HPA 44

77 7 2
                                    

Akhirnya hari yang paling di tunggu tunggu oleh semua ahli keluarga The Devil tiba juga. Iaitu, hari perkahwinan Darren Arjuna Edward dan Adellya Angelina Clara.

KLAK!

"Wah abang long kami ni dah nak kahwin lah" usik Dariel. Darren menolak sedikit bahu adik bongsunya. Dariel ketawa kecil.

"Jaga kakak ipar kami elok elok tau. Kau sakitkan hati dia lagi sekali, aku suruh Damian rampas dia. Damian pun nampak macam berkenan je dengan Adel tu" kata Xaivier.

"Clara" tegas Darren. Xaivier mengangguk malas. Tahu lah cemburu pun.

"Abang Ren" panggil Cahaya dan Dalia meleret. Mereka berdua memeluk tubuh Darren.

"Hey kenapa nangis ni?" Soal Darren lembut kepada kedua dua adik perempuannya.

"Abang dah nak kahwin, lepas ni siapa yang nak teman kami main?" Kata Cahaya sambil tersedu sedan.

"Tak mau lah nangis. Kauorang berdua tetap akan jadi adik kesayangan abang. Dah, lap air mata tu lepas kita sama sama turun bawah ya" pujuk Darren. Cahaya dan Dalia akur. Mereka berlima turun ke bawah bersama sama.

Darren duduk bersila di hadapan Shahrin. Dia mengelap dahinya yang terasa berpeluh dengan tisu yang Xaivier berikan tadi.

"Tarik nafas, lepas. Tenang Ren" kata Eidlan memberi semangat.

Darren akur. Dia menarik nafas perlahan dan menghembuskannya kembali.

"Ren, Clara dah datang" kata Arden.

"Cantik juga dia" puji Ammar diikuti anggukan dari Vier dan Dariel.

Darren mengalihkan pandangannya ke belakang. Clara yang sedang duduk di atas pelamin dipandang lama. Gadis itu sungguh cantik memakai baju kurung moden berwarna kelabu cerah bersama tudung shawl yang senada.

"Darren, tengok depan dulu. Kejap lagi lepas dah sah tengok la bini tu puas puas" usik Tuan Eykal.

Darren berdehem. Dia kembali memandang ke arah bakal ayah mertuanya.

Setelah pelbagai soalan tentang rumah tangga di tanya, kini tibalah masa untuk mempersatukan kedua mempelai ini.

Darren menggengam erat tangan lelaki itu.

"Sedia?" Soal Shahrin kepada bakal menantunya. Darren angguk kepala yakin.

"Tuan Muda Darren Arjuna Edward Bin Tuan Arcy Xaivier Arjuna" kata Shahrin.

"Saya" jawab Darren dengan suara yang tegas.

"Aku nikahkan engkau dengan anak perempuanku Adellya Angelina Clara Binti Shahrin dengan mas kahwinnya sebuah banglo dua tingkat, sebuah hospital dan 4 juta ringgit tunai" ujar Shahrin.

Darren mengambil nafas dalam sebelum dihembus. Sabar Darren sabar, sekali lafaz je.

"Aku terima nikahnya Adellya Angelina Clara Binti Shahrin dengan mas kahwinnya sebuah banglo dua tingkat, sebuah hospital dan 4 juta ringgit tunai" lafaz Darren lancar.

"Sah?"

"Sah!"

"Sah?

"Sah!" Balas empat suara paling riang. Bala bala The Devil 3rd generation, Hashr Zaffran, Isaac Ammar, Iskandar Amsyar dan Muhammad Adif Khayish.

Tergeleng kepala Tuan Arcy dan Tuan Kayden. Memang ikut genetik bapak ni, tak boleh nak kata apa dah.

"Alhamdulillah" mereka semua menadah tangan untuk berdoa.

Alhamdulillah dengan sekali lafaz saja Adellya Angelina Clara sah menjadi hak milik Darren Arjuna Edward sepenuhnya.

Darren bangun dan mendekati isterinya. Ceh wahh isteri nampak. Darren duduk di sebelah Clara.

Dia menyarungkan cincin pada jari manis gadis itu sebelum gadis itu turut berbuat perkara yang sama. Clara menunduk menyalam tangan suaminya lalu Darren mencium lama dahi licin Clara.

Damian, Eidlan dan Xaivier mula mengambil gambar detik detik bahagia ini.

"Assalamualaikum My Precious Angel" ujar Darren lembut. Clara menunduk.

"Waalaikumussalam"

"Abang. Call me abang, mio angelo" kata kata Darren itu membuatkan Clara mengangkat kepala dan memandangnya pelik.

"Mio angelo tu apa?" Dia menyengetkan sedikit kepalanya. Darren tertawa kecil.

"Mio angelo tu maknanya, my angel" jawab Darren di tepi telinga isterinya. Merah pipi Clara.

Semakin galak Darren ketawa. Clara menepuk manja dada suaminya.

"Comel la Adel kesayangan abang ni," puji Darren perlahan. Tak mahu isterinya semakin malu.

"Abang" panggil Clara.

"Ya angel?" Darren menunduk sedikit.

"Berapa lama kita kena duduk dekat atas pelamin ni? Malu lah" kata Clara. Darren mengosok lembut kepala isterinya.

"Sampai malam sebab ada resepsi tapi rasanya sekarang ni kita boleh pergi rehat dulu. Jom naik bilik?" Ajak Darren.

Dia mula bangun, tangan dihulurkan kepada Clara. Clara menyambut huluran itu, tangannya digenggam erat oleh suaminya. Seperti tidak mahu lepas.

"Faiq" Faiq yang sedang bertengkar mulut dengan Safiah itu berpaling ke arah pengantin baru itu.

"Wah Darren, Clara. Tahniah" ucap Faiq dan Safiah serentak. Mereka berdua memandang ke arah satu sama lain.

"Kau jangan ikut ayat aku boleh tak?" Kata Safiah.

"Eh kau yang ikut ayat aku!" Bengang Faiq.

"Kauorang ni suka sangat bergaduh, kang nanti tetiba kahwin pula" kata Clara.

Safiah menjulingkan bebola matanya ke atas. Menyampah.

"Tak ada maknanya lah aku nak kahwin dengan jantan ni" dia menunjuk ke arah Faiq.

"Amboi, kau ingat aku nak kahwin dengan kau lah?" Bidas Faiq semula. Walhal, mulut kata lain hati kata lain.

'Memang aku nak kahwin dengan kau pun' desis hati lelaki itu.

"Sudah sudah lah tu kami berdua nak naik bilik kejap nak rehat. Kauorang tolong jagakan majlis ni boleh?" Pinta Darren.

Safiah tersenyum manis. "Boleh. Sekali lagi tahniah Clara" katanya.

"Terima kasih" mereka berdua berpelukan sebelum Darren dan Clara naik ke tingkat atas hotel milik Qayder itu.

Pada awalnya memang ini hotel Tuan Qashaf namun diberikan kepada anaknya memandangkan Eidlan sudah mengambil alih syarikatnya.

To be continue..

If he is your fate, no matter how far you go you'll still gonna be his wife

PEMILIK HATIWhere stories live. Discover now