Bab 31

696 27 0
                                    

Hafiz bersandar pada keretanya yang masih berbunyi enjin. Jam di tangan dikerling, sudah hampir setengah jam dia menunggu Luna di hadapan banglo wanita itu. Luna yang meminta Hafiz untuk menjemputnya kerana Luna mahu ajak Hafiz berkelah di tasik bersama-sama. Hafiz pula ikutkan sahaja memandangkan dia tidak bekerja. Hafiz memanjangkan leher, menjenguk ke bahagian dalam rumah melalui pintu yang terbuka sedikit. Sunyi! Jangan kata Luna menipunya.

Ketika itu juga, Hafiz terdengar bunyi sesuatu di ruang tamu. Pintu ditarik seluasnya daripada dalam. Hafiz terkesima seketika melihat penampilan Luna. Wanita itu kelihatan cantik walau hanya mengenakan t-shirt putih dan skirt jeans yang labuh menutupi lutut. Rambut panjangnya pula diikat rendah. Raut wajah Luna bersinar tanpa mekap yang tebal.

“Hafiz, kenapa kau pandang aku semacam? Ada yang tak kena?” Luna meraba muka. Setahunya, wajahnya bersih tanpa sebarang kotoran.

Hafiz yang kembali ke alam realiti berdehem bagi menghilangkan rasa gugup. Hafiz berdiri tegak, dia mengalihkan pandangan daripada wajah Luna.

“Berani kau sidai aku. Nasib baik aku bukan berdiri di tempat panas. Kalau tak dah lama jadi sate, bebel Hafiz. Dia memakirkan kereta di bawah parkir berbumbung di rumah itu.

“Maaf, aku tak sengaja,” balas Luna. Dia mengakui kesalahannya.

Luna menolak pintu rapat ke dinding. Satu bakul berwarna coklat dan sebidang tukar bersaiz sederhana diangkut lalu diletakkan di hadapan Hafiz. “Masuk bonet….”

“Amboi, suka hati kau nak mengarah aku!” Walaupun begitu, Hafiz tetap menunduk lalu bakul yang tidak terlalu berat dipegang dengan tangan kiri. Tangan kanannya pula memeluk tikar.

Sementara itu, Luna mengunci rumah kerana Cindai ada urusan di luar. Luna teruja kerana dapat meluangkan masa bersama Hafiz.

Lebih kurang empat puluh minit, Hafiz dan Luna tiba di Tasik Titiwangsa. Suasana riuh-rendah dengan pengunjung yang datang untuk melakukan aktiviti petang masing-masing. Nasib baik tasik itu tidak dipenuhi dengan orang ramai walaupun hujung minggu.

Hafiz membuka bonet belakang, mengeluarkan bakul makanan. Tikar pula dihulurkan kepada Luna. Dari tempat parkir, mereka berjalan beriringan mencari tempat yang sesuai untuk membentangkan tikar. Sebelum pergelangan bahu Hafiz tercabut, Luna berjaya menemui ruang yang redup di bawah pokok.

“Kau isi apa dalam bakul? Boleh tahan berat?”soal Hafiz kepada Luna yang sedang membentangkan tikar. Hafiz menghentakkan punggung, menghirup udara yang segar.

“Mestilah makanan,” balas Luna sambil membuka penutup bakul.

Hafiz mengintai ke dalam bakul yang penuh dengan bekas. Bau wangi menusuk hidung. “Kau masak semua ini?”

“Ya, mesti kau tak percaya kan? Aku buatkan spaghetti bolognese untuk kau. Yang ini jer aku pandai masak, kalau menu lain aku takut kau sakit perut nanti. Bila kita kahwin, baru aku belajar masak macam-macam.” Masih sempat Luna mengungkit isu kahwin. Bekas berisi spaghetti diletakkan di atas tikar.

Hafiz membuka penutup bekas. “Bau sedap,” puji lelaki itu.

“Aku ada bawa buah dengan kek coklat daripada Secret Recipe. Tak dilupakan juga, sebotol jus oren dan air putih agar bakal imam saya tidak tercekik.” Luna menyentuh rambut Hafiz yang disikat kemas.

“Aku suka presentation kau, menarik!” Hafiz mengambil pinggan kertas yang dihulurkan oleh Luna. Perutnya yang lapar meminta makanan.

“Biar aku cuba,” ucap Hafiz. Dia memasukkan spaghetti ke dalam mulut.

“Sedap?” tanya Luna gementar. Melihat reaksi Hafiz yang menikmati makanan sambil memejamkan mata, Luna agak yang masakannya menjadi.

“Aku boleh cakap tak sia-sia aku dengar cakap kau untuk kosongkan perut,” jawab Hafiz ringkas. Dia mahu menikmati setiap suapan. Tak sangka yang masakan Luna kena dengan seleranya. Bab makanan, Hafiz sedikit cerewet dan memilih.

In Your Time - Complete ✅Where stories live. Discover now