HPA 33

56 7 0
                                    

Seperti apa yang dikatakan oleh Faiq, pada malam itu juga Tuan Arcy memberitahu mereka semua yang dia dan keluarga kecilnya akan kembali ke Spain.

Darren kini berada di dalam biliknya. Dia mengemas apa yang patut di bawa ke luar negara nanti kerana berkemungkinan dia akan tinggal di sana selama beberapa tahun.

Dia tersenyum melihat satu bingkai gambar yang berada di atas meja belajarnya. Dia mengambil bingkai gambar itu dan diusap usap.

"Adel, aku kena balik Spain. Kau jaga diri kau baik baik ya dekat sini? Aku janji, aku akan pastikan kau jadi isteri aku sewaktu aku balik sini balik," kata Darren perlahan.

Bingkai gambar itu di masukkan ke dalam beg galasnya. Tak lupa juga satu kotak kecil yang berada di sebelah bingkai gambar itu.

"Biarpun daksa mu terlampau aksa, namun durja mu selayak purnama yang berbinar di atma," sampuk satu suara lain.

Darren berpaling ke arah Xaivier dan Dariel yang sedang tersenyum nipis sambil bersandar di pintu biliknya.

"Kauorang buat apa dekat sini? Bukan ke aku dah suruh kauorang masuk dalam kereta dulu" kata Darren tegas.

"Memang, tapi kau lama sangat so daddy suruh kami datang panggil kau" balas Dariel.

"Vier" panggil Darren. Xaivier mengangkat keningnya sedikit sebagai balasan.

"Apa?"

"Apa maksud ayat kau tadi?" Tanya Darren ingin tahu. Xaivier tersenyum nipis.

"Jauh di mata namun dekat di hati" balas jejaka itu ringkas.

"Hm kena la tu dengan situasi kau bang" usik Dariel. Darren menggelengkan kepalanya.

Ada ada saja dua orang budak ni.

"Dah dah, jom turun bawah. Kesian daddy dan yang lain tunggu kita" kata Darren.

Dia mengalas begnya dan menarik tangan kedua dua adik lelakinya itu. Makin lama duduk dalam bilik ni makin merapu je diaorang ni.

"Alah cakap je lah yang kau memang rindu dia pun" kata Xaivier. Dariel angguk setuju.

"Entah, berdalih pula. Macam la kami tak tau" ujar Dariel pula.

Darren terus memukul belakang kepala dua orang jejaka itu. Xaivier dan Dariel mendesis sakit.

"Daddy, tengok Darren ni. Dia pukul kepala kami" adu Dariel kepada ayahnya.

Tergeleng kepala Tuan Arcy. "Dah, masuk kereta" arahnya dingin.

Xaivier, Darren dan Dariel masuk ke dalam pacuan empat roda itu. Tuan Arcy duduk di tempat pemandu.

"Mummy..." adu Dariel. Dia mencebik ke arah Puan Drea. Tuan Arcy menjeling tajam.

"Ehem, isteri daddy tu" kata lelaki itu membuatkan Dariel semakin mencebik.

Yelah, semua dah ada pasangan masing masing. Dia je single!

To be continue..

You can hide anything from anyone but not us, Darren. We know everything

PEMILIK HATIWhere stories live. Discover now