𝓡𝓲𝓷𝓪 𝔁 𝓘𝓪𝓷 | 30 🍁 (END)

6.8K 235 65
                                    

RAEES ELMIR bin Mohamad Ellian, lahir tepat pukul 11 malam pada tanggal 22 / 12/ 2022.

Rina tersenyum melihat Ian mengazankan anak lelaki pertama mereka. Sayu terdengar suara si suami. Bergetar. Pertama kali mendukung anak kecil. Melaungkan azan dengan nada perlahan pada anaknya. Jelas kelihatan mata suaminya yang berkaca. Mungkin air mata gembira.

Betapa Rina bersyukur, dia melahirkan anak mereka cara normal dan lancar saja. Bibir pula tak putus berdoa semoga semuanya dipermudahkan.

Tapi sedikit lucu kerana air ketubannya keluar ketika dia tengah santai duduk di dapur, makan buah apple yang mamanya potong. Due date seminggu saja lagi tapi anaknya mahu keluar awal. Kelam kabut Ian pakaikan tudung di kepalanya sebelum dia di bawa ke hospital.

Dia yang nak beranak ni tenang saja. Suami pula yang gelabah. Sempat lagi dia bawa beberapa potong buah apple yang tak habis dia makan. Ambil kesempatan sebelum dia melahirkan.

Maafkan mama sayang! Mama lapar! Lagipun mama perlukan tenaga hehe

Datin Sarimah pun panik. Dia suruh Ian bawa Rina terlebih dahulu. Nanti dia menyusul sekali dengan barang anak dan cucunya yang sudah mereka sediakan lebih awal.

Dia tunggu Shahrul, Shahril dan Dato Kamal balik dari kenduri di rumah kenalan mereka. Mereka yang tiada di rumah pun kelam kabut balik ke rumah selepas mendapat panggilan dari Datin Sarimah.

Sudahnya, semua orang kelam kabut, gelabah panik. Rina saja yang tenang.



"COMELNYA anak kita abang.. Berapa berat dia? Gebu comel je pipi dia." Rina mengucup pipi Raees yang gebu. Bau baby. Bau yang dia suka.

Anaknya sedang menyusu.

Ian di sisi hanya tersenyum bahagia. "Nurse kata berat dia 4kg. Sebab tu banyak lemak ni." pipi Raees dia cuit. Ee geram nak gomol.

Rina tertawa kecil. "Mesti sebab Rina kuat makan. Syukurlah dia gemuk sihat macam ni."

"Dah mama dia kuat makan masa mengandungkan dia." Ian kucup dahi isterinya. Aah sayang awak sangat, isteri ku!

Rina tekun merenung wajah anaknya. Memang serupa dengan wajah suaminya waktu kecil. Dia ingat. Ethan pernah tunjukkan padanya.

Kening tebal dan terbentuk elok. Bulu mata panjang melentik. Rambut pula lebat je. Warna mata jangan cakaplah. Ikut si ayah!

"Muka dia macam muka abang masa kecil. Kan?"

"Haah sayang." Bahu Rina dia peluk erat. Tak habis-habis panjatkan kesyukuran pada Allah kerana sudah berikan mereka rezeki anak yang sihat walafiat. "Raees Elmir. Cantik tak nama dia?"

"Cantik abang. Nak panggil apa? El? Mir?" Dia mendongak, pandang si suami yang setia duduk di sisi.

"Rael. Singkatan dari nama dia. RAees dan ELmir." Ian tersengih suka. Rina hanya tersenyum.

"Rael.. Hmm.. Okay juga." Sekali lagi ubun ubunya di cium Ian. Haih tak habis habis. Sayang betul!

"Terima kasih sayang. Sudi kandungkan, dan melahirkan anak kita. Bergetar lutut abang temankan sayang dalam wad bersalin tu tadi. Rasa macam cukup sorang saja anak kita."

Rina tertawa. Masih dia ingat. Ian tak henti terkumat kamit membaca macam-macam surah disebelahnya ketika dia melahirkan. Yang Rina tahu, semua doa itu adalah doa untuk permudahkan dia bersalin. Doa Nabi Yunus, ayat kursi, surah al-A'raf dan banyak lagi.

"Confirm ke nak sorang saja?" Rina jungkitkan kening pada Ian seraya tersenyum.

Ian tertawa halus. Bergetar jiwanya melihat wajah berseri si isteri.

[C] Kerana Aku, Milik Ian BenjaminWhere stories live. Discover now