QUEBEC City, Canada.
RINA tersenyum. Teruja. Akhirnya dia sampai di tempat yang dia sudah lama idam nak pergi. Hampir sehari mereka di udara. Turun saja dari kapal, Rina terus offkan airplane mode. Meriah telefonnya menerima notifikasi. Ian sudah belikan simkad baru sebelum mereka sampai ke sini.
Tubuh Rina terkaku membaca satu pesanan dari sahabatnya Maysara.
'Kakak aku dah tak ada.'
Mulut ditekup dek rasa terkejut mengetahui berita itu. "Ya Allah Sara.."
Ian yang sedang berbual dengan Rise di pintu pesawat itu sesekali mengerling si isteri yang sedang membelakangkan dia.
Nombor Maysara dia cuba call. Sekali tak dapat. Kali kedua baru panggilan di jawab. Tapi bukan Maysara yang jawab.
"Err Sir. Maaf ganggu. Sara okay?"
Ian menghampiri isterinya. Pinggang dirangkul. Kucupan dilabuhkan ke sisi kepala isterinya yang dilitupi shawl hitam.
"Bagitahu dia saya minta maaf tak dapat datang. Saya pergi Canada."
Si suami hanya diam mendengar isterinya berbual di telefon.
"Terima kasih sir. Salam takziah." panggilan di tamatkan. Rina mengeluh perlahan.
"Kenapa sayang? Siapa yang meninggal?"
Ian disebelah dia pandang. "Kakak Maysara.. Mayzatul. Baru saja meninggal pagi tadi."
"Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun.. Sakit ke sayang? Atau accident?"
"Breast Cancer tahap 4.." tenggelam timbul saja suara isterinya. Tahu Rina turut bersedih, dia peluk si isteri. Tepuk lembut belakang tubuh kecil Rina.
"Dia doakan yang baik baik untuk dia ya. Setiap yang hidup itu pasti akan pergi menghadap Ilahi sayang." Pelukan dileraikan. Air mata di pipi isterinya dia seka lembut.
Rina mengangguk faham.
"Sekarang jom pergi hotel. Abang tahu sayang mesti penat."
Rise yang berdiri tidak jauh dari situ sudah bersedia dengan bagasi pasangan itu. Kereta pula baru saja sampai. Seseorang keluar dari kereta tersebut. Ian tersenyum.
"Black. Kau buat apa kat sini?" sapa Ian pada lelaki yang datang bersama kereta yang akan bawa mereka ke hotel itu.
Black tersengih.
"Ada urusan kerja. Ni aku baru nak balik naik private jet ni.." jawabnya seraya mengeluarkan bagasi dan tempat duduk penumpang. Black menghampiri pasangan itu. "Hi Rina." sapanya.
Rina tersenyum sebelum mengangguk perlahan. Membalas sapaan lelaki itu.
"Annetta tak join kau?"
"She's pregnant. Jadi Karl tak bagi dia buat kerja." Black tak dapat tahan senyum bila teringatkan si isteri yang sedang mengandung. Tak sabar nak balik. Rindu dengan Annetta.
"Alhamdulillah. Ada anak juga kau Black. Tak sabar aku nak tengok kau pegang baby." Ian tertawa di hujung ayatnya. Siapa sangka Black yang selama ini pegang senapang, pedang segala senjata yang lain, kini akan pegang dan dukung baby. Syukurlah Black sekarang sudah tidak kerja yang tidak baik.
Karl hanya menyuruhnya outstation saja. Buat kerja luar company. Rise bergerak meletakkan bagasi Ian dan Rina ke dalam kereta.
"Kau pun tak lama lagi tu." Black tepuk bahu Ian seraya menjuihkan bibirnya ke arah Rina yang sedang sibuk menggambar sekeliling.
YOU ARE READING
[C] Kerana Aku, Milik Ian Benjamin
عاطفيةBook 5 : SHARINA x IAN BENJAMIN Story about Sharina (Mrs Haiden Mateen) and Ian Benjamin (Tuan Karl Benjamin)