HPA 9

52 6 0
                                    

Selepas saja mereka selesai solat subuh berjemaah tadi, mereka semua terus bersiap siap untuk ke sekolah.

Tiba saja di sekolah, Darren terus masuk ke dalam kelas kerana tiada perhimpunan sewaktu bulan puasa.

Darren hanya diam saja sambil memandang ke arah rakan rakannya yang sedang berbual dan bergelak tawa itu. Sesekali matanya terpandang Clara yang sibuk mewarna bersama dengan Delisha.

Tiba tiba Ammar berkata sesuatu sehingga membuatkan Clara, Delisha, Safiah dan yang lain memandang ke arah mereka. "Weh aku rasa aku nak makan angin la. Lapar betul sekarang ni"

Tangan Arden naik menunjal dahi lelaki itu. "Kau ni gila ke apa? Kau nak makan angin macam mana? Tak faham aku"

Eidlan mengangguk setuju. "Betul tu. Lagi satu, kita puasa tak sampai setengah hari lagi kau tau tak?" Katanya bengang.

"Eh ada la cara nak makan angin. Jap aku bawa keluar" kata Ammar.

Dia membuka beg sekolahnya. Tangannya mencari sesuatu di dalam beg itu. Yang lain hanya diam menunggu.

"Apa benda lah yang dia nak bawa keluar pula ni" kata Danish pasrah.

"Entah la weh, penat dah aku layan karenah bala bala ni" Darren pula berkata setelah lama berdiam diri.

"Ha jumpa pun" Ammar mengangkat tinggi benda yang berada di tangannya.

Terbeliak mata Arden dan Darren. Yang lain pula ternganga. Mak aih biar betul anak Amir Zariel ni?

Tak menunggu lama, Eidlan terus menarik tangan Ammar ke bawah. Dia memandang ke arah koridor kelas.

"Kau ni dah kenapa Eidlan Qayyum?" Soal Ammar pelik.

"Kau tu yang dah kenapa? Gila ka bawa garfu datang sekolah? Tengah bulan puasa kot tak pasal pasal satu kelas kena dengan cikgu sebab cikgu ingat kita curi curi makan dalam kelas" marah jejaka itu.

Hashr dan Faiq sudah memandang ke arah lain. Menahan tawa dari didengari oleh Ammar. Kang merajuk pula kawan seorang tu.

Clara dan Delisha turut tertawa kecil. Geli hati melihat perangai masing masing.

"Alaaa saja ja. Kan aku dah kata, aku nak makan angin so aku bawa la garfu" kata Ammar selamba.

"Ye la Ammar. Ye lah, ikut kau lah. Penat dah aku" kata Arden selepas ketawa besar bersama Faiq dan Hashr.

"Boleh panggil Ammar ni makhluk garfu lah" kata Clara perlahan. Makin kuat ketawa Delisha.

"HAHAHAHHAHA makhluk garfu"

Darren menoleh ke arah Clara. Terbit senyuman dibibirnya tatkala melihat wajah bahagia Clara.

To be continue..

Just smile, even you're keep a thousand pain behind the beautiful smile.

PEMILIK HATIWhere stories live. Discover now