𝓡𝓲𝓷𝓪 𝔁 𝓘𝓪𝓷 | 1 🍁

6.3K 188 18
                                    

"LONDON?! YEAY!" Rina menjerit kecil. Teruja bila dapat berita dari mamanya yang mereka akan mengikuti Dato Kamal ke London untuk sebulan dua atas urusan kerja. Mujur dia sudah habis SPM. Jadi dapatlah ikut ke sana.

Datin Sarimah tersenyum. Teruja sungguh Rina hendak ke London. Tahu yang ini adalah kali pertama anaknya ke sana. Kebetulan anak sulung Shahrul juga sedang belajar di sana. Anak keduanya Shahril pula belajar di US.

Rina belari anak naik ke bilik. Dia mahu mengemas pakaian yang hendak di bawa. Tinggal di sana sebulan lebih mestilah kena bawa pakaian yang banyak kan? Dia menarik bagasi berwarna putihnya lalu dibaringkan di atas lantai.

Kepala disengetkan sedikit. Mata mengecil dengan jemarinya mengusap dagu. "Hmm.. Nak bawa apa eh? Sekarang musim apa kat sana?" Rina kemudian mencapai telefonnya. Mahu bertanya pada Shahrul.

Kalau musim sejuk, bolehlah dia bawa hoodie, jacket dan sweater. Beanie juga! Rina tersenyum. Sungguh dia gembira. Dia masih 17 tahun. SPM baru saja selesai seminggu lalu. Dan sekarang dia tengah cuti panjang. Sudah lama dia berhasrat mahu ke London.

Namun selalu tidak dapat kerana sibuk belajar. Lagipun waktu itu Dato Kamal hanya ke sana untuk tiga ke empat hari sana. Kali ni akan stay di sana lebih dari sebulan. Mungkin juga hingga 3 bulan.

Selesai mengemas pakaian, Rina merebahkan tubuh di atas katil. Penat melipat dan mengemas pakaian masuk ke dalam bagasi. Kata Dato Kamal bawa satu bagasi saja. Pakaian kalau tidak cukup boleh mereka beli di sana saja nanti.

Rina membaca semua info tempat-tempat yang cantik di London. Sungguh!! Dia teruja dan gembira! Tak sabar hendak ke sana. Bolehlah dia upload banyak gambar di instagramnya nanti.

Matanya semakin memberat dek membaca artikel tempat-tempat yang cantik di London. Lama-kelamaan mata bulat itu tertutup. Dia terlena.

"ABANG RUL!" Shahrul mengukir senyuman lebar, gembira melihat keluarganya selamat sampai ke London

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ABANG RUL!" Shahrul mengukir senyuman lebar, gembira melihat keluarganya selamat sampai ke London. Dia sendiri datang menjemput mereka.

Rina menyalam tangan abangnya. "Adik abang sihat? Macam mana SPM?"

Shahrul bertanya dengan senyuman di bibir.

"Alhamdulillah.. hehe. Tu je yang adik mampu nak cakap sebab result belum dapat." balasnya. Shahrul tertawa kecil sebelum dia menyalam kedua orang ibu bapanya. Shasha yang di dukung Dato Kamal dicuit pipinya. Shasha baru berusia 3 tahun ketika itu.

Rina melihat sekelilingnya. Macam tidak percaya yang dia sekarang berada di London. Bersinar-sinar mata gadis itu dengan senyuman lebar.

Kedengaran bunyi pintu kereta dibuka dah ditutup. Terus Rina menoleh ke arah kereta yang parking di belakang abangnya itu.

Gulp.

Itulah reaksi Rina melihat seorang lelaki tinggi lampai yang mempunyai rupa yang tampan. Lelaki itu tersenyum berbual dengan Dato Kamal juga Datin Sarimah. Siap menyalam tangan mereka dengan hormat lagi.

[C] Kerana Aku, Milik Ian BenjaminWhere stories live. Discover now