TOK!
TOK!
TOK!
"Assalamualaikum, Darren, Clara" laung seseorang. Clara yang sedang menaburkan chip coklat di atas kek brownies itu berpaling.
"Siapa tuh?" soalnya sendiri sambil melangkah ke arah pintu utama D'Mansion.
Dia membuka pintu utama rumahnya lalu tersenyum manis. "Irdina, Sara, Del" katanya.
"Hai Clara, kau dah siap buat kek tu ke?" Tanya Delisha Luthfia. Dia berpelukan erat dengan Kaisara, Irdina dan Clara.
Clara meleraikan pelukan mereka. Dia memandang wajah Delisha dan menggelengkan kepalanya.
"Belum lagi, baru nak masuk kan dalam oven. Eh masuk lah, tak akan kauorang nak berbual dengan aku depan pintu je kan" ajak Clara.
Arden, Delisha, Irdina, Faiq, Xaivier dan Kaisara melangkah masuk ke dalam mansion milik Darren itu dan duduk di sofa.
Mata Xaivier bergerak melihat ke sekeliling ruang tamu D'Mansion. "Mana Darren? Adhean, Adheen dengan Adhea pun tak ada" soal jejaka itu.
"Ouh, abang Darren ada dekat atas, tengah layan Adhea. Adhean dan Adheen pula dekat dapur" jelas Clara sambil tersenyum.
"Ada apa kauorang cari aku?" Celah Darren yang baru saja turun dari atas bersama Adhea di dalam dukungan.
"Adhea!" Panggil Faiq dan Xaivier teruja. Mereka berdua berlari anak ke arah Adhea.
"Aww" baru saja Faiq ingin mengambil si kecil dari dukungan si ayah, Adhea menolak kuat pipi lelaki itu.
Leher Darren di peluk erat, mainan anak patung yang dia pegang tadi dibaling ke Xaivier sehingga mengenai dahinya. Xaivier berdesis sakit.
"HAHAHHAHAHA padan muka uncle Vier dengan Uncle Faiq, Adhea tak nak dekat kauorang" ejek D'Adheen yang bersandar di tepi dinding dapur.
Faiq menjeling tajam ke arah D'Adheen. "Habis tu Adheen ingat Adhea nak dekat Adheen ke?" soalnya tidak puas hati.
"Kenapa lah perangai laki aku macam ni? Dengan budak budak je pun nak ajak gaduh" keluh Irdina. Clara, Arden, Kaisara dan Delisha tertawa.
"Biasa la tu, terencat akal" balas Arden.
"Of course ah, Adheen dengan Adhean ni abang abang Adhea kot" bidas D'Adheen semula. Dia dan abang kembarnya berlari mendapatkan Adhea.
"Little Adhea, sini dekat abang meh" kata D'Adheen lembut. Tangan Adhea tergapai gapai ingin memeluk abangnya.
Darren merendahkan badannya sedikit lalu Adhea diberikan kepada D'Adheen. D'Adheen memandang sinis ke arah Faiq.
"Tengok, senang je Adhea nak kami" katanya bangga.
Faiq dan Xaivier mencebik. D'Adhean mengutip kembali mainan anak patung yang dibaling oleh Adhea tadi.
"Nah babygirl" kata D'Adhean, dia memberikan anak patung tadi kepada adik bongsunya semula.
Darren mengangkat kedua dua anak lelakinya dan dibawa ke arah isterinya.
"Kauorang dah siapkan semua ke?" soal Arden. Yang lain mengangguk faham.
Lupa pula nak cakap yang malam ini mereka akan menyambut hari jadi Darren yang ke 24. Semua ini adalah rancangan D'Adheen dan D'Adhean dari awal.
"Tunggu yang lain untuk datang je" balas Faiq sambil bermain dengan anaknya, Zayyan.
Sekarang sudah jam 9 malam. Semua ahli The Devil sudah berkumpul di belakang halaman rumah Darren.
"Daddy, tutup mata daddy" kata D'Adheen teruja. Dia menghulurkan penutup mata kepada Darren.
YOU ARE READING
PEMILIK HATI
RomanceHIS SERIES 1 𝑫𝒂𝒓𝒓𝒆𝒏 𝑨𝒓𝒋𝒖𝒏𝒂 𝑬𝒅𝒘𝒂𝒓𝒅 & 𝑨𝒅𝒆𝒍𝒍𝒚𝒂 𝑨𝒏𝒈𝒆𝒍𝒊𝒏𝒂 𝑪𝒍𝒂𝒓𝒂 Siapa saja yang tidak kenal dengan Darren Arjuna Edward? Anak kepada salah seorang billionaire iaitu Tuan Muda Arcy Xaivier Arjuna. Abang sulung kepada...