RINA mengatur langkah ke ruang dapur bila dengar betapa riuhnya suara mereka di belakang.
"Ada apa apa yang boleh saya bantu?" tanyanya pada Eman yang berapa di dapur itu.
"Eh Rina." Eman tersenyum. "Boleh awak tolong angkat ayam ni? Black nak panggang." Eman menunjuk satu bekas berisi sayap apa yang sudah diperap. Satu lagi berisi sate pula.
"Okay. Yang lain kat belakang ke?"
"Haah. Meriah kan? Ada budak. Anak saya, anak Adrean dan Qarina. Dan anak-anak buah Tuan Karl pun ada sekali." Eman capai bekas berisi sate itu. "Jom." ajaknya. Dia dan Rina keluar ke bahagian belakang rumah.
"Rina, Ian mana?" soal Redza. Dia ambil bekas makanan dari Eman dan Rina.
"Dalam bilik. Dia kata tak sedap badan tadi. Tapi nanti dia turun juga."
Redza mengangguk faham. Dia membawa bekas makanan tadi ke bahagian grill.
Di situ ada Black dan Karl sedang sibuk memanggang sayap ayam dan sate ayam. Berkerut kerut wajah kedua lelaki itu dek asap dari tempat memanggang itu.
Ada juga sosej, jagung, daging kambing dan sayuran panggang. Ada juga ayam goreng, tart telur, roti, nasi, kentang goreng dan macam macam lagi.
"Jom Rina, kita duduk sana." Eman menarik lembut tangan Rina. Mereka menghampiri Ain, Annetta dan Qarina yang sedang berbual di satu meja.
"Hai.." sapa Rina. Mencuba untuk masuk sekali.
"Rinaa.. Duduklah." pelawa Ain seraya menepuk perlahan tempat duduk disebelahnya. Rina melabuhkan duduk. Eman pula duduk disebelah Qarina.
Sempat Rina menoleh ke arah kolam kanak kanak. Di situ ada Uziel, dan dua orang lagi bermain dengannya. Mungkin itu anak Qarina dan Adrean. Mereka bermain di situ di temani Adrean dan Rise. Kedua lelaki itu cedera teruk sikit sebelum ini.
"So how's your life?" Qarina memulakan bicara. Rina tersenyum kecil saat semua mata memandangnya. "Rina still study kan? Ambil bidang apa?"
"Oh.. Bidang perubatan." balas Rina.
"Bakal doktor la ni?"
"Maybe. Tapi macam nak jadi pembantu perubatan je kot. Saya jenis tak berapa tahan tengok darah." Rina tertawa kecil di hujung ayatnya.
"Pembantu perubatan pun okay. Nurse pun okay. Kalau aku ni Rina, tak dapat nak study dah. Sikit sikit tangguh. Tiba tiba mood nak belajar tu hilang. Rasa macam nak kerja jaga anak je kat rumah." Ain bersuara.
"Memang tak ada masa dah Ain nak study. Ni hah, keluar baby ni.. Habis pantang nanti confirm mengandung lagi." sampuk Qarina. Ain tergelak mendengar bebelan Qarina itu.
Rina hanya tersenyum. Namun perlahan senyumannya memudar. Satu persatu wajah wanita di hadapannya ini dia pandang. Masing masing sudah ada anak.
Maysara sahabatnya mengandung.
Ain tengah mengandung..
Annetta pun tengah mengandung.
Eman dan Qarina pula sudah ada anak.
Hanya dia.
Dia saja belum ada berita gembira. Mungkin belum sampai masanya lagi untuk dia dan Ian diberikan rezeki anak.
IAN mengeluh perlahan. Tangan naik sentuh dahi. Panas. Dia toleh ke kiri. Isterinya tiada di sisi. Mungkin sudah turun ke bawah. Tubuh yang lenguh dia gagahkan untuk bangun dan duduk menyandar di kepala katil. Mata dia pejam bila pandangannya berpusing pusing. Pening!
YOU ARE READING
[C] Kerana Aku, Milik Ian Benjamin
RomanceBook 5 : SHARINA x IAN BENJAMIN Story about Sharina (Mrs Haiden Mateen) and Ian Benjamin (Tuan Karl Benjamin)