Clara duduk di atas katilnya sambil bersandar di tepi tingkap. Matanya masih lagi menatap ke arah telefonnya.
Dia membuka gallery telefonnya. Niatnya hanya ingin memadam gambar gambar yang tidak berguna lagi namun tiba tiba jarinya terhenti saat melihat 2 keping gambar lelaki.
"Darren" kata Clara perlahan.
"Rindunya dekat dia. Agak agaknya dia tengah buat apa eh sekarang? Main bola ke?" Soal Clara sendirian saat dia melihat gambar gambar Darren yang ada di dalam gallerynya.
"Kenapa lah aku still lagi tak boleh lupakan dia eh? Aku terlalu berharap pada dia ke?" Dia menutup telefonnya.
Dia tersenyum sendiri saat teringat akan kenangan mereka berdua sewaktu di sekolah dahulu.
Pada mulanya dia yang luahkan perasaannya dahulu kemudian dibalas oleh Darren, mereka berdua rapat dan pada akhirnya, dia..tak mendapatkan pengakhiran yang dia mahukan.
Dia mengeluh berat. Senyumannya mulai pudar. Dia baring ke atas katil dan menutup mata.
"Baik aku rehat je daripada fikirkan pasal dia" gumamnya perlahan.
**
Arden berjalan menghampiri Darren yang sedang bermain dam ular bersama dengan Iskandar.
"1..2..3..4..yeah aku menang! Kau janji nak belanja aku kereta baru kan kalau aku menang" kata Iskandar teruja.
Darren tidak menjawab sebaliknya dia angguk kepala mengiyakan. Makin seronok Iskandar bersorak.
"Yeahhh aku nak Lamborghini Vaneno tau. Warna putih" kata Iskandar lagi seperti pesan makanan di restoran.
"Ye lah. Nasib baik sebab kau dah menang. Kalau tak memang tak lah aku nak beli" ujar Darren.
Dia menjulingkan bebola matanya. Apa si Iskandar ni ingat aku kerja kedai makan ke nak order order bagai ni?
"Yang pastinya satu je. Kalau lebih lebih kau minta bapak kau beli"
"Eleh bapak aku kaya tau" kata Iskandar bangga.
"Kau ingat bapak kau sorang je ke yang kaya? Bapak aku lagi kaya dari bapak kau lah" balas Darren tenang.
"Eh bapak-"
"Kauorang ni jangan nak gaduh boleh tak? Pening aku tengok. Bapak kauorang berdua tu kan adik beradik, sah sah la sama sama kaya" celah Arden.
"At least nya daddy aku obses dengan mummy aku siap pakai cara culik bagai. Kau ada?" Adu Darren.
Arden hanya mampu pasrah. Susah juga nak tenangkan dua orang sepupu ni.
"Eleh, tu je? Bapak aku pernah curang dengan mak aku siap nak kahwin dengan perempuan tu la" kata Iskandar. Berkerut dahi Arden.
"Itu bukan ke masa daddy kau tengah koma?" Soal Arden.
"Ah biar lah yang penting bapak aku lagi redflag" Darren angguk setuju.
"Ye lah Is, ye lah. Kau menang, tak apa"
"Is, sini tolong mummy jap" laung Puan Aira dari dapur. Iskandar bangun dan bergegas ke dapur meninggalkan Darren dan Arden.
Arden memandang ke arah Darren yang sedang mengemas dam ular tadi. Dia menepuk bahu jejaka itu.
Darren berpaling. "Nak apa?" Soalnya ringkas.
"Kau tak kisah ke Clara pindah tahun lepas? Kau tak rindukan dia ke?" Duga Arden.
Darren menggelengkan kepalanya.
"Aku tak kisah pun kalau dia nak pindah, biar lah dia cari lelaki yang lagi baik dari aku" nafi Darren perlahan. Namun siapa tahu isi hati lelaki itu kan?
Setelah selesai mengemas barang barangnya, dia terus naik ke atas. Arden mengeluh.
To be continue..
YOU ARE READING
PEMILIK HATI
RomanceHIS SERIES 1 𝑫𝒂𝒓𝒓𝒆𝒏 𝑨𝒓𝒋𝒖𝒏𝒂 𝑬𝒅𝒘𝒂𝒓𝒅 & 𝑨𝒅𝒆𝒍𝒍𝒚𝒂 𝑨𝒏𝒈𝒆𝒍𝒊𝒏𝒂 𝑪𝒍𝒂𝒓𝒂 Siapa saja yang tidak kenal dengan Darren Arjuna Edward? Anak kepada salah seorang billionaire iaitu Tuan Muda Arcy Xaivier Arjuna. Abang sulung kepada...