Faiq memberhentikan kereta Range Rover hitam miliknya di hadapan D'Mansion, mansion Darren. Dia mengeluh sebelum turun dari keretanya dan masuk ke perkarangan rumah mewah itu.
"Assalamualaikum Darren, Clara" Faiq memberi salam.
Darren yang sedang memasak mee kari bersama isterinya di dapur mendengus kasar.
"Jantan mana la yang kacau aku dengan bini aku ni?" Kata Darren geram. Dia berjalan ke arah pintu utama rumahnya.
Clara ketawa kecil mendengar bebelan suaminya. Entah apa la yang dibebelnya tu pun dia tak tahu la.
Clara sambung memotong bawang dan bebola ikan manakala Darren pula pergi membuka pintu.
"Haih, siapa lah yang datang malam malam ni?" Soalnya sendirian. Dia memandang ke arah lubang kecil yang ada di pintu rumahnya.
"Faiq?" Dah kenapa pula la jantan ni datang rumah dia? Dia membuka pintu.
"Darren~" Faiq terus memeluk tubuh rakannya selepas Darren membuka pintu.
Nasib baik saja Darren dapat mengimbangkan dirinya kalau tak, dua dua dah jatuh.
Lantas Darren menolak tubuh Faiq. "Kau ni dah kenapa Muhammad Faiq Arslan Bin Tuan Muhammad Aisy Farhan?" Nama penuh Faiq disebut tanda dia sedang marah.
Faiq menunduk dan mengeluh. Darren diam. Dah kenapa dengan kawan dia yang sorang ni?
Darren menutup pintu rumah lalu menarik Faiq untuk duduk di atas sofa. Dia mengambil tempat di sebelah rakannya itu.
"Kau ni dah kenapa, Faiq? Macam ada masalah je aku tengok" tanya Darren hairan. Clara yang baru saja datang dari dapur dengan membawa sedulang air pun memandang Faiq pelik.
"Kenapa susah sangat untuk dia terima aku sedangkan aku hanya reject dia je. Darren yang prnh tinggalkan kau pun kau boleh accept kenapa Irdina tak boleh?" Kata Faiq. Dia memandang ke arah Clara yang duduk di hadapannya.
"Sebab kami dua tak sama. Ya, kami perempuan tapi pemikiran kami berbeza. Mungkin dia taknak terima kau sebab dia takut kau akan sakitkan dia lagi? Atau mungkin sebab dia takut kau hanya berpura pura sukakan dia," kata Clara.
"Faiq, tak senang tau nak ambil hati perempuan yang pernah kau sakitkan dahulu. Tengok saja la aku ni, hampir 5 tahun baru kami berdua berkahwin" Darren pula berkata. Faiq termenung.
"Buktikan pada dia yang kau betul betul nak kan dia. Macam apa yang kauorang cakap dekat aku dulu" kata Darren lagi.
Faiq tersenyum dan mengangguk faham. "Terima kasih Ren, Clara. Kauorang banyak tolong aku hari ini"
"Tak ada apa lah. Irdina tu kan kawan aku juga" Darren mengganguk setuju dengan kata kata isterinya.
"Kau tidur la sini dulu malam ni. Hujan lebat ni, takut kau kemalangan waktu bawa kereta" Faiq tersenyum seraya mengiyakan.
Dalam fikirannya sudah memikirkan bagaimana dia mahu mendapatkan gadisnya, Tengku Safiah Irdina.
To be continue..
YOU ARE READING
PEMILIK HATI
RomanceHIS SERIES 1 𝑫𝒂𝒓𝒓𝒆𝒏 𝑨𝒓𝒋𝒖𝒏𝒂 𝑬𝒅𝒘𝒂𝒓𝒅 & 𝑨𝒅𝒆𝒍𝒍𝒚𝒂 𝑨𝒏𝒈𝒆𝒍𝒊𝒏𝒂 𝑪𝒍𝒂𝒓𝒂 Siapa saja yang tidak kenal dengan Darren Arjuna Edward? Anak kepada salah seorang billionaire iaitu Tuan Muda Arcy Xaivier Arjuna. Abang sulung kepada...