𝓡𝓲𝓷𝓪 𝔁 𝓘𝓪𝓷 | 12 🍁

4.6K 210 23
                                    

DENGAN penuh rasa berdebar, pengantin lelaki melabuhkan duduk di hadapan Dato Kamal. Di sampingnya ada Shahrul, dan juga Redza, wakil Karl.

Datin Sarimah dan Puan Emy pula duduk di samping pengantin perempuan. Marsha, adik kepada Ian turut sama menghadiri majlis abangnya.

"Abang Ian nampak nervous la ibu." Marsha tertawa kecil melihat abangnya yang sesekali mencuri pandang ke arah mereka. Dia duduk di tepi Puan Emy.

"Dah sedia?" Imam yang duduk di sebelah Dato Kamal bertanya.

Ian mengangguk dalam gugupnya. Redza menepuk perlahan belakang lelaki itu. Shahrul pula hanya tersenyum senang. Shahril menjadi photographer di hari bahagia adiknya itu. Terpaksa dia tinggalkan Mayzatul untuk sehari ini.

"Mohammad Ian Benjamin bin Erhan Benjamin." Dato Kamal bersuara. Ian segera menegakkan duduknya.

"Saya."

"Aku nikahkan kau, dengan anak perempuan ku Sharina binti Kamal dengan emas kahwin bernilai RM5000 tunai."

"Aku terima nikahnya, Sharina binti Kamal dengan emas kahwin bernilai RM5000 tunai." sahut Ian.

"Sah?"

"Sah."

"Sah."

"Sah."

"Alhamdulillah.." Imam mula membaca doa. Sempat Ian menoleh ke belakang. Di mana Rina duduk menantinya sebelum tersenyum senang. Akhirnya dia dan Rina selamat diijab kabulkan.

Rina pula turut mengukir senyuman. Berbalas senyuman dengan Maysara yang menunjukkan thumbs up padanya. Pada Marsha yang mengusiknya dari tadi. Dan juga pada Datin Sarimah dan Puan Emy disampingnya.

Tangan tidak lupa untuk ditadah saat imam membaca doa.

Beberapa saat kemudian, Puan Emy, Datin Sarimah dan Marsha bangun dari duduk mereka. Rina terpinga-pinga. Nak ke mana? Jangan tinggalkan Rina kat sini 🥹.

Terasa tempat duduk kosong disebelahnya diduduki seseorang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Terasa tempat duduk kosong disebelahnya diduduki seseorang. Rina telan liur. Perlahan dia pusingkan tubuhnya menghadap sang suami di sebelah.

Suami? Ehem!

"Assalamualaikum, my wife." Ian mengukir senyuman semanis mungkin buat isterinya.

Rina agak terpana dengan senyuman itu. Terbentuk elok lesung pipit single milik Ian di pipi kirinya. Wajah lelaki itu nampak bahagia dan gembira sangat.

"Wa-walaikumsalam." balasnya perlahan.

"Ni cincin untuk Rina.." Datin Sarimah menghulurkan dulang hantaran yang berisi cincin untuk Rina. Ian tersenyum seraya mencapai cincin tersebut.

Tangan Rina dia pegang. Bagaikan terkena renjatan elektrik, sikit lagi Rina menarik tangannya namun Ian menggenggam tangan si isteri erat. Macam tahu saja.

[C] Kerana Aku, Milik Ian BenjaminWhere stories live. Discover now