🎀

54 6 0
                                    

Setelah perpisahan kita, tak pernah lagi ku dengar berita tentangmu. Mungkin ada tetapi tidak selalu, itupun hanya dari kawan kawan kita.

Kini, aku tidak lagi akan mendengar suaramu, gelak tawamu. Walaupun aku rindu, aku tak akan mencari tahu lagi tentangmu kerana aku semestinya terluka saat melihatmu bersama wanita pilihanmu.

Maafkan aku, kerana membohongimu dan semua orang. Aku mengatakan bahawa aku sudah bisa melupakanmu namun siapa saja yang tahu isi hatiku yang sebenarnya bukan?

Aku tak mahu menganggu kebahagiaan mu dengan kehadiranku. Cukuplah hanya sekadar aku yang terluka, kau jagalah si dia dengan baik. Mungkin dia lah yang terbaik untukmu.

Biar rindu ini menyiksaku, dari aku harus menganggu ketenangan dan kebahagiaan mu.

- S.E

PEMILIK HATIWhere stories live. Discover now