Bab 33

708 26 0
                                    

Hafiz bersila di hadapan pelamin yang terhias indah. Sufian yang berada di belakang pula sempat menepuk bahu Hafiz sebagai memberi sokongan. Hafiz berlagak tenang namun di dalam hanya Allah yang tahu betapa berdebar dirinya untuk melafazkan akad nanti. Jurunikah yang baru sahaja sampai juga sudah mengambil tempat di hadapan Hafiz, mengeluarkan beberapa borang yang diperlukan. Majlis itu hanya dihadiri oleh Sufian dan Cindai sahaja sebagai kenalan.

Sufian memberi isyarat kepada Cindai untuk membawa Luna turun. Hafiz kerap kali berpaling ke arah tangga, tidak sabar juga untuk melihat Luna. Dari bawah, jelas kedengaran bunyi pintu ditutup diiringi bunyi tapak kaki menuruni tangga. Mata Hafiz terus dipaku kepada tangga.

Dengan kedua-dua tangan memegang jambangan bunga mawar yang terhias indah, Luna menapak perlahan diiringi Cindai. Saat hampir tiba, mata Luna bertemu dengan mata milik Hafiz yang tidak berkedip memandannya. Bibir Luna menguntum senyuman indah. Sungguh cantik! Terlintas di fikiran Hafiz, Luna umpama bidadari. Badan Luna ditutupi dengan satu persalinan dress berwarna putih manakala rambut panjang Luna disanggul rendah. Elok terletak di atas kepala mahkota yang bersaiz sederhana serta veil panjang.

Luna duduk di atas pelamin, menunggu acara yang akan berlangsung. Tidak lama kemudian, Sufian berjalan ke arahnya dengan satu borang. Luna terus menurunkan tandatangan tanpa perlu berfikir lagi. Dia takkan berubah.

Hafiz mula berjabat tangan dengan jurunikah. Dia mengerling Luna yang beriak bahagia buat seketika. Senyuman daripada Luna mengusir rasa gugup yang bermukim di dalam diri Hafiz. Tidak pernah dia berasa gugup sebegitu selama ini. Kali terakhir dia tahu erti berdebar ketika menyertai latihan polis, lama dahulu.

"Hafiz Malik Bin Hamdan....." Jurunikah bersuara.

"Ya saya..." sambut Hafiz yakin.

Mendengar namanya disebut dalam akad oleh jurunikah, telinga Luna mula fokus untuk mendengar jawapan daripada Hafiz.

"Aku terima nikahnya Luna Tihani Binti Latif dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai." Hafiz melafazkan akad ke atas Luna dengan sekali nafas. Para saksi kelihatan mengangguk kepala, berpuas hati dengan Hafiz.

"Alhamdulillah, tahniah Luna," ucap Cindai riang. Dia mengusap bahu Luna. Alhamdulillah dengan sekali lafaz, Luna Tihani kini milik kekal Hafiz Malik. Tanpa sedar, air mata Luna menitik ke pipi. Ketika panjatan doa, Hafiz melihat mata Luna yang bergenang.

"Tuan, boleh pergi kepada Cik Luna untuk batalkan air sembahyang," bisik Sufian di telinga Hafiz ketika Hafiz bersalaman dengan jurunikah serta para saksi yang sudah mahu berangkat pergi.

Kini, hanya mereka berempat yang tinggal di rumah itu. Tak sangka perkahwinan mewah yang pernah Luna impikan terpaksa dibuang jauh begitu sahaja. Hafiz teragak-agak menapak ke arah pelamin. Rasa debar yang pergi ternyata hanya buat seketika.

"Cepatlah Tuan," arah Sufian apabila melihat isyarat mata daripada Cindai. Bahu Hafiz ditolak daripada belakang.

Melihat kelakuan Hafiz dan Sufian, Luna tergelak kecil. Cindai yang berdiri pula sudah bercekak pinggang.

"Assalamualaikum isteri abang." Itu ucapan pertama yang keluar daripada mulut Hafiz. Air mata yang bergenang di juring mata dihapuskan dengan ibu jari.

"Waalaikumussalam, kekasih terakhir," balas Luna. Tangan Hafiz yang masih menyentuh pipinya dipegang manja.

"Luna, sarungkan cincin," pinta Cindai dengan huluran sebentuk cincin di tangan.

Selesai itu, giliran Hafiz pula menyarungkan cincin kepada Luna. Tangan Luna digapai lalu cincin dipakaikan di jari manis Luna. Luna menunduk, mengucup penuh cinta tangan lelaki yang kini bergelar suami. Kolam air mata Luna pecah tanpa dapat dikawal lagi.

In Your Time - Complete ✅Where stories live. Discover now