Di kafe hospital, Cindai khusyuk membaca segala berita tentang Luna. Cindai tidak menyangka bahawa berita tersebut tidak menerima respon seperti yang diharapkan. Hakikatnya, ramai yang mengutuk daripada mendoakan kebaikan Luna.
Cindai mencampak telefon ke atas meja. Patutlah Luna menentang kemahuannya kerana Luna sudah tahu apa hasilnya di hujung berita.
Mengapa orang di luar sana tidak menganggap artis itu tidak seperti manusia biasa? Artis seperti Luna juga mempunyai perjalanan hidup sendiri, kekurangan dan kelebihan seperti orang lain. Mereka mengecam seperti mereka tidak pernah melakukan dosa. Mereka mencaci seperti kata-kata itu tidak pernah tembus di hati. Padahal, kutukan itu yang lebih banyak menjatuhkan orang lain daripada membina.
Cindai meraup muka. Segelas jus tembikai yang dibeli langsung tidak terusik. Cindai menongkat dagu, membuang pandangan ke cermin besar, memandang perkarangan hospital yang sibuk dengan pesakit dan juga pelawat. Di dalam kafe juga terdapat beberapa kumpulan perawat dan petugas hospital sedang menikmati juadah tengah hari, makan dengan tergopoh-gopoh sebelum nama mereka dipanggil secara tiba-tiba.
Cindai mengambil kembali telefon di hujung meja. Cindai perasan daripada hujung mata ada sosok yang datang ke arahnya.
“Cindai……”
“Sufian?” Cindai keliru dengan keberadaan Sufian di situ. Tanpa izin, Sufian duduk di atas kerusi yang tidak berpenghuni di hadapannya.
“Kau menangis?” Cindai ternampak ada mutiara jernih yang memenuhi ruang mata Sufian. Hidung Dan mukanya juga kemerahan.
“Betul Cik Luna sakit? Semua yang aku baca, semuanya perkara yang benar?” Sufian menolak Telefon ke arah Cindai. Skrin telefon yang bercahaya memaparkan artikel berkenaan keadaan Luna.
Cindai menghela nafas berat. Pandangan Sufian dibalas buat seketika. “Betul, dia sedang sakit!”
“Sampai hati Tuan Hafiz rahsiakan perkara ini daripada aku. Kau pun sama! Kalian tahu yang aku minat sangat dengan Cik Luna, kenapa sanggup ketepikan aku? Betapa sakitnya hati aku bila aku tahu tentang semua ini,” ucap Sufian sambil menahan sebak.
“Sekarang, tak hairanlah kenapa Tuan Hafiz kerap sangat lari daripada kerja. Bila aku tanya adakah dia ada masalah, dia senyap, ubah topik untuk alih perhatian aku.”
“Kalau kau nak tahu, selama ini aku ingatkan kau hanya main-main bila kau mengaku yang kau peminat setia Luna. Apabila aku tengok kau sekarang, dengan air mata yang gugur daripada mata kau, aku bersyukur kerana Allah temukan Luna dengan kau.” Dalam ribuan yang membenci Luna, hanya Sufian yang tertinggal, masih menyokong Luna daripada belakang walau apa jua yang berlaku.
“Macam mana kau boleh jadi peminat Luna. Yelah, kau lelaki, bekerja sebagai polis. Pelik jugalah kalau nak difikirkan balik,” aju Cindai mahu tahu. Belum pernah dia menemui peminat lelaki yang unik seperti Sufian.
“Aku kan polis, jadi aku selalu tertekan. Bila aku tengok drama dia, segala perasaan negatif yang aku alami, melayang pergi dengan mudah. Aku bahagia. Pendek ceritanya begitulah, sehingga ke hari ini.” Masih jelas di ingatan drama pertama yang dia tonton.
“Faham…..tak payah sedih lagi. Luna tak suka orang bersedih di hadapan dia. Aku sendiri selalu kuatkan diri. Bila aku di rumah, barulah aku akan menangis sepuas hati, sampai kering air mata,” cerita Cindai.
“Boleh tak aku nak melawat dia? Tolong aku Cindai…..” rayu Sufian. Dia mahu sangat bertemu dengan Luna, melihat keadaan Luna dengan mata kepala sendiri.
Cindai menggigit bibir. “Lain Kali, hari ini tak sesuai. Hafiz ada dengan dia di atas, biarlah mereka habiskan masa bersama. Hujung minggu nanti, kau datang. Sempatlah untuk aku beritahu dia yang keadaan dia bukan lagi rahsia. Aku tak nak dia terkejut.”
YOU ARE READING
In Your Time - Complete ✅
RomanceLuna Tihani - Seorang pelakon terkenal dan berpengaruh di Malaysia. Walaupun membesar tanpa kasih sayang seorang ibu yang secara tiba-tiba menghilang, Luna tumbuh menjadi seorang yang berjaya. Rupanya seindah nama, bakatnya tidak boleh dipandang ren...