HPA 20

61 7 0
                                    

Xaivier bersandar ke sofa. Dia mengeluh berat. Penat juga selepas seharian mereka berjalan ke sana ke sini.

Dariel turut bersandar di sebelah Xaivier. Cahaya yang tadinya didukung oleh Tuan Arcy naik ke atas riba Xaivier.

"Abang..." panggil Cahaya meleret.

"Yes sunshine" jawab Xaivier. Dia menahan belakang badan adiknya. Takut Cahaya terjatuh ke bawah.

"Daddy dan mummy naik atas dulu. Kauorang rehat la ya, lepas tu pergi mandi dan masuk tidur" kata Puan Drea.

"Baik mummy" balas kelima lima mereka dengan serentak. Puan Drea dan Tuan Arcy berlalu dari situ.

Dalia menyandarkan kepalanya di bahu Dariel. Dia menutup mata perlahan. Dariel terus bangun dan memimpin tangan kakaknya untuk naik ke atas meninggalkan Xaivier, Cahaya dan Darren di bawah.

Xaivier memandang ke arah abang sulungnya yang sedang bermain telefon sambil bersandar di tepi dinding sebelah pintu rumah mereka.

"Darren" panggil lelaki itu. Darren berpaling ke arah adik lelakinya. Dia menaikkan sebelah keningnya sedikit.

"Kau nak apa apa ke?" soal Darren.

"Tadi masa dalam kereta kemain lagi kau tengok fon tak nak lepas. Siap tersenyum senyum lagi dah kenapa?" Tanya Xaivier hairan. Teringat pula saat mereka hendak pergi ke rumah Tuan Eykal.

Darren hanya diam saja sambil memandang ke telefonnya dan tersengih sengih sendirian. Bahkan saat Dalia ingin mengambil gambar bersama dengan lelaki itu pun tidak dihiraukan.

"Aku chat dengan Adel tadi. Kenapa?" Kata Darren dengan suara mendatar.

Xaivier bangun bersama Cahaya yang sudah tertidur pulas di dalam dakapannya. Dia berjalan mendekati abang sulungnya.

Bahu Darren di tepuk perlahan. Darren diam memandang adiknya.

"Kalau kau sayangkan dia, halalkan dia. Jangan disebabkan kau, ibu bapa dia kena tanggung dosa. Jangan juga bagi dia harapan kalau kau tak mampu nak tunaikan" pesan Xaivier sebelum dia naik ke atas.

Lama Darren memikirkan kata kata adiknya. Dia mencari nombor telefon Arden dan menghantar satu pesanan pada rakannya itu.

Dia duduk di atas sofa tadi. Rambutnya dikusutkan seperti fikriannya sekarang. Betul ke apa yang dia buat ni?

TING!

Clara yang baru saja lepas balik dari rumah Kasih itu berdiri di tepi dinding biliknya. Dia mengeluarkan telefonnya sebelum dia membaca mesej yang dihantar oleh Arden.

Clara jatuh terduduk ke atas lantai. Menggeletar hebat tangannya ketika ini. Nafasnya jadi tersekat sekat.

Arden
Clara, Darren nak putus kawan.

Terketar ketar tangannya ingin membalas kata kata itu.

You
Ouh ok. Aku block dia tau

Dia terus menyekat nombor telefon Darren dan memeluk lututnya. Perlahan lahan air matanya jatuh dan menjadi tangisan.

Nasib saja Zurina, Dahlan dan Darina tidak mendengar suara tangisan Clara itu.

To be continue..

That night, will be the memorable one in my life

PEMILIK HATIWhere stories live. Discover now