terasa pahit. Jambangan bunga diletakkan di atas meja kecil. Luna bermain dengan hujung meja. “Maaf abang, Luna belum buat keputusan. Luna tak sempat fikir baik-baik lagi. Sejak kebelakangan ini, Luna sibuk sangat. Harap abang faham.”

Faiz tersenyum kelat. Nampaknya dia perlu menunggu lagi. Dia takkan menyerah!

“Ambillah sebanyak mana masa yang Luna perlukan, abang sanggup tunggu.”

Dia sudah jatuh cinta. Faiz bukan lelaki yang mudah jatuh cinta walaupun ramai wanita yang datang mendekat, cuba mengambil hati. Siapa sahaja tidak mahukan lelaki seperti Faiz Amsyar. Sudahlah tampan, kaya dan paling penting menghormati wanita.

“Abang…….” Luna menghembus nafas berat.

“Bagi Luna, Luna bukanlah yang terbaik untuk dampingi abang sebagai seorang isteri. Luna banyak kekurangan diri. Andai kata abang jumpa seseorang yang lebih baik daripada Luna, abang boleh berhenti menunggu. Luna tahu menunggu seseorang bukan mudah.” Luna risau sekiranya di hujung cerita, Faiz yang akan kecewa. Penantian tanpa kepastian, tak mudah. Umpama kita menggadai masa hadapan sendiri.

“Di mata abang, Luna yang terbaik. Abang tahu Luna tak pernah ada seseorang istimewa, jadi abang fikir mungkin ada jodoh kita. Abang selalu berdoa, di hujung jalan hidup Luna, ada tempat untuk abang.” Dia tak pernah memandang Luna dengan kekurangan.

In Your Time - Complete ✅Where stories live. Discover now