"Jadi, siapa yang akan mulakan plan kau malam ni?" Soal Iskandar pada Darren yang sedang berdiri di ruang tamu.
Sekarang ini semua ahli The Devil 3rd generation berada di Ace Mansion, mansion keluarga Tuan Arcy.
Darren memandang ke arah mereka semua. Mahu mencari siapa yang boleh melakukan rancangan yang dia plan semalam.
"Arden dan..." kata kata Darren dipotong.
KLAK!
Bunyi pintu utama rumah itu yang baru saja dibuka dari luar secara kasar itu membuatkan mereka semua terkejut.
Pantas semua orang mengeluarkan pistol masing masing dan diacukan ke arah pintu.
"Woahh woahh sabar lah. Apa ni main tembak tembak sepupu sendiri?" Sapa satu suara lelaki.
Sosok tubuh tadi melabuhkan duduknya di sebelah Arden sambil memandang tenang ke arah yang lain.
Mereka semua menurunkan kembali pistol mereka.
"Kau buat apa dekat sini? Sejak bila kau balik dari France ni Damian Hades?" Soal darren kepada sepupunya.
Tuan Muda Damian Hades Bin Tuan Arcy Xaivier Darius
"Baru je balik. Aku call la Uncle Ace tadi lepas tu dia kata kauorang semua ada dekat sini. Itu yang aku datang tu. Tak tahu pula nak kena tembak" kata Damian.
"By the way, kau tolong aku boleh?" Tanya Darren perlahan. Kalau boleh dia tak nak susahkan sepupu dia yang sorang ni tapi masalahnya Damian sorang je yang boleh buat.
"Apa?" Kata Damian tidak sabar. Nampaknya ada perkara penting yang perlu dia buat.
"Kau hanya perlu..."
**
Clara bernyanyi kecil sambil berjalan sendirian. Dia dalam perjalanan ingin ke kedai, nak beli coklat kegemarannya.
"Andai kau tahu ku takkan pernah mampu tuk lupakanmu, tak bisa ku paksa hati ini tuk membencimu. Tak sadarkah dirimu, ku selalu rindu" nyanyi gadis itu.
Tanpa sedar, ada seseorang yang sedang mengikuti langkahnya sejak dia keluar dari rumah.
"Kan ku sembunyikan luka sampai kau tak melihatnya, meski ku tak tahu mungkinkah aku bertahan, adakah kesempatan tuk mulai kembali" sambungnya lagi.
Sosok tubuh lelaki yang mengikutinya tadi tersenyum senget dari dalam mask yang dia pakai.
"Patut lah Darren nak kan kau sangat, kecil comel je aku tengok" puji lelaki itu.
"Stop it Damian Hades. Aku seorang je boleh puji dia comel!" Kedengaran suara dingin Darren dari earbuds yang dia pakai.
Damian berdecit geram. Dia menjulingkan bebola matanya ke atas tanda menyampah.
Dia memperlajukan langkahnya tatkala melihat Clara sudah keluar dari kedai tadi.
Dia mendekati gadis itu dari belakang secara perlahan lahan sebelum menyuntik ubat tidur di lengan gadis itu.
"Done" katanya. Arden keluar dari keretanya. Dia mendukung tubuh kecil itu dan diletakkan di seat belakang. Damian pula menaiki motosikal berkuasa tinggi miliknya dan menuju ke Ace Mansion.
To be continue..
YOU ARE READING
PEMILIK HATI
RomanceHIS SERIES 1 𝑫𝒂𝒓𝒓𝒆𝒏 𝑨𝒓𝒋𝒖𝒏𝒂 𝑬𝒅𝒘𝒂𝒓𝒅 & 𝑨𝒅𝒆𝒍𝒍𝒚𝒂 𝑨𝒏𝒈𝒆𝒍𝒊𝒏𝒂 𝑪𝒍𝒂𝒓𝒂 Siapa saja yang tidak kenal dengan Darren Arjuna Edward? Anak kepada salah seorang billionaire iaitu Tuan Muda Arcy Xaivier Arjuna. Abang sulung kepada...