HPA 1

284 11 0
                                    

"My Precious Angel, my obsession. My everything"

Darren mengikat tali lehernya dengan kemas sebelum dia turun ke bawah. Meja makan ditujunya. Dia mengambil tempat di sebelah adik kembarnya, Dalia.

"Good morning mummy, daddy" sapa Darren, Dalia, Cahaya, Dariel dan Xaivier saat melihat Puan Drea keluar dari dapur bersama dengan Tuan Arcy.

"Morning too kids" sapa Tuan Arcy kembali. Tak ingat siapa Tuan Arcy dan Puan Drea? Boleh tengok balik cerita Ace: The Devil.

Puan Drea mencedok bihun goreng dan menuang air teh untuk mereka semua sebelum dia duduk di sebelah Tuan Arcy.

"Darren, dekat sekolah nanti tengok tengokkan Dalia sama. Jaga dia baik baik" pesan Tuan Arcy. Darren mengangguk faham.

"Makan cepat, nanti lambat pula nak pergi sekolah" mereka berlima menghabiskan makanan mereka dengan cepat lalu menyalam tangan ibu mereka.

"Pergi masuk kereta, tunggu daddy" mereka hanya menurut.

"Arghh sweetnya mummy dengan daddy" Dalia dan Cahaya tersenyum manis bila melihat Tuan Arcy dan Puan Drea sedang berpelukan.

"Nanti kalau Cahaya dah besar, Cahaya nak cari lelaki macam daddy lah" Xaivier menarik tangan Cahaya untuk kembali duduk di sebelahnya. Dariel hanya diam di sebelah abang abangnya.

"You're still a kid, Cahaya Aisy Darchelle" memuncung bibir Cahaya ke arah Xaivier. Darren dan Dalia sudah berumur 13 tahun, Xaivier 12 tahun, Cahaya 10 tahun dan Dariel 7 tahun.

Dalia masih lagi memandang adegan manis ibu bapa mereka. Kelihatan Tuan Arcy mencium dahi isterinya sebelum dia berjalan ke arah Nissan GTR miliknya.

"Amboi daddy, kemain sweetnya" Tuan Arcy memandang Dalia melalui cermin pandang belakang.

"Biarlah, isteri daddy. Kamu tak ada suami diam" melopong Cahaya dan Dalia apabila Tuan Arcy berkata sedemikian.

"Apa daddy ni. Kita kecil lagi lah" rungut Cahaya.

"Tau tak apa" kereta mahal itu berhenti di hadapan sekolah rendah Cahaya, Dariel dan Xaivier.

"Vier, jaga diri jaga Cahaya dan Rique. Cahaya, dengar cakap Xaivier. Belajar rajin rajin. Daddy sayang anak anak daddy ni" Cahaya dan Dariel memeluk tubuh ayahnya.

"Cahaya pun sayang daddy and mummy"

"Rique pun"

"Dah, pergi masuk" Xaivier memegang tangan adik adiknya lalu mereka masuk ke sekolah bersama sama.

Tuan Arcy berhenti pula apabila sampai di sekolah Dalia dan Darren. Jarak sekolah mereka tidaklah terlalu jauh.

Dalia dan Darren menyalam tangan ayah mereka. Pesanan yang sama dititipkan buat Dalia dan Darren. Selepas itu, Darren terus berjalan ke pagar sekolah.

"Daddy" Tuan Arcy bergumam. Wajah Dalia dipandang.

"Love youu. Byeee" Gadis itu terus berlari mengikut abangnya. Tuan Arcy menggeleng kepala.

Anak anak perempuannya banyak mengikut perangai isterinya. Manja, comel, cantik. Darren pula mengikutinya, dingin saat diluar tapi lembut bila dengan adik adik. Xaivier? Perangai anaknya yang ketiga ini agak pendiam, tenang dan sangat suka membaca. Tapi dia boleh berubah menjadi dingin bila melibatkan Cahaya. Perangai Dariel pula sama seperti abang abangnya, setengah dingin, setengah tenang.

PEMILIK HATIWhere stories live. Discover now