HPA 8

53 5 0
                                    

"Dalia, bangun" kejut Darren. Dalia mengeliat sebentar sebelum dia bangun dan mengikut langkah abang kembarnya.

Puan Drea tersenyum melihat anak anaknya. Darren yang memimpin Dalia ke meja makan, Xaivier pula mendukung Cahaya sambil sebelah tangan memegang tangan Dariel.

"Good morning mummy" kata Cahaya bersemangat. Puan Drea menganggukkan kepalanya.

"Good morning anak anak mummy. Wah, nampak macam tak sabar nak puasa je" kata Puan Drea. Dalia dan Cahaya tersengih.

"Mestilah! Puasa kan sebulan sekali je" balas Dalia.

Ya, mula daripada hari ini bermula la masuknya bulan ramadhan.

"Daddy, jangan membunuh orang tau. Puasa ni" pesan Darren. Dia, Xaivier dan Dariel menunduk sedikit ke bawah tidak mahu ayah mereka dengar akan suara ketawa mereka.

Tuan Arcy menjeling ke arah tiga orang anak lelakinya itu. Ada je nak mengusik orang.

"Tahu lah" kata lelaki itu dingin. Puan Drea menggelengkan kepalanya. Dia duduk di sebelah suaminya.

"Darren, siapa nama perempuan yang Darren suka tu?" Tanya Puan Drea dengan nada mengusik.

Tersedak Darren yang mendengar soalan dari ibunya itu. Dalia dan Cahaya serentak memandang ke arah abang sulung mereka itu.

"Perempuan? Serius lah? Siapa?" Soal dua orang gadis muda itu serentak. Bersemangat terus.

Xaivier dan Dariel tersenyum dalam diam. Darren menunduk.

"Adel. Adellya Angelina Clara" kata Darren perlahan namun masih lagi dapat didengari oleh ahli keluarganya.

Tuan Arcy berdehem membuatkan kelima lima anaknya memandang ke arah Tuan Arcy.

"Kalau betul kamu sukakan dia, daddy harap Ren tak sakitkan dia nanti" pesan Tuan Arcy serius. Darren angguk kepala faham.

"Nanti bawalah dia datang rumah jumpa kami tauu" kata Dalia. Dia memeluk lengan kekar abang kembarnya.

"Ye, tapi macam lambat lagi la sebab abang kena kenal kenal dengan dia dulu" kata Darren.

"Ha dah, makan cepat sebelum azan lepas tu pergi tunggu dalam bilik solat," arah Tuan Arcy. Maklumlah, lepas dah ada anak ni Alhamdulillah berubah la juga.

"Ok daddy" balas kelima lima mereka dengan nada yang berbeza. Cahaya dan Dalia dengan nada yang ceria, Darren dengan nada dinginnya serta Dariel dan Xaivier dengan nada tenang.

To be continue..

A man will change his attitude just for his love.

PEMILIK HATIWhere stories live. Discover now