Luna terlentang di atas katil di dalam bilik yang pernah dihuni oleh Datin Seri Zaitun. Syiling putih dipandang lantas air mutiara jernah yang terlepas Dari mata yang tidak berkedip. Entah kenapa hatinya sebak, teringatkan Datin Seri Zaitun.
“Luna minta maaf kerana biarkan nenek seorang diri malam itu. Walaupun nenek tak sedar, mesti nenek takut kan?”
“Pihak polis tak dapat cari pembunuh sebenar nenek dan mereka akan tutup kes. Walaumacam mana sekali pun, Luna percaya suatu hari nanti, Allah akan bongkarlan kebenaran kepada semua orang.”
“Luna rindu nenek,” ucap Luna. Tangannya dihulur ke arah meja kecil di tepi katil. Gambar Datin Seri Zaitun diambil lalu dikucup perlahan.
Luna merapatkan bingkai gambar ke dada sebelum membenarkan lena menguasai dirinya. Malam itu cukup panjang dan menyeksakan bagi Luna.
Tanpa Luna sedar, Cindai pulang ke rumah untuk menemani Luna. Apabila diberitahu oleh Hafiz tentang kejadian yang menimpa Luna, Cindai segera menyelesaikan urusan untuk kembali semula ke Kuala Lumpur. Dia tidak sanggup membiarkan Luna sendirian.
Cindai tergopoh-gopoh mendaki anak tangga sehingga hampir tersadung. Pintu bilik ditolak. Cindai melihat Luna tidur sambil memeluk gambar arwah. Melihat Luna dalam keadaan sebegitu, hatinya seperti ditoreh pisau. Sakit! Ujian apa lagi yang Allah hantar untuk Luna.
Dengan berhati-hati, Cindai duduk di sebelah Luna. Dia tidak ada niat untuk mengejutkan Luna, dia mahu Luna berehat secukupnya. Cindai menarik gambar daripada pelukan Luna lalu diletakkan kembali ke tempat asal. Lengan Luna diletakkan ke atas riba. Plastik putih yang berisi minyak gamat diselongkar.
“Kenapa kau tak beritahu aku pengarah yang kau jumpa ialah Encik Redza. Kau tak tahu yang dia dah lama perhatikan kau. Maafkan aku kerana rahsiakan tentang perangai buruk dia daripada kau.” Cindai menyesal kerana tidak memberi amaran awal berkenaan Encik Redza. Telah lama dia perasan tentang kelakuan miang Encik Redza.
Setelah selesai menyapu minyak pada kedua-dua belah tangan Luna, Cindai menyelak pula baju tidur Luna sehingga ke paras perut. Ternyata, ada lebam berwarna ungu juga di situ. Tangan Cindai menggeletar. Tak terbayang seksaan yang perlu Luna lalui sebelum berjaya diselamatkan.
“Ini kali pertama kau buat aku rasa tak berguna sebagai seorang sahabat. Maafkan aku kerana gagal jadi peneman kau.” Cindai menggenggam erat tangan Luna.
“Kenapa hidup kau sangat sakit sehingga dalam mimpi pun kau menangis….” Cindai menyapu air mata Luna yang tiba-tiba membasahi pipi. Mungkin Luna mendengar keluhan Cindai.
“Aku tak tahu bila waktunya tapi aku berdoa kau akan bahagia suatu hari nanti. Ya Allah, hadirkanlah seseorang dalam hidupnya. Seseorang yang boleh mengusap air matanya bahkan ketika dia tidur. Seseorang yang boleh mengubah kegelapan kepada cahaya. Seseorang yang boleh menjaganya sampai syurga.”
Di hadapan Luna, Cindai sering berlakon kuat supaya Luna tidak terlalu memikirkan nasibnya yang dianggap malang. Padahal jika Cindai boleh menangis di hadapan Luna, mungkin tiada hari yang berlalu tanpa juraian air mata. Melalui Luna, Cindai dapat belajar makna sebenar syukur dengan apa yang ada.
“Aku temankan kau malam ini.” Penutup minyak ditutup kemas. Dia merebahkan badan di sebelah Luna. Dia juga kepenatan.
**********************************
“Luna, akhirnya semua orang tahu kau tak bersalah!” jerit Cindai keriangan.
Luna berdiri di atas sofa. “Aku lega! Sekarang, aku boleh ada di dalam TV lagi!” Luna pula melompat keriangan di atas sofa. Bantal diambil lalu badan Cindai dipukul manja.
YOU ARE READING
In Your Time - Complete ✅
RomanceLuna Tihani - Seorang pelakon terkenal dan berpengaruh di Malaysia. Walaupun membesar tanpa kasih sayang seorang ibu yang secara tiba-tiba menghilang, Luna tumbuh menjadi seorang yang berjaya. Rupanya seindah nama, bakatnya tidak boleh dipandang ren...