"MASA tu abang baru balik dari jogging. Nampak sayang keluar rumah. Dari pemakaian, abang tahu sayang nak pergi jogging. Jadi abang ke taman balik. Sanggup jogging dua kali semata mata nak temankan sayang." Ian bercerita. Kepala dia baringkan ke atas dada isterinya. Tempat favoritenya. Tangan memeluk pinggang si isteri.
Dia dalam mode nak bermanja. Rina pun layankan saja.
Jari jemari Rina yang bermain di rambutnya itu menyenangkan dia. Dia suka. Terasa dimanjai oleh si isteri. Belaian lembut itu seolah oleh mendodoikan dia.
"Oh.. Rina dah ingat. Masa tu Abang Rul ada kelas. Rina nak ajak jalan tak ada siapa yang dapat temankan. Jadi Rina keluar jogging."
Ian tersenyum. "Sayang nak tahu tak, masa tu abang rasa tenang sangat ada dekat dengan sayang. Terus lupa semua masalah. Dengar suara sayang, dengar sayang mengomel.. Tengok senyuman sayang. Abang tak pernah rasa macam tu dengan mana mana perempuan."
"Uish. Macam ramai je bunyinya tu. Mana mana perempuan."
Ian tergelak. Dia angkat kepala dan tegakkan tubuh. Duduk bersila disebelah isterinya. "Ramai ramai pun, jodoh abang dengan Rina juga." Tangan Rina dia capai lalu dikucup lembut.
Tiba tiba Rina teringat sesuatu. Terukir senyuman nakal di bibirnya.
"Abang."
"Ya sayang." sahutnya sambil menatap wajah isterinya.
"Masa abang peluk Islam tu kan.."
"Hmm..?"
Sengaja Rina melambat-lambatkan ayatnya. Dia kemam bibir. Tahan senyum.
"Kenapa?" Ian tersenyum.
"Abang ada sunat tak?" Melihat senyuman dibibir Ian memudar serentak itu Rina tertawa.
"Sunat? Maksud sayang, khatan ke?"
Rina mengangguk, masih dengan sisa tawanya. Faham niat si isteri mahu mengusik, Ian tarik senyum senget. Nak kacau dia eh..
"Sayang tak nampak ke?"
"Nampak apa?"
"Everytime we make love sayang. Takkan tak perasan?" Terus padam senyuman Rina. Berubah ke wajah membahang dek pertanyaan si suami.
Sudahnya Rina tarik selimut menutupi wajahnya dan baringkan tubuh membelakangkan Ian. Menekup wajahnya dengan bantal.
"Arrghh!!" jerit Rina.
"Hahahahaha." Ian tergelak suka melihat reaksi isterinya itu. Dia memeluk Rina yang berbungkus dengan selimut itu. Entah apa yang di bisik Ian pada isterinya sehinggakan Rina menjerit sambil menekup telinganya. Kaki di dalam selimut menendang-nendang ke udara. Si suami pula gelak tak ingat dunia.
PAGI ITU, Rina menemani Ian di tepi kolam. Kali ini mereka hanya duduk diam di rumah saja kerana lusa mereka akan balik ke Malaysia. Ian berenang di dalam kolam. Rina hanya memerhati. Dia sudah mandi selepas subuh tadi. Jadi bila Ian ajak, dia tolak.
Dia hanya duduk di tepi kolam dengan kakinya berjuntai masuk ke dalam air. Ian dia lihat berenang ke hujung saja dan kembali ke arahnya. Rina hanya tersenyum melihat suaminya berenang ke arahnya.
Ian timbul seraya meraup rambutnya yang basah itu ke belakang. Dia mendekati isterinya lalu mengepung Rina dengan kedua tangan. Paha Rina yang terdedah itu selamba di kucup.
"Sejak bila sayang suka pakai sexy ni? Kesian la kat abang."
"Sexy ke macam ni?" Rina pandang tubuhnya yang bersarung short pants paras paha dan t-shirt suaminya yang besar itu.
YOU ARE READING
[C] Kerana Aku, Milik Ian Benjamin
RomanceBook 5 : SHARINA x IAN BENJAMIN Story about Sharina (Mrs Haiden Mateen) and Ian Benjamin (Tuan Karl Benjamin)