HPA 23

52 6 0
                                    

"Papa!" Panggil Clara. Dia berlari anak ke arah ayahnya. Shahrin hanya tersenyum ke arah gadis itu. Dia bersandar di kereta audinya.

Clara menyalam tangan ayahnya. Shahrin mengusap lembut kepala anak gadisnya. Satu satunya anak perempuan yang dia ada.

"Rindu papa tak?" Soal Shahrin. Clara mengangguk laju.

"Mestilah rindu, kan dah lama Lara tak jumpa papa" kata Clara dengan nada teruja.

Shahrin mengeluh. Dia tahu, selepas saja dia dan Zurina bercerai 11 tahun lalu, dia sudah tidak banyak meluangkan masa bersama sama dengan anaknya ini.

"Papa minta maaf, papa dah lama tak jumpa Lara. Nah, papa belikan novel novel yang Lara minta hari tu" kata Shahrin. Dia memyerahkan satu beg kertas bercorak bunga bunga kepada gadis itu.

Bersinar mata Clara. Dia menyambut huluran itu dengan senyuman. Akhirnya, Commando's His Treasure, Mi Esposa dan Dia Untuk Aku sudah berada di tangannya.

"Terima kasih papa sebab beli apa yang Lara nak. Lara sayang papa" ucapnya. Shahrin jadi semakin terharu.

"Sama sama. Lara kan anak papa. Mesti lah papa bagi apa yang Lara nak. Lagipun Lara kan dapat markah yang tinggi dalam kelas. Tahniah anak papa" katanya tenang.

'Tapi papa tak boleh bagi kasih sayang untuk Lara. Papa dah ada keluarga baru' kata Clara di dalam hatinya.

"Terima kasih sekali lagi papa" Shahrin mengangguk mengiyakan.

"Nah ada duit sikit untuk Lara" dia menghulurkan 3 keping duit bernilai RM 10 ringgit.

Clara mengambil. Dia menyimpan duit itu ke dalam beg tangannya.

"Kalau tak ada apa apa lagi, Lara naik atas dulu. Terima kasih sudi luangkan masa dengan Lara hari ini"

"Terima kasih untuk Lara juga sebab sudi panggil papa datang sini. Lara jaga diri ya, belajar rajin rajin. Jangan ikut orang yang tak dikenali tau" pesan Shahrin layaknya seperti seorang ayah.

Clara angguk sambil tersenyum. "Baik, Lara ingat pesanan papa tu. Lara naik dulu, bye papa" katanya .

Dia berjalan ke arah pintu pagar rumahnya dan menoleh sedikit. Dia melambaikan tangan ke arah ayahnya. Shahrin membalas lambaian anaknya sebelum sosok tubuh Clara hilang di sebalik dinding.

To be continue..

Father are the first love for their daughter.

PEMILIK HATIWhere stories live. Discover now