𝓡𝓲𝓷𝓪 𝔁 𝓘𝓪𝓷 | 8 🍁

3.6K 208 27
                                    

RINA hanya duduk diam menjama pulut kuning dan rendang ayam di satu sudut rumah itu. Uminya mengajak dia ke rumah jiran sebelah untuk menyambut hari lahir Puan Emy.

Nak tak nak dia kena ikut juga kerana Shasha pun ada sekali. Memandangkan tiada yang seumurnya di situ, jadi dia hanya berdiam diri. Sesekali kedengaran suara gelak tawa mereka di ruang tamu. "Lebih baik aku tak payah datang.."

"Kenapa menyendiri kat sini?"

Rina menoleh ke kirinya. Automatik dia menelan liur. "Saja." balasnya pendek. Lelaki itu tersenyum.

"We've meet before, right? Tapi awak buat macam tak kenal saya." Kerusi disebelah gadis itu dia tarik lalu melabuhkan duduk.

Rina sudah tidak senang duduk. "Tak ingat pula jumpa kat mana. Sorry." Tidak sedar yang Ian meletakkan lengannya di belakang kerusi tempatnya duduk sebelum mendekatkan jarak mereka.

"Are you still mad at me, Rin?" bisik Ian pada telinga Rina. Meremang habis bulu roma Rina. Nasib dia bertudung. Kalau tak? Dia menoleh ke kiri. Ian tersenyum senget.

Rina menelan liur. "Buat apa nak marah kalau saya tak kenal awak. Haha." Rina lepaskan gelak dibuat-buat. Dia bangun dari duduknya. Mahu ke dapur untuk mencuci tangan. Dia nak blah dari sini!

Ian hanya memerhati gadis itu melangkah pergi. Dia menghembuskan nafas lega. Lega gadis itu sihat dan makin matang. Makin cantik pun ada. Dah bertudung pula tu. Manis saja di matanya.

Telefon di tangan berdering. Dia tersenyum lebar. Kekasih hati membalas pesanannya. Dia bangun dan beredar dari situ.

 Dia bangun dan beredar dari situ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

RINA berbaring di atas katil. Dia balik dulu ke rumah. Dia malas mahu berlama-lama di situ. Sesak nafasnya melihat si jantung hati bersama orang lain. Lelaki itu seperti sedang menunggu seseorang sebelum dia balik tadi. Bila dia balik, dari luar rumahnya dia menyaksikan Ian membawa masuk seorang perempuan. Mungkin untuk di kenalkan pada keluarganya.

Rina menyentuh pipinya. Basah. Basah dengan air mata. Ya. Dia menangis. Menangis melihat lelaki yang pernah dia sukakan, bersama dengan perempuan lain.

Hatinya sakit.

Dia menangis teresak-esak bila teringatkan apa yang dia nampak tadi. Tangan naik menumbuk dadanya yang sakit. Apa yang lelaki itu kata padanya dulu bermain difikirannya semula.

"Kau dah tak ada maruah ke?! Hah? Tak malu dengan apa yang kau buat ni? Aku dah kata aku tak ada hati dengan kau! Tak faham?! Tolong lah jangan kacau hidup aku lagi. Aku menyampah tengok kau! Kalau tak disebabkan kau adik Shahrul, dah lama aku humban kau masuk tong sampah."

Makin kuat esak tangisnya. Selimut di atas katil dia genggam erat. Kata-kata lelaki itu jelas menggores hatinya. Dia menghilangkan diri dari lelaki itu yang dulu pernah menjadi sahabat abangnya Shahrul ketika lelaki itu belajar di luar negara.

[C] Kerana Aku, Milik Ian BenjaminWhere stories live. Discover now