“Erina!”
Suara Amran yang melantun tinggi mengejutkan Erina yang sedang bersantai di balkoni sebelah ruang tamu. Erina meletakkan cawan kopi di atas meja lalu muncul Amran dengan muka bengis.
“I nak tanya, kenapa you pergi serang Luna? You tahu tak disebabkan you, Luna dimasukkan ke hospital sekarang. You sedar tak apa yang you buat sangat bodoh!” Amran mengamuk.
“Bodoh? You kata I bodoh! Habis itu, yang you pergi jumpa Luna, tindakan itu tak bodoh! You ingat I tak tahu apa yang you buat di luar, di belakang I.”
“Tiga tahun kita bina rumah tangga kita, kenapa you sudah berubah?” Erina juga meninggikan suara. Ketenangan yang singgah tidak bertahan lama.
“Perangai you yang buat I berubah. I dah muak, tawar hati dengan sikap you yang suka mengongkong apa yang I buat. Untuk pengetahuan you, sejak kahwin, populariti I jatuh menjunam. I dah tak dapat banyak tawaran berlakon, I dah tak banyak duit. Keadaan dah tak sama seperti dahulu, sebelum kita kahwin.” Ternyata, Amran lebih menyayangi duit daripada rumah tangga mereka.
“You nak kata kerana I, you bernasib malang? I tak paksa you kahwin dengan I. You yang terhegeh-hegeh dengan I. You pilih untuk curangi Luna. Sekarang, semua benda nak letak atas kepala I seorang.” Erina mendengus geram. Perkahwinan itu takkan berlaku sekiranya Amran tidak melafazkan akad. Amran mengahwininya kerana kehendak sendiri, dia tidak meletakkan senjata di kepala Amran waktu itu.
“Erina, aku tak rasa yang hubungan kita akan bertahan lama lagi.” Amran berubah menjadi lebih kasar. Wajah Erina juga tidak ingin dipandang lagi. Dia muak bercampur benci, tak ada lagi cinta yang berbaki.
“Mungkin aku patut lafazkan cerai,” luah Amran.
Erina cuba memeluk Amran namun lelaki itu menolak kuat tubuhnya ke belakang. “Tolong, jangan ceraikan I. I tak nak kehilangan you, I cintakan you Amran. Ini bukan pengakhiran untuk kita. I sanggup berubah asalkan you takkan ceraikan I.
“Aku takkan termakan pujuk rayu lagi. Terlalu banyak masalah yang kau buat sehingga aku makan hati. Aku ingat dengan tinggalkan Luna dan pilih kau, aku akan lebih bahagia. Rupanya, aku silap. Aku tak tahu yang aku humban diri aku ke dalam dunia yang sangat gelap.” Amran memandang mata Erina buat seketika. Air mata di pipi si isteri langsung tidak melembutkan hati batu si suami.
“I akui, I banyak berdosa. You ingat dengan tinggalkan I, semua masalah you akan selesai. Luna akan kembali kepada you? Takkan Amran, Luna dah ada Faiz Amsyar. Luna dah ada pengganti, dia dah lama lupakan you.” Erina memaut lengan Arman, lelaki itu tidak mengelak sentuhannya.
“Sebelum ini, you kata yang you nak ada anak. I minta maaf sebab I tak pernah setuju dengan you soal anak. I dah bersedia untuk mengandungkan anak you. I dah tak kisah kalau I hilang bentuk badan I asalkan I boleh lahirkan anak kita. Tolong Amran.”
Amran pernah meminta Erina untuk mengandung, namun Erina tidak sanggup. Fikir Erina, jika dia mengandung, dia akan hilang bentuk badan yang langsing, mukanya akan menua, dan yang paling dirisaukan sudah tentu kariernya sebagai seorang pelakon dan model ternama. Erina sanggup mengambil pil perancang secara rahsia namun akhirnya pecah kepada pengetahuan Amran.
“Aku minta maaf Erina, aku tak sanggup hidup dengan kau lagi. Bukan lagi sebab anak atau Luna. Walaupun aku tak dapat miliki Luna lagi, aku tetap akan ceraikan kau. Aku dah lama buat keputusan dan aku rasa ini jalan yang terbaik buat kita.” Amran merentap pergelangan tangan daripada pegangan Erina lalu keluar meninggalkan rumah itu.
YOU ARE READING
In Your Time - Complete ✅
RomanceLuna Tihani - Seorang pelakon terkenal dan berpengaruh di Malaysia. Walaupun membesar tanpa kasih sayang seorang ibu yang secara tiba-tiba menghilang, Luna tumbuh menjadi seorang yang berjaya. Rupanya seindah nama, bakatnya tidak boleh dipandang ren...