𝓡𝓲𝓷𝓪 𝔁 𝓘𝓪𝓷 | 22 🍁

3.6K 179 8
                                    

TERNYATA urusan Black ke Quebec minggu lepas adalah untuk berjumpa dengan Aryan. Aryan sebenarnya pernah bekerja dengan Black beberapa tahun yang lalu. Jadi mereka memang sudah lama kenal.

Pertemuan mereka di hotel itu juga adalah rancangannya sendiri kerana Aryan mahu perhatikan Sora. Dia hanya undercover saja di sana. Sebenarnya kerja Chef itu adalah kerja isterinya Bella. Mujur Bella setuju mahu membantunya dalam misi ini.

"Code name ASH. Stand for Aryan SHariq." Black tersenyum. Ian dan Rina terlopong.

"Aku minta maaf sangat terpaksa tipu korang." Aryan satukan kedua tapak tangannya dengan wajah meminta simpati.

"Jadi yang bawa saya keluar tadi tu awak ke?" Aryan mengangguk. "Bukan awak kena tembak ke?"

"Bulletproof vest, Rina. I wear it inside." jawab Aryan sambil menepuk dadanya.

"Kau.. Kau tunggu aku sihat. Habis aku belasah kau cukup-cukup." ugut Ian. Aryan hanya tertawa kecil.

"Nope. Aku balik terus lepas ni. Flight aku dalam satu jam ni. Next time kita jumpa lagi." Aryan melambaikan tangannya sebelum berlalu dari situ.

"Sora dah kena tangkap. Sekali dengan Fuzen. Kali ni pihak polis London memang tak akan lepaskan diorang." Black mencekak pinggang. "Nami is safe." senyuman terukir di bibir.

Rina lepas nafas lega.

"Qarina ada temankan dia kat hospital. Now kau pula kena di bawa ke sana." katanya pada Ian.

"Aik aku dah kena rawat kut. Balik rumah la. Buat apa nak pergi hospital." rungut Ian. Rina hanya tersenyum mendengar rungutan suaminya itu.

"Nope. Kena pergi juga. Karl yang suruh. Adrean dan Theo pun dah pergi. Ad teruk sikit. Kena tikam kat bahu." Black pegang pintu van ambulans itu.

"Diorang dah nak gerak ke?" Damien menghampiri Black.

"Haah." Balas Black. "Kau ada cedera kat mana mana?"

Damien menggeleng. "Not even a scratch." balasnya seraya tersengih. Tangan naik mencekak pinggang. Ditubuhnya masih tersarung bulletproof vest.

"Aku ingat kau sniper je. Tak sangka turun padang jugak."

Black turut tersenyum. Damien sama sepertinya. Kelebihan utama mereka adalah sniper.

"Selamat sampai ke hospital eh. Aku follow korang dari belakang." kata Black seraya menutup pintu ambulans.

"Okay.." Balas Ian dengan lemah. Aah dia tak suka hospital!


"ASSALAMUALAIKUM, Rina.. Kau okay?" Rina menoleh ke pintu wad. Ada tiga orang wanita menghampirinya. Dan seorang lelaki mendukung seorang kanak kanak lelaki. Dua orang dari mereka Rina kenal. Redza dan..

"Eh? Ain. Kau buat apa kat sini?" Ain yang sedang berbadan dua itu duduk disebelahnya di bantu oleh wanita yang memakai sut itu.

"Jenguk kau. Husband kau macam mana?"

"Kat wad sebelah. Dr Iqmal tengah cuci luka dia." Rina tersenyum kelat. Dia termenung sendiri di dalam wad ini sebelum Ain datang. Memikirkan apa yang suaminya cerita semasa dalam ambulans tadi. Ian kata kejadian ini tidak diketahui oleh ahli keluarganya.

Ian bimbang nanti mama atau papa dan ibu risaukan mereka. Jadi hal ini hanya mereka yang tahu.

"Hmm.. Mesti kau trauma kan?" melihat lebam dan luka di wajah Rina itu membuatkan Ain teringat kejadian yang menimpanya dulu.

[C] Kerana Aku, Milik Ian BenjaminWhere stories live. Discover now