𝓡𝓲𝓷𝓪 𝔁 𝓘𝓪𝓷 | 13 🍁

4.6K 208 15
                                    

LAMA Rina berdiri di hujung katil. Tangan menggaru sisi kepalanya. 'Nak kejutkan ke atau tidak? Dah nak subuh.' Dia sudah lengkap memakai telekung. Menunggu Ian bangun saja untuk solat subuh sama-sama.

"Ian." panggil Rina. Malas hendak goyang tubuh lelaki itu kerana dia sudah berwudhuk. "Ian, bangunlah. Dah nak subuh ni." Ian yang tidur meniarap dengan tak berbaju itu jelas membuatkan Rina balik balik telan liur.

"Iannnn." meleret suara Rina bila Ian langsung tidak bergerak. Saat mata menangkap senyuman nipis di bibir Ian, terus Rina menjulingkan matanya ke atas. Bangun rupanya!

"Bangun la cepat. Kalau tak saya solat subuh sendiri." ugutnya. Terus saja Ian buka mata dan bangun dari baringnya.

"Sikit-sikit ugut.." bebelnya seraya mengengsot turun dari katil. Tuala dicapai dan Ian masuk ke bilik air. Rina menahan tawa melihat bed hair suaminya tadi. Comel! Macam budak-budak.

Rina membuka pintu balkoni. Membiarkan angin subuh masuk ke dalam bilik. Tidak lama kedengaran suara azan subuh di masjid berhampiran. Laju Rina menebarkan sejadah untuk Ian dan untuknya.

Keluar saja Ian dari bilik air, baju dan kain sarungnya sudah Rina sediakan.

"Cepat." Rina menunjukkan pakaian yang sudah dia sedia untuk Ian di atas katil.

"Sabarlah sayang." Ian mengelap badannya dengan tuala kecil. Mandi subuh begini dia jarang basahkan kepala. Lepas jogging atau bersenam baru dia mandi sekaligus cuci kepalanya.

T-shirt di capai dan disarungkan ke tubuhnya. Rina sudah duduk di atas sejadah. Menanti dirinya. Ian tersengih. Comel sungguh isterinya ini. Menyesal tak kahwin awal-awal.


USAI solat subuh, Ian berbaring mengiring di sebelah Rina yang sedang membaca buku. Dia biasa mengulangkaji pelajaran selepas solat. Tambahan pula minggu depan dia ada peperiksaan akhir sebelum habis semester 3.

"What are you doing sayang?" Tangan kiri menongkat kepalanya.

Sengaja dia landingkan lengan kanannya di pinggang Rina yang sedang duduk menyandar di kepala katil. Isterinya pula hanya membiarkan.

"Study."

"Hmm? Biology? Sayang ambil aliran sains ke?"

"Perubatan.."

Ian mengangguk faham. Mata ralit merenung si isteri. Tekun betul isterinya membaca. Ian tersenyum. Lengan Rina dia kuis dengan jari telunjuk.

Berkerut kening Rina. Suami di sebelah dia pandang.

"Awak dah kenapa?"

"Saja nak kacau sayang study."

"Hish.. Janganlah kacau. Saya ni ada exam tau minggu depan. Kena study.." Dia kembali membaca buku. Tidak dihiraukan sang suami yang meminta perhatian di sebelah.

Ian tertawa kecil. Telefon yang berdering di meja sisi dia capai. Pesanan dari Shahrul.

"Sayang.. Kita pergi sarapan dulu jom? Lepas tu baru awak sambung study balik. Kita check out pukul 12 tengahari." Ian bangun dari pembaringannya. "Hmm? Shahrul dah whatsapp tadi. Suruh kita turun breakfast."

Rina menutup buku. Ian dia hadiahkan jelingan tajam. Tersenyum saja suaminya itu.

"Okay fine.." memang perut tengah lapar juga. Dia setuju saja.

 Dia setuju saja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Kerana Aku, Milik Ian BenjaminWhere stories live. Discover now