HPA 17

52 4 0
                                    

Lama Clara berfikir sesuatu. Tiba tiba ada satu idea yang terlintas di fikirannya tika ini.  Dia membuka chat Darren.

You
- Darren, tadi ada seorang budak lelaki ni dia chat aku

Mee kari
- Siapa lelaki tu pula? Kau kenal ke?

You
- Entah la aku tak kenal pun siapa dia tu tapi dia ada kata yang dia budak kelas 1rbt1

Mee kari
- 1rbt1? Siapa?

You
- Haah. Dia siap ajak aku nak jumpa dekat sekolah lagi esok. Lagi pun esok kan kita nak hias kelas sikit.

Mee kari
- Esok aku ikut kau pergi jumpa jantan tu

You
- Eh asal pula? Dia nak jumpa aku bukan kau lah

Mee kari

- Saja ja..Nak bagi dia duit raya awal

You
- Ah tak ada tak ada. Aku chat dia la kata jumpa hari lain tak jadi nak jumpa esok

Mee kari
- Kau ada nombor dia?

Dahi Clara berkerut hairan. Dia ni cemburu betul eh. Makin suka gadis itu mengusik lelaki yang dia suka itu.

You
- Mesti lah ada. Habis tu dia chat aku dekat mana tadi kalau bukan dekat WhatsApp.

Mee kari
- Bagi nombor telefon dia, nama dia sekali.
- Ouh tak dilupakan, alamat dia

You
- Tak mau, welk

Clara tergelak besar. Alahai, comelnya Darren ni kalau cemburu. Mesti muka merah kan.

Dia berguling guling di atas katil tanpa dia tahu Darren sedang menahan marah.

Darren menggengam erat penumbuk. Dia menarik nafas beberapa kali. Dia pergi ke arah meja belajarnya.

Laptopnya dibuka. Dalam masa 5 minit saja, semua maklumat yang ada di dalam telefon Clara berpindah ke dalam laptopnya.

Dia menghentak mejanya. Memang benar ada beberapa orang lelaki yang pernah mesej Clara dan mengajak gadis itu keluar namun semuanya ditolak.

KLAK

Xaivier yang baru saja masuk ke dalam bilik abangnya itu menggelengkan kepala.

Dia meletakkan secawan air teh panas di atas meja belajar Darren. Darren mengalihkan pandangannya ke belakang.

"Terima kasih" ucapnya. Xaivier mengangguk kepala. Darren meniup dahulu teh panas itu sebelum dinikmati.

Xaivier memandang ke arah skrin laptop milik Darren. "Adellya?" Soalnya.

Darren angguk kepala mengiyakan. Xaivier duduk di atas katil abang sulungnya.

"Kau...betul betul sukakan Adellya?" Tanya Xaivier ragu ragu. Tersedak Darren.

"Dah kenapa kau tanya aku macam tu? Memang lah aku suka kan dia!" Marah lelaki itu.

"And one more thing, jangan panggil dia Adellya. Aku je boleh panggil macam tu, kau panggil dia Clara cukup" kata Darren tegas.

Xaivier mengangkat bahunya tanda tidak peduli. Dia bangun dan terus keluar dari bilik itu.

To be continue..

When he feel jealous, it means he love her more than anything.

PEMILIK HATIWhere stories live. Discover now