HPA 30

63 5 0
                                    

Setahun kemudian..

Clara duduk di atas katilnya. Dia baru saja pulang dari sekolah. Clara mengeluh berat. Hari hari ada saja perkara yang perlu dia hadap.

Dia memandang ke arah kalendar yang tergantung di belakang pintu biliknya. Terus Clara terbangun.

Dia mengambil telefonnya yang berada di atas meja belajarnya dan mencari nombor telefon Delisha.

You
Delisha, aku nak minta tolong kau sikit boleh tak? Tapi kau jangan bagitahu sesiapa lah. Kita kita je.

Delisha Luthfia
Boleh. Apa dia tu

You
Selamat hari lahir yang ke 14, Darren. Aku doakan semoga kau panjang umur dan dimurahkan rezeki. Again, selamat hari lahir mee kari

Tolong forwardkan chat ni untuk Darren boleh?

Delisha Luthfia
Eh mestilah boleh. Nanti aku sent apa yang dia balas

You
Ok. Thank you Del

Delisha Luthfia
No problem la. Kita kawan baik selamanya kan.

Clara tersenyum kecil. Dia tahu, di saat dia perlukan seseorang, rakan rakannya sentiasa ada tak kira lah jauh macam mana sekalipun.

Dia letakkan telefonnya kembali ke atas meja dan membuka buku diarinya. Pen hitam yang khas untuk menulis diari itu diambil.

Muka surat kosong di buka bersama dengan penutup pen hitam itu.

'Selamat hari lahir yang ke 14, Darren. Aku doakan semoga kau panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. Berbahagialah dengan pilihan kau. Aku akan setia menunggu kau.

Apa apa pun, aku nak minta maaf sebab aku masih tak dapat lupakan kau walaupun dah hampir 1 tahun berlalu.

Aku...rindu kau, Mee kari'

Clara menutup buku diarinya dan membuka aplikasi wattpad di telefonnya. Dia menaip bab 30 dalam satu cerita yang dia tulis.

Tulis? Ya, ini adalah personaliti kedua Clara yang masih lagi ramai tidak tahu termasuk Darren iaitu dia merupakan seorang penulis.

Dia dikenali sebagai S.E di dalam dunia oren itu. Banyak cerita yang dia sudah tulis dan salah satunya ialah cerita tentang dirinya dan juga Darren.

Dia bersandar di badan kerusi kerjanya. Dia merenung siling putih biliknya.

"Lara, jom makan" ajak Zurina. Clara tersentak. Dia terus bangun dan keluar dari biliknya.

To be continue..

Abadi lah dalam karya ku. Aku akan pastikan kita dapat bahagia yang kita mahukan dahulu.

PEMILIK HATIWhere stories live. Discover now