"My Precious Angel, my obsession. My everything"
"Kasih! Jangan lari lah bodo, terlanggar orang kang" pesan Lauren namun Kasih masih lagi berlari dan Delisha mengejarnya di sekitar taman.
Seperti apa yang dikatakan oleh Lauren, Kasih terlanggar satu sosok tubuh manusia yang berdiri di hadapannya.
Kasih berhenti dengan tiba tiba menyebabkan Delisha turut hampir terjatuh namun Hashr dan Arden sempat menyambut mereka berdua.
"Kau ok?" Delisha mengangguk. Dia memandang ke arah Kasih yang masih lagi berada di dalam dakapan Hashr.
"Kau siapa?" Soal Hashr. Setahu dia, dia tak pernah nampak perempuan ni dengan Delisha dan yang lain sebelum ni.
Kasih yang baru saja tersedar terus melepaskan rangkulan Hashr lalu menunduk.
"Maaf"
"Kau kenapa?" Kasih mengangkat kepalanya sedikit.
"Kau, anak Tuan Haikal. You know..The Devil.." Hashr mengangguk faham dengan ayat Kasih itu.
"Ya, tapi kau tak payahlah takut sangat dengan aku. Aku tak makan kau pun lah" Kasih bergumam sebelum dia berjalan ke arah kawan kawannya yang lain.
"Apa nama kau??" Soal Eidlan. Dia memandang Kasih dan seorang lagi gadis di sebelahnya.
"Kasih. Kasih Fatihah. Yang ini kawan kami juga, Arriana Atielya" jelas Kasih perlahan.
"Hi Arriana" gadis itu hanya mengangguk dan menunduk sedikit. Hairan ahli The Devil yang lain. Irsyad yang seperti memahami situasi itu bertanya.
"Kau, bisu ke?" Faiq memukul bahu Irsyad menggunakan buku nota di tangannya.
"Akh kau kenapa, Faiq?"
"Yang kau cakap macam tu dah kenapa, Irsyad Haris Bin Irfan Zachary" Faiq menyeru panjang nama jejaka itu. Arriana tersenyum. Dia menarik sedikit hujung baju Faiq sebelum dia mengeluarkan satu buku nota kecil yang selalu dia bawa.
Saya memang bisu pun.
Terkaku semua ahli The Devil. Mereka memandang wajah Lauren untuk kepastian dan gadis itu hanya mengangguk mengiyakan.
"Hai nama aku Ammar, ni Darren, Arden, Eidlan, Faiq, Irsyad, Danish dan ni Hashr. Korang boleh panggil kitorang The Devil" Ammar mengenalkan dirinya dan mereka semua. Arriana dan Kasih menjatuhkan kepala.
"Korang buat apa dekat sini?" Soal Danish pada Lauren.
"Saja, bosan duduk rumah tu yang kami lepak dekat sini" yang lain mengganguk faham dengan penjelasan dari Hawa.
Mata Darren mula mencari seseorang sebelum matanya terpaku pada seorang gadis yang duduk di atas buaian yang ada di taman permainan itu. Dia mendekati gadis itu.
"Hi, kenapa termenung tu?" Soal Darren lembut saat wajah Clara menyapa kornea matanya. Clara tersentak.
"Tak de apa apa lah" Darren tersenyum simpul.
"Aku tahu, kau ada fikirkan sesuatu. Cuba cerita dekat aku, mana tahu aku boleh tolong kau" Clara mengeluh berat.
"Ibu saya selalu suruh saya buat tu buat ni. Lepas tu kalau saya tak buat kena marah. Adik saya tu ok pula tak buat kerja rumah tak ada pun kena marah. Ke memang mak saya tak nak ada anak macam saya ni?" Luah Clara akhirnya.
"Saya ni menyusahkan orang ke Darren? Kenapa hidup saya macam ni? Apa salah saya?" Tanya Clara dengan wajah yang sudah basah dengan air mata.
Darren menarik sedikit lengan baju hoodie yang dia pakai lalu dia mengelap air mata Clara. Ternganga mulut ahli The Devil termasuklah Delisha, Lauren, Hawa, Arriana, Safiah, Kasih dan Raisha.
"Jangan menangis. Tak perlu bazirkan air mata kau." Clara menunduk..
"Saya tak layak bahagia ke Darren?" Soalnya sayu. Darren menggeleng.
"Aip jangan kata macam tu. Kau pun layak untuk bahagia sama macam orang lain cuma mungkin kau belum jumpa lelaki yang betul betul ditakdirkan untuk bersama dengan kau hingga akhir waktu. Dan mungkin dia boleh bawa kau keluar dari family kau."
'Mungkin itu aku?' Kata Darren di dalam hatinya. Yakinnya kau, Ren.
"Bila saya akan jumpa dia?"
"Biar waktu menentukan segalanya. Jodoh, maut, rezeki semuanya di tangan tuhan. Kau hanya perlu berdoa"
Clara mengangguk mengiyakan. Darren dan yang lain tersenyum.
********************************
Clara menutup pintu rumahnya sebelum dia berjalan ke arah bilik tidurnya. Baru saja tangan ingin menyentuh tombol pintu, ada suara yang menegurnya.
"Hah, baru nak balik? Tadi kata nak balik pukul 3 petang sekarang ni dah pukul 3.30 petang" bebel Zurina, ibu kandung Clara.
Clara tersenyum. Dia menyalam tangan ibunya. "Maaf, tadi Lara terlupa tengok jam"
"Yelah tu entah entah pergi jumpa jantan mana tah" ujar Darina, adik seibunya.
Zurina memandang tajam ke arah anaknya sebelum dia menarik tudung Clara. Gadis itu mendesis kesakitan.
"Ibu, sakit ibu" Zurina tidak menghiraukan kata kata anaknya. Dia malah menarik rambut Clara lebih kuat lagi.
"Zur, sudah sudah lah tu. Sakit Lara tu dibuatnya. Awak cakap nak pergi shopping kan, jomlah" tegur Dahlan, ayah tirinya.
Pada saat Clara berumur 2 tahun, kedua orang tuanya bercerai dan dua tahun selepas itu ibunya berkahwin dengan seorang lelaki bujang dan dikurniakan seorang anak perempuan.
Hidupnya mula berubah sepenuhnya kerana ibu kandungnya selalu memberikan perhatian yang lebih kepada adiknya.
Dia juga selalu dipukul seperti ini hampir setiap hari.
Zurina melepaskan rangkulan itu sebelum dia menarik tangan anak dan suaminya untuk keluar. Clara terus bangun dan masuk ke dalam biliknya.
Dia menangis teresak esak sambil memeluk kedua kakinya di atas katil.
"Ayahh, kenapa hidup Lara macam ni? Sampai bila Lara nak kena hadap semua ni?" Soalnya sendirian.
Tidak lama selepas itu, dia mula dijemput lena dan dia tertidur di atas katil.
To be continue..
YOU ARE READING
PEMILIK HATI
RomanceHIS SERIES 1 𝑫𝒂𝒓𝒓𝒆𝒏 𝑨𝒓𝒋𝒖𝒏𝒂 𝑬𝒅𝒘𝒂𝒓𝒅 & 𝑨𝒅𝒆𝒍𝒍𝒚𝒂 𝑨𝒏𝒈𝒆𝒍𝒊𝒏𝒂 𝑪𝒍𝒂𝒓𝒂 Siapa saja yang tidak kenal dengan Darren Arjuna Edward? Anak kepada salah seorang billionaire iaitu Tuan Muda Arcy Xaivier Arjuna. Abang sulung kepada...