"Baik lah murid murid semua, keluarkan buku tulis bm dan salin karangan ni" kata cikgu Yusnita. Dia mula menulis di papan putih.
"Buku apa cikgu?" Soal Ammar.
"Buku karangan" balas Hawa. Ammar mengangguk faham.
Clara menyalin karangan yang cikgu Yusnita tulis. Sesekali matanya melirik ke arah Darren yang duduk berhadapan dengan mejanya.
Saat mereka berdua memandang ke arah satu sama lain, Darren cepat cepat mengalihkan pandangan ke tempat lain.
Clara terdiam. Dia terasa akan perbuatan lelaki itu namun dia sedar, mungkin dia bukan sesiapa lagi bagi Darren..
Anggap saja lah yang mereka tidak pernah mengenali satu sama lain sejak awal.
"Kau ok, Clara?" Soal Lauren. Clara tersentak. Dia memandang rakannya yang masih lagi memandangnya.
Clara mengangguk kepala. "Ya, aku okey je. Jangan risau la"
Delisha mengusap belakang badan Clara, dia tahu bahawa gadis itu masih lagi tidak boleh terima tentang hal semalam.
"Kau jangan lah sedih sedih sangat, anggap je yang kauorang berdua ni tak ada jodoh" pujuk Irdina.
Air mata Clara jatuh serta merta. Dia menunduk tidak mahu sesiapa tahu yang dia sedang menangis.
Arden yang melihat dari jauh itu mengeluh lalu memandang ke arah Darren.
"Darren, kau tak kesian ke dengan Clara tu?" Kata Arden. Adian memandang ke arah rakan rakannya itu.
Darren menyembamkan wajahnya di atas meja.
"Aku tak tahu, Den. Aku keliru. Vier cakap kalau aku sayangkan dia, jangan bagi dia harapan. Aku takut aku tak mampu nak halalkan dia suatu hari nanti" ujar Darren sayu.
"Tapi aku sayangkan dia, Arden. Sayang sangat, dia perempuan keempat yang aku sayang selepas mummy, Dalia dan Cahaya" sambung Darren lagi.
Ammar dan Hashr tersenyum kelat mendengar kata kata Darren itu.
KRING!
"Baiklah. Yang mana yang dah siap tu boleh pergi rehat. Yang belum siap, buat sampai habis" kata Cikgu Yusnita. Darren, Hashr, Arden, Adian, Ammar dan Irsyad bangun. Mereka mengemaskan semula alat tulis mereka sebelum keluar dari kelas.
Sampai saja di kantin, Darren teringatkan sesuatu. Dia menepuk bahu Adian.
"Kenapa?" soal Adian hairan.
"Aku tertinggal dompet aku dekat dalam beg. Kauorang pergi cop meja dulu, kejap lagi aku datang" kata Darren. Adian angguk faham.
Darren berjalan ingin naik semula ke atas. Sewaktu dia baru saja ingin menaiki tangga, dia perasan yang Delisha sedang membetulkan tudungnya dihadapan cermin yang disediakan disitu.
Dia hanya menghiraukannya. Dia melihat ke depan. Membulat besar bebola mata lelaki itu saat melihat Clara yang baru saja ingin turun bersama Arriana.
Clara turut tergamam melihat sosok tubuhnya. Masa ibarat terhenti seketika.
Dia berpusing keluar dari ruangan itu manakala Clara pula kembali berjalan naik ke atas.
Delisha dan Arriana yang berada di tengah tengah mereka memandang satu sama lain.
"Kenapa dengan dua orang tu?" Arriana mengangkat bahunya.
"Dua dua tak nak jumpa each other la tu" sampuk Raisha yang baru turun. Di belakang nya ada Hawa yang menarik tangan Clara.
Delisha mengangguk faham. Patut lah, nak mengelak rupanya.
To be continue..
Without anyone know, both of them are hurt in silent
YOU ARE READING
PEMILIK HATI
RomanceHIS SERIES 1 𝑫𝒂𝒓𝒓𝒆𝒏 𝑨𝒓𝒋𝒖𝒏𝒂 𝑬𝒅𝒘𝒂𝒓𝒅 & 𝑨𝒅𝒆𝒍𝒍𝒚𝒂 𝑨𝒏𝒈𝒆𝒍𝒊𝒏𝒂 𝑪𝒍𝒂𝒓𝒂 Siapa saja yang tidak kenal dengan Darren Arjuna Edward? Anak kepada salah seorang billionaire iaitu Tuan Muda Arcy Xaivier Arjuna. Abang sulung kepada...