HPA 41

66 5 0
                                    

"Eugh" rengek Clara perlahan. Dia mencelikkan kelopak matanya perlahan lahan.

Dia memandang ke arah sekeliling lalu bangun dan bersandar di kepala katil perlahan lahan.

"Aku kat mana ni? Ni bukan rumah aku" katanya sendirian.

"Kau ada dekat rumah keluarga aku" kata Darren. Clara tersentak. Dia menoleh ke arah pintu bilik itu.

Darren yang sedang menatap satu buku kecil di tangannya dipandang. Membulat besar matanya tatkala menyedari buku kecil itu.

Buku diarinya!

"Darren! Bagi balik buku diari aku!" Kata Clara. Dia berlari mendekati jejaka itu namun Darren dengan sengajanya mengangkat buku itu ke atas.

Clara berdengus kasar. Tahu lah aku ni pendek, tapi jangan lah buat macam ni.

"Nak? Ambil la sendiri" kata Darren. Dia tersenyum senget melihat wajah Clara yang seperti mahu menangis itu.

Akhirnya dia memberikan buku itu kepada pemiliknya. Clara terus mengambil dan memeluk buku itu kuat. Tak nak bagi sesiapa ambil!

Tergeleng kepala Darren melihat karenah Clara yang baginya terlalu comel.

"Kau baca apa je dalam buku ni?" Soal Clara. Bahaya kalau si Darren ni baca sampai ke muka surat terakhir.

"Sampai luahan tentang hidup kau je" balas Darren. Dia menunduk memandang gadis kecil itu.

"Kau ok ke sepanjang kau duduk dengan family kau?" Tanya Darren prihatin.

Clara menunduk. Air matanya jatuh perlahan lahan.

"Aku..tak suka dengan adik aku tu. Sebab dia, aku selalu kena marah dengan mama. Dia selalu cakap macam macam dengan mama pasal aku. Apa benda yang aku buat sampai aku ditakdirkan hidup macam ni? Aku tak minta pun semua ni. Tak boleh ke aku nak rasa happy walaupun sekejap..Darren.." luah Clara.

"Ya?" Dia memberikan sehelai tisu kepada gadis itu.

Clara mengangkat kepalanya. Dia mendongakkan kepala memandang Darren yang lagi tinggi darinya dengan wajah sembap.

"Kau betul betul nak kahwin dengan aku ke?" Tanya Clara inginkan kepastian.

Darren angguk kepala yakin. "Ye betul"

"Tapi aku takut untuk jatuh cinta sekali lagi. Aku tak nak orang kata aku berharap lebih" sayu suara Clara.

"Then, kalau kau tak nak orang kata kau berharap lebih, kita berharap sama sama. Kau perlukan perhatian aku dan aku pun nak kan perhatian kau juga. And the most important, tak payah kisah apa orang nak cakap. Just do whatever you want to do"

Pujukan dari Darren itu sedikit sebanyak membuatkan hati Clara terpujuk.

"Kalau aku nak sesuatu boleh?"

"Aku akan beri apa saja yang kau nak walaupun aku terpaksa korbankan nyawa aku. Sebab kau hanya ada aku saja. Siapa lagi yang akan bagi kau semua yang kau nak selain aku?"

Clara bermain dengan jari jemarinya. "Aku nak kau jumpa mama aku dan cakap tentang ni boleh?" Pintanya perlahan.

Darren tersenyum manis. Itu rupanya permintaan dia.

"Boleh, Adel. Aku kan dah kata aku akan buat apa saja demi kau" balas Darren lembut.

"Terima kasih!" Ceria suara gadis itu. Dia tersenyum manis.

"Sama sama. Dah, pergi rehat balik nanti aku hantarkan makanan" arah Darren. Clara hanya menurut. Tiba tiba dia berpaling semula.

"Apa aku buat dekat sini?"

Darren tersenyum sinis. "Aku nak kenalkan kau dengan keluarga aku. Oh ya Adellya, aku dah baca dah luahan hati kau pada aku. Comel je ayat kau"

Darren terus keluar dari bilik itu selepas dia berkata begitu. Clara mengetap bibirnya.

"Darren Arjuna Edward!"

To be continue..

Nak tau apa yang Clara tulis dalam diari dia tak? Hehe 2 chapter seterusnya saya bagi kauorang baca luahan Clara ya.

PEMILIK HATIWhere stories live. Discover now