PETANG esoknya, Ian membawa Rina bersiar-siar di keliling hotel dengan menaiki basikal. Kawasan hotel itu sangat luas. Usai berbasikal, mereka berhenti di kawasan riadah di bahagian tepi hotel tersebut.
Hari sudah sedikit gelap. Rina sempat menangkap gambar sebelum melabuhkan duduk di kerusi panjang yang terdapat di situ. Ian pula menghantar basikal yang mereka sewa tadi ke tempat sewa berhampiran.
Kepala didongak memandang ciptaan Yang Esa. Langit petang itu sangat indah. Matahari menunggu masa saja mahu terbenam. Angin yang bertiup agak sejuk namun Rina berasa sangat tenang dengan suasana itu.
"Sayang.." Ian tunduk mengucup pipi isterinya yang termenung itu dari belakang. Rina tersentak. Terasa macam baru saja disimbah dengan air panas. Membahang wajahnya. Selamba saja si suami mengucup pipinya.
Ian tersengih melihat riak wajah si isteri. Dia duduk disebelah. Tangan kiri diletakkan di kepala kerusi belakang isterinya.
"Selamba badak je abang kiss Rina. Ada orang la."
"Alaa.. Wife abang juga kan? Bukan kiss orang lain." Hidung Rina dia cuit manja. Barulah isterinya itu tersenyum comel.
Kepala Rina di tolak ke arahnya dengan tangan kiri. Pipi gebu itu Ian cium lagi sekali. Terjerit kecil isterinya itu sambil memukul dada bidangnya. Bukan kiss, tapi more to menggomol pipi gebu itu.
Ian tertawa suka.
"Sayang happy?" lembut suara itu menyapa telinganya.
Rina berpaling memandang suaminya. Dia tersenyum seraya mengangguk kecil. Ian turut tersenyum. Sisi kepala Rina dia kucup lembut. "Abang pun happy. Terima kasih sayang.. Sudi terima abang. Sayang dah maafkan abang ke?"
Tangan Rina dia raih dan disulamkan jari jemari kecil itu dengan jari jemarinya.
"Rina tengah usaha nak maafkan abang. Sebab rasa kecewa tu sebenarnya masih ada.. Tapi Rina jujur yang Rina sayang dan cintakan abang sepenuh hati Rina."
Ian tersenyum nipis. Faham yang kesalahannya dulu itu memang susah untuk dimaafkan apa lagi dilupakan.
"Abang akan berusaha untuk buktikan pada sayang yang abang betul betul nak tebus kesalahan abang pada Rina. Abang cintakan isteri abang ni hingga akhir hayat abang. I'm willing to die just for you sayang."
"Ish abang ni kenapa tiba tiba cakap pasal mati? Rina tak suka." Rina berkata seraya memeluk tubuh tegap itu dari tepi. Ian tersenyum. Kepala disandarkan pada kepala isterinya.
"Kita kan kena sentiasa ingat mati.. Jodoh.. ajal maut tu semua di tangan Allah. Kalau satu hari nanti Allah takdirkan antara kita pergi dulu.. Sayang kena terima."
Mata Rina sudah berair mendengar kata kata Ian itu. Entah kenapa hatinya jadi tidak tenang. Wajah dibenamkan ke dada bidang suaminya.
"I love you sayang."
YOU ARE READING
[C] Kerana Aku, Milik Ian Benjamin
RomanceBook 5 : SHARINA x IAN BENJAMIN Story about Sharina (Mrs Haiden Mateen) and Ian Benjamin (Tuan Karl Benjamin)