HPA 5

61 2 0
                                    

BANG

BANG

BANG

BANG

Puan Drea tersenyum melihat suaminya yang sedang berlatih menembak dengan kedua anak lelaki mereka, Darren dan Xaivier. Dalia dan Cahaya yang berada di sebelahnya turut kagum dengan ketiga tiga lelaki itu.

"Wahhh pandainya abang Vier menembak" Cahaya menepuk tangannya. Diantara Darren dan Xaivier, Cahaya lebih rapat dengan Xaivier dan Dariel berbanding Darren.

"Tak semudah tu" Darren pula menembak tepat di dahi anak patung kecil itu.

Xaivier yang masih lagi tidak mahu mengalah dengan abang sulungnya mula menembak patung patung yang lain. Kedua dua mereka mula bersaing.

Tuan Arcy yang melihat adegan itu hanya tersenyum. Bila besar nanti, anak anak lelakinya pasti akan menjadi seperti dirinya.

Kepala Dariel digosok perlahan. Anak lelaki bongsunya itu tersenyum nipis ke arahnya.

"Don't worry. One day, you'll be like your brothers" Dariel memeluk tubuh ayahnya.

"Sudah lah tu, jom pergi shopping nak? Lagipun, barang dapur dah habis" tegur Puan Drea apabila melihat peluh mula membasahi dahi ketiga tiga lelaki itu. Dia keluar dari bilik menembak itu dan menuju ke arah biliknya.

"Baik mummy" Cahaya dan Dalia bangun dan bergerak ke arah abang abang mereka. Dariel pun sama.

Tuan Arcy pula keluar dan mendapatkan isterinya yang sedang memakai tudung di hadapan cermin di dalam bilik tidur mereka. Dia memeluk pinggang isterinya dari belakang.

"Sayangggg" seru Tuan Arcy panjang.

"Ya? Nak apa abang? Zel nak bersiap ni" Puan Drea memusingkan badannya menghadap Tuan Arcy.

"Nothing, rinduu" wanita itu menepuk bahu suaminya sebelum tubuh kekar itu ditolak perlahan ke arah closet.

"Banyaklah abang punya rindu. Dah pergi siap cepat. Zel tunggu dekat bawah" Puan Drea terus keluar dari bilik itu. Tuan Arcy tersenyum melihat pemergian isterinya.

"You're still same, Precious" kepala digelengkan perlahan.

"Kids, dah siap ke?" Darren, Dariel, Cahaya, Xaivier dan Dalia yang sedang bergambar itu memandang ke arah ibu mereka.

"Dah mummy" balas mereka berlima serentak.

"Kalau dah siap jom" ajak Tuan Arcy yang baru saja turun ke bawah. Mereka berlima terus masuk ke dalam Lamborghini Vaneno berwarna hitam milik Tuan Arcy.

********************************
Setibanya di sana, mereka masuk ke dalam supermarket untuk membeli barang dapur. Tuan Arcy, Darren dan Xaivier membeli barang basah manakala Puan Drea, Dariel, Dalia dan Cahaya pula membeli barangan yang lain.

"Mummy nak coklat boleh?" soal Cahaya sambil menunjuk ke arah rak coklat yang mempunyai Kinder Bueno.

"Dalia pun nak juga mummy" adu Dalia pula. Puan Drea mengusap lembut kepala anak anak perempuannya.

"Boleh, tapi janģan banyak banyak ya. Nanti daddy marah" mereka berdua mengangguk sebelum memilih coklat yang diinginkan.

"Enrique tak nak coklat?" Dariel menggeleng.

"Tak nak. Terlalu manis" balasnya. Puan Drea tersenyum. Sama seperti abang dan ayahnya.

"Eh, Dalia? Cahaya?" Tegur satu suara. Puan Drea mengalihkan pandangan ke arah kiri.

"Lah, kau ke Qash" tersengih Tuan Qashaf dibuatnya. Tangan kanannya menolak troli manakala tangannya lagi sebelah pula memegang tangan Eidlan.

"Kau buat apa dekat sini? Berempat je ke? Laki kau mana? Darren? Xaivier?" Tuan Qashaf mencari kelibat Tuan Arcy dan anak anak lelakinya. Mana dia? Bukan ke dia obses dengan bini dia?

Baru saja Puan Drea ingin membuka mulut, kepala Tuan Qashaf diketuk dari belakang. Dia memdesis sakit.

"Nak apa cari aku?" Tuan Arcy melangkah ke arah isterinya selepas dia puas memukul kepala Tuan Qashaf. Barang barang basah yang sudah ditimbang tadi diletakkan di dalam troli.

"Saja, ingatkan kau tak ikut isteri kau tadi" Tuan Qashaf tersenyum nipis. Tuan Arcy menganggukkan kepalanya sebelum dia memandang ke arah Eidlan.

"Kenapa Eidlan pandang Dalia macam tu?" Tegurnya. Eidlan tersentak sebelum dia menggeleng kepala.

"Tak ada apa apa, uncle" balas Eidlan sopan. Nasib baik tak gagap, kalau tak buat malu je.

Darren menarik hujung baju kemeja hitam yang Tuan Arcy pakai.

"Daddy, kami berempat ikut mummy pergi makan dulu boleh?" Soalnya perlahan.

"Boleh, pergilah. Barang barang  ni nanti daddy bayar. Nah, pakai card ni untuk beli makanan" Tuan Arcy menghulurkan blackcard miliknya. Tanpa menunggu lama, Darren segera memyambut huluran itu.

Rezeki jangan ditolak ya. Hehe

Mata Tuan Arcy menoleh ke arah Tuan Qashaf semula selepas kelibat Puan Drea, Cahaya, Darren, Dariel, Dalia dan Xaivier hilang.

"Kau dah jadi ayah yang baik nampaknya" usik Tuan Qashaf. Tuan Arcy menjeling rakan baiknya tajam sebelum tangan naik berpeluk tubuh.

"Biarlah, by the way Naura kau tu mana?" Soalnya hairan kerana hanya sosok Tuan Qashaf dan Eidlan saja yang ada di sini.

"Ada dekat rumah dengan anak anak aku yang lain. Eidlan je yang aku bawa" jelas Tuan Qashaf. Tuan Arcy mengangguk faham.

"Oklah kalau macam tu, aku nak pergi bayar ni dulu. Jumpa lagi nanti" dia menepuk bahu Tuan Qashaf sebelum menolak troli dan beredar dari situ.

********************************

Clara memandang lama ke arah telefon bimbitnya yang berada di atas katil. Fikirannya bercelaru.

"Patut ke aku chat dia eh? Ke call terus? Ehh tapi nanti apa pula yang parents dia kata" soalnya seorang diri.

Dia masih lagi tidak tahu akan identiti sebenar Darren.

"Ahhh chat je la. Lantak la dia balas ke seen ke apa ke"

Dia mengambil telefonnya sebelum nombor telefon Darren dicari. Satu pesanan dihantar.

To be continue..

PEMILIK HATIWhere stories live. Discover now