HPA 39

60 5 0
                                    

Darren memandang lama ke arah rumah teres yang ada dihadapan matanya kini. Rumah teres milik keluarga Clara.

Dia baru saja mendapat alamat ini daripada maklumat yang dicari oleh Irsyad baru baru ini. Dia yakin, memang benar lah Clara tinggal disini.

Dia menarik nafas dalam sebelum memberikan salam.

"Assalamualaikum" dia menekan loceng yang ada di pagar rumah itu berkali kali.

KLAK!

"Waalaikumussalam" jawab satu suara. Perempuan. Dan Darren yakin bahawa itu adalah suara milik gadis yang dia amat  rindui.

Dan ya, ianya benar. Adellya Angelina Clara.

"Darren?" Tanya Clara tidak percaya. Kakinya terpaku saat melihat wajah lelaki yang sudah lama tidak bersua dengannya itu.

"Hi My Precious Angel" kata Darren. Dia tersenyum nipis.

Clara berjalan menghampiri Darren. Dia berhenti di hadapan jejaka itu.

"Kau baru balik dari Spain ke? Kau buat apa dekat sini?" Tanya Clara yang nyatanya masih lagi tergamam dengan kehadiran ex crushnya.

Ye lah, putus kawan masa form 1 lepastu jumpa balik masa form 5. Ingat tak terkejut ke?

"Ya, aku baru balik 4 hari lepas. Aku datang sini sebab ada benda nak cakap dengan kau," kata Darren.

"Benda apa?"

"First of all, aku nak minta maaf sebab aku tinggalkan kau macam tu saja. Aku buat semua ni sebab aku tak nak bagi kau harapan palsu." Darren menundukkan wajahnya sesudah dia berkata begitu.

Clara ketawa kecil. Ketawa yang dibuat buat, sinis.

"Minta maaf? HAHAHAH. Weh, aku pernah hentak kepala aku dekat dinding semata mata nak hilangkan semua memori tentang kau tapi kau boleh datang kembali waktu aku ingin lupakan semuanya. Kenapa Darren? Kenapa?!" Luah Clara.

"Disaat aku perlukan tempat untuk bercerita, teman untuk meluahkan segalanya. Mana kau, Darren? Mana kau?" Rintihnya lagi. Darren membuka mulutnya.

"Aku nak kahwin dengan kau. Aku betul betul nak jadikan kau sebagai isteri aku yang sah" ujar Darren.

Clara menarik nafas dalam. "Aku minta maaf tapi aku tak boleh nak terima kau sekali lagi dalam hidup aku, Darren"

Darren diam. Dia tahu semua ini salahnya jadi dia tidak akan menghalang apa saja yang Clara ingin buat kepadanya.

Darren angguk kepala faham. "Aku bagi kau masa untuk berfikir. Tapi jawapan yang aku nak tetap sama, ya" kata Darren.

Clara berdengus kasar. Susah cakap dengan orang yang tak reti faham bahasa ni.

"Fine!" Dia menghentakkan kakinya sambil berjalan masuk ke dalam. Tidak dihiraukan Darren yang berdiri di luar.

Darren tersenyum sinis. "Aku bagi kau masa tapi aku cakap berapa lama. Aku akan pastikan, lusa kau aku punya" katanya lalu naik semula ke atas motosikal berkuasa tinggi miliknya dan memecut laju keluar daripada situ.

To be continue..

She hate him but at the same, she love him to much

PEMILIK HATIWhere stories live. Discover now