SAMPAI saja ke Milan, Rina terpegun melihat ada beberapa buah kereta menunggu di tepi private jet mereka. Ian yang nampak kereta kereta tersebut lepaskan keluhan kecil. Dia toleh ke arah Karl.
"Kenapa?"
"Kau bagitahu ayah ke?"
Karl menggeleng.
"Habis tu? Kenapa anak anak buah ayah ada kat sini?"
Karl hanya mengangkat kedua bahunya. Tanda tidak tahu. Buka saja pintu kapal, Karl terus bangun dan keluar dari situ. Rise pula ke belakang. Mengambil bagasi bagasi mereka.
"Jom sayang. Ayah dah tunggu tu."
"Ayah? Ayah ada kat sini?"
Ian mengangguk. Tangan Rina dia raih dan mereka melangkah keluar dari kapal. Dengan penuh debaran, Rina hanya mengikuti langkah suaminya menuju ke arah seseorang yang duduk di kerusi roda.
"Ayah." Ian tunduk menyalam tangan Ethan. Kedua belah pipi ayahnya dia kucup. Rindu dengan si ayah. Ethan tersenyum.
Rina pula memerhati keadaan sekeliling. Agak ramai bodyguard di situ menjaga mereka. Siap dengan senapang di tangan lagi.
"Sayang." panggil Ian. Rina menoleh. Dia tersenyum segan sebelum tunduk menyalam tangan tua itu.
Terasa tangan tua itu mengusap lembut kepalanya.
"Ni lah Rina ya? Cantik. Tenang hati ayah tengok." Bibir tua itu mengukir senyuman. Rina turut membalas senyuman ayah mentuanya itu.
"Biasa je ayah." tersipu malu pula dia bila di puji macam tu. Lagi malu sebab ada beberapa orang yang dia tidak berapa kenal ada di situ.
"Ehem. Rina memang cantik." Ian sengih. "Oh kenalkan.. Ni wife ayah." Ian memperkenalkan isteri baru ayahnya itu. Wanita yang sudah membantu ayahnya memeluk Islam. Wanita tua itu tersenyum manis. Dia berdiri di belakang suaminya.
Rina mengangguk faham. Dia turut membalas senyuman wanita tua itu.
"Dah sedia?" Karl tiba tiba bersuara ketika menghampiri mereka. "Karl dah lapar ni ayah." Karl tersenyum.
"Haa yelah. Jom la gerak balik rumah. Ayah Theo dah sediakan banyak makanan." sahut Ethan. Isterinya menolak kerusi rodanya ke arah kereta Cadillac Escalade berwarna hitam pekat itu.
Berkerut kening Rina. Dia kenal kereta ni. Kereta begini banyak yang jenis kalis peluru. Dia menoleh ke arah Ian di sebelah. Suaminya yang tadi nampak ceria, berubah serius.
"Abang."
Ian menoleh. Dia tersenyum. Ketika ini mereka sedang melangkah ke kereta.
"Ya sayang?"
"Ni Cadillac Escalade kan? Rina suka kereta ni. Banyak digunakan sebab ada yang jenis kalis peluru."
Ian telan liur. Dia lepaskan pegangan pada tangan isterinya. Ayahnya di hampiri. Mahu membantu orang tua itu naik ke kereta.
YOU ARE READING
[C] Kerana Aku, Milik Ian Benjamin
RomanceBook 5 : SHARINA x IAN BENJAMIN Story about Sharina (Mrs Haiden Mateen) and Ian Benjamin (Tuan Karl Benjamin)