SPECIAL CHAPTER 3

53 5 2
                                    

"Hai babygirl, bertemu lagi kita disini hm?"

Clara menjulingkan bebola matanya ke atas. Dia melabuhkan punggung di sebelah lelaki itu. Sekarang, mereka berada di kolej milik Darren.

Selepas saja Clara melahirkan D'Adhean Elvian dan D'Adheen Elvano, Darren memutuskan untuk menyambung pelajaran mereka berdua di kolej ini.

"Amboi garangnya dia. Takut kita" kata lelaki itu lagi. Clara hanya menghiraukan kata kata lelaki itu.

Dia memandang ke arah sekeliling kelas yang luas seperti dewan itu sebelum terhenti di wajah kacak lelaki tadi.

Darren Arjuna Edward. Suaminya.

"Abang, sekarang ni lecturer mana yang akan masuk dalam kelas kita?" Tanya Clara ingin tahu.

Darren melihat jadual kelas di dalam telefon pintarnya. "Dalam jadual ni tulis, sekarang ni masa Sir Alex untuk ajar kita business" kata Darren.

Clara mengangguk faham. "Faham. Bosan lah belajar business" gumam wanita itu perlahan. Dia meletakkan kepalanya di atas meja.

Darren memusingkan badan ke arah Clara. Kini, perhatiannya hanya tertumpu kepada wajah cantik manis isterinya.

Tangan kanan Darren naik mengosok lembut kepala isterinya. "Angel nak tukar kelas ke?" soal lelaki itu.

Laju wanita itu menggelengkan kepalanya. "Tak nak lah, nanti kena bayar duit lagi untuk masuk kos lain. Kesian abang"

Darren tergelak kecil mendengar kata kata Clara. Clara memandang hairan ke arah lelaki itu.

"Kenapa abang gelak?!"

"Angel, kolej ni kan atas nama abang. Kenapa pula abang kena bayar lagi kalau Angel nak tukar kos? Nanti duit tu dapat dekat abang balik" kata Darren membuatkan Clara tersengih.

Baru sedar yang lelaki ini merupakan pemilik kolej terkemuka ini.

"Kalau macam tu, Adel nak masuk kos Seni boleh?" Clara mengerdipkan matanya berkali kali ke arah Darren.

Darren tertawa lagi. Aduh comelnya isteri aku.

"Boleh sayang, nanti kita uruskan hal kos Angel tu tapi sekarang ni bagi abang pergi tandas kejap eh" tanpa menunggu balasan dari  isterinya, Darren terus berlari keluar dari dewan itu dan menuju ke tandas.

Clara menggelengkan kepalanya. Haduh, suami, suami.

Tiba tiba ada seorang perempuan menghampiri Clara. "Adellya Angelina Clara" katanya.

Clara berpaling ke belakang dan bangun. "Yes?"

Perempuan tadi menapak dua langkah ke hadapan. Dia menghulurkan tangannya.

"Nama I Darlene. Darlene Cheryl. I kawan Edward masa dekat Spain dulu. You ni.....wife dia kan?" Tanya Darlene. Dia memandang Clara atas bawah.

Clara hanya mengiyakan walaupun dia hairan dengan tatapan wanita ini.

'Dah kenapa dengan perempuan ni?' Katanya di dalam hati.

"I datang ni sebab nak cakap yang I mengandungkan anak Edward" Darlene terus ke topik asalnya.

Clara yang mendengar itu tergelak sinis. "Mengandung? Biar betul you ni Darlene? Suami I tu sentiasa dengan I. Celah mana pula dia nak mengandungkan you ni"

"Lagi satu, kalau betul pun dia dah tidur dengan you, mesti you dah lahirkan anak you tu kan. Mana dia?"

"Anak I ada di rumah, tak akan la I nak bawa dia datang sini. Ouh ya, kalau you tak percaya, tengok ni"

Darlene mengeluarkan sekeping foto dan dihulurkan di depan wajah Clara. Tawa wanita itu mati.

Gambar.......Darren yang sedang berpelukan dengan Darlene di depan hotel. Dia tahu, itu adalah gambar sewaktu Darren di Spain namun tetap dapat mengores hatinya.

"Kenapa Clara? Terkejut ke? You know what, Edward sendiri yang suruh I panggil dia dengan nama tu sebab dia tak nak I sama level dengan orang lain atau erti kata lain, special name" Darlene tersenyum sinis saat Clara tidak membalas apa apa.

"Ok lah Clara, I pergi dulu. Jumpa lagi nanti" Darlene menepuk bahu Clara sebelum berlalu dari situ.

"Angel" Darren yang baru saja masuk ke dalam dewan itu menyapa isterinya yang masih lagi berdiri.

Clara tersentak. "Eh abang" katanya.

"Angel ok ke ni?" soal Darren. Clara hanya mengangguk dan duduk semula di tempatnya.

Baru saja Darren ingin menanyakan dengan lebih lanjut, Sir Alex sudah masuk menyebabkan tindakan Darren terhenti.

Dia fokus menyalin apa yang dikatakan oleh pensyarahnya itu namun dalam masa yang sama berfikir tentang apa yang berlaku pada isterinya tadi.

Selepas tamat saja kelas Sir Alex tadi, Clara terus mengemaskan barang barangnya dan bangun.

Darren sempat menahan tangan isterinya. "Angel"

Clara berpaling. "Hm?"

"Apa yang dah jadi tadi sampai Angel tiba tiba je dingin dengan abang ni hm?" Tanya Darren perlahan.

Mata Clara berair. Melihat hal itu, Darren terus menarik tubuh kecil itu masuk ke dalam pelukannya.

"Kenapa ni hm babygirl?" Dia mengosok belakang tubuh wanita itu.

"Tadi, ada seorang perempuan datang dekat Adel" kata Clara. Darren bergumam.

"Hm, lepas tu?"

"D-dia cakap abang pernah tidur dengan dia dulu" sambung wanita itu sebelum menangis kembali.

Darren mengetap rahangnya. "Siapa nama betina tu?"

"Darlene Cheryl" Darren menggengam penumbuk. Dia kenal nama itu.

Salah seorang rakan sekelasnya ketika di Spain dahulu namun tidak pernah mereka bertegur sapa sama sekali.

"Dia kata dia pernah mengandungkan anak abang" semakin kuat tangisan Clara. Nasib saja sudah tiada sesiapa di dalam dewan itu.

Darren menjauhkan sedikit badannya dari Clara. Dia menunduk sedikit dan mengelap air mata isterinya.

"Listen here babygirl, if that woman is not Adellya Angelina Clara, then that baby is not mine. Anak abang hanyalah Adhean, Adheen dan Adhea saja. Dan hanya Angel saja yang layak untuk lahirkan anak anak abang"

"Abang mengaku memang kami sekelas dulu tapi abang tak pernah suka dia langsung. Dalam hati abang hanya ada nama Adel" pujuk lelaki itu.

Clara tersenyum manis. Dia memeluk kembali tubuh sasa suaminya. Darren membalas pelukan dari wanita itu.

"Hanya Adellya Angelina Clara seorang saja yang bertakhta di hati abang. Ingat tu"

PEMILIK HATIWhere stories live. Discover now