𝓡𝓲𝓷𝓪 𝔁 𝓘𝓪𝓷 | 27 🍁

3.5K 174 19
                                    

SEMPERIT, itulah kuih raya pertama yang Rina cari ketika mereka sampai di rumah keluarganya. Ian pula membawa bagasi mereka naik ke bilik.

"Kakak!" Shasha memeluk lutut kakaknya. Rina tersenyum. Dia menunduk sedikit.

"Adik kakak. Macam mana sekolah? Okay tak?" kepala Shasha dia usap lembut.

"Okay!" Shasha tersenyum gembira.

Bekas berisi kuih semperit di atas meja dia capai sebelum duduk dilabuhkan di atas kerusi meja makan. Mereka balik ke sini selepas solat terawih tadi. Shasha berlari menghampiri Datin Sarimah ketika mamanya itu melangkah masuk ke dapur.

"Amboi. Tak menyempat eh terus pergi ngap semperit."

Rina tayang sengih tak bersalah. "Banyak tak mama buat semperit?"

"Banyak. Dah kamu bising nak mama buat banyak. Ada dua ke tiga bekas tu mama buatkan. Ni kenapa tiba tiba nak makan semperit ni? Selalunya kalau raya Rina suka melantak makmur."

Ian menuruni anak tangga. Terus saja langkahnya di bawa ke dapur.

"Papa dan Shahrul mana mama?" Ian bertanya seraya menarik kerusi duduk di sebelah isterinya.

"Belum balik terawih lagi. Katanya ada ceramah. Jadi dalam sejam lagi macam tu la baru balik." jawab Datin Sarimah.

Shasha mengambil tempat duduk di depan kakaknya Rina. Kuih almond london dalam bekas dia ambil lalu disuap ke dalam mulut.

"Oh.." Ian capai semperit lalu di suap ke mulut isterinya. Rina pun melayan saja.

Datin Sarimah tersenyum bahagia melihat anak menantunya. Sebelum ini Rina nampak sangat tidak yakin dengan Ian. Bersyukur si ibu melihat anaknya kini bahagia.

"Mama macam mana souvenir yang Rina bawa dari Quebec? Okay tak?"

"Okay. Mama suka sangat pinggan mangkuk tu. Sampai kawan mama tanya kat mana mama beli." Tersenyum suka Datin Sarimah bila mengingatkan pertanyaan sahabat-sahabatnya tentang pinggan mangkuk yang dia gunakan.

"Alhamdulillah. Nanti Rina beli lagi. Ada rezeki pergi lagi ke Quebec." Rina tersengih pada si suami.

"Uii dah ada perancangan eh sayang ni." di cuitnya pipi gebu itu. Aaahh nak saja dia gomol pipi gebu ni.

"Assalamualaikum!" Spontan mereka semua menoleh ke muka pintu bila mendengar salam itu.

"Walaikumsalam.." Kelihatan Dato Kamal dan Shahrul melangkah masuk.

"Eh korang pun ada kat sini." Shahrul tersenyum gembira melihat Rina dan Ian di situ. Selamba saja dia kucup dahi si adik. Dan si Ian pula selamba naik tangan menepuk bahu Shahrul.

"Bini aku."

"Adik aku." bidas Shahrul. Rina bangun menyalam papanya. Begitu juga Ian.

"Raya kat sini?"

"Haah papa. Shahril tak balik ke?" tanya Ian. Dato Kamal melabuhkan duduk. Datin Sarimah sudah sibuk membancuh kopi buat suaminya.

"Mama milo panas satu." tanpa segan silu Shahrul memesan seraya duduk disebelah Shasha.

"Amboi ingat mama ni buka restoran ke?" omel Datin Sarimah. Shahrul tertawa. Dia suap kuih jintan susu ke mulut. Hmm.. Favorite!

"Shahril kata balik. Tapi mungkin pagi raya baru sampai. Dia nak hantar kawan dia balik kampung dulu." jawab Dato Kamal.

"Kawan? Siapa?" teruja Rina bertanya. Shahrul dan Ian berpandangan sebelum tersenyum. Mereka tahu. Hanya mereka berdua saja tahu siapakah gerangan yang Shahril hantar ke kampung itu.


[C] Kerana Aku, Milik Ian BenjaminWhere stories live. Discover now