HPA 34

50 6 0
                                    

Tiga tahun kemudian *saja ja nak bagi cepat sebab diaorang belum kahwin lagi.

Darren tersenyum nipis sambil memandang ke arah telefonnya. Gambar yang dihantar oleh Arden beberapa minggu lalu di pandang lama.

Namun bukan itu yang menjadi perhatiannya tetapi wajah polos seseorang yang berdiri di sebelah Delisha sewaktu majlis perkahwinan Delisha dan Arden.

Perkahwinan? Ya, Delisha dan Arden juga Hashr dan Kasih selamat diijabkabulkan 2 minggu lalu.

Dia mengusap skrin telefonnya seperti sedang mengusap pipi gadis itu. Siapa lagi kalau bukan Adellya Angelina Clara?

Dia tidak pulang ke tanah air pada waktu itu kerana kerjanya di sini masih belum selesai.

Dia bangun. 2 minggu lalu mungkin kerjanya masih belum selesai tetapi sekarang, dia akan kembali ke Malaysia untuk mengejar seseorang.

"Sabar eh Adel. Kau tunggu aku dekat sana tau, aku akan pastikan kau jadi isteri aku sampai bila bila. Jangan pergi mana mana" gumam Darren psycho.

"Darren" panggil Tuan Arcy dingin dihadapan pintu bilik anak sulungnya.

Cepat cepat Darren menutup almarinya yang penuh dengan gambar Clara. Dia menoleh ke belakang.

"Eh daddy, buat apa dekat sini?" Soal Darren dengan senyuman manis.

Tuan Arcy memicingkan matanya memandang Darren. Dia menaikkan sebelah keningnya sedikit.

"Daddy datang sini nak tengok Darren dah siap kemas barang ke belum tapi daddy rasa ada benda yang daddy kena check la" kata lelaki itu dingin.

Darren menelan air liur kesat. Apa lagi daddy ni?

Tuan Arcy berjalan menghampiri almari Darren. Darren hanya melihat. Dia tahu yang dia tidak akan menang jika melawan daddy.

Lelaki itu mengukir senyuman sinis saat melihat gambar gambar yang ditampal di almari kosong itu.

"Apa ni?" Soal Tuan Arcy.

Diam. Jeda. Tiada satu pun jawapan yang dia dapat.

"Apa semua ni Tuan Muda Darren Arjuna Edward Bin Tuan Arcy Xaivier Arjuna" ulangnya keras.

"Darren mengaku Darren obses dengan dia daddy" kata Darren. Dia menundukkan kepalanya.

Tuan Arcy menoleh. "Then why did you left her before this? Why did you left her when she need someone?"

"Lo siento. Darren tak cukup matang waktu buat keputusan masa tu" balas Darren.

Tuan Arcy menepuk bahu anak sulungnya. Darren mengangkat kepala.

"Daddy tak kisah kalau kamu obses dengan Adellya sebab daddy pun obses dengan your mummy just daddy tak suka bila Darren tinggalkan Adellya macam tu saja"

"Darren akan ambil hati dia balik waktu kita balik Malaysia esok" balasnya yakin.

"And I'll make sure that she'll be my wife"

Ayahnya memandang Darren lama. Nampaknya sifatnya yang satu ini turun kepada anak sulungnya.

"Daddy tunggu keputusan Adellya sama ada nak jadi isteri Darren ke tidak" kata Tuan Arcy lalu dia turun ke bawah.

Pergi mana? Pergi cari isteri dia la!

To be continue..

Run baby run, run for your life. If I get you, I'll never let you go easily

PEMILIK HATIWhere stories live. Discover now