𝓡𝓲𝓷𝓪 𝔁 𝓘𝓪𝓷 | 7 🍁

3.4K 190 15
                                    

CUTI SEMESTER kini bermula. Maysara sudah balik ke kampung. Rina pula balik ke rumah. Malam nanti mereka sekeluarga akan menyambut hari lahir Dato Kamal di salah satu terkemuka.

Rina baru saja melabuhkan duduk di sofa yang terletak di ruang tamu bersama keropok mister potatonya bila Shahril kelihatan tergesa-gesa keluar dari rumah. Tak sempat Rina hendak bertanya. Abangnya itu sudah memecut laju tinggalkan rumah.

"Siapa keluar tadi?" tanya Datin Sarimah yang sudah siap hendak keluar. Yelah sambut birthday husband siapa yang tak teruja?

"Abang Ril."

"Oh.. Rina dah siap ke? Pakai macam tu je?" soal Datin Sarimah. Rina hanya mengenakan kaftan berwarna pink belacan dan tudung bawal warna senada tapi bercorak bunga-bunga kecil.

"Haah. Kenapa pakaian Rina ni tak sesuai ke dengan majlis papa?"

"Eh kamu ni ke situ pula. Mama tanya je sebab kamu selalu pakai baju yang menyerlah dari mama."

Rina tertawa kecil. Entah kenapa dia lebih senang berpakaian sederhana sejak dua menjak ni.

"Macam ni je la mama. Malas dah nak lebih-lebih dalam berpakaian ni." Rina menutup keropok mister potatonya. "Dah siap ke? Birthday papa mana?"

Bukan birthday boy tapi birthday papa. Sebab tu adalah hari lahir papanya yang berusia 57 tahun.

"Ada tengah bersiap. Baru habis solat." balas Datin Sarimah. Rina mengangguk faham. Shahrul pula kelihatan sedang menuruni anak tangga. Dia juga sudah siap memakai kemeja pink belacan sama macam Rina dan seluar slack hitam. Pink belacan adalah warna tema mereka sekeluarga hari ini.

PETANG tadi Mayzatul baru saja check in bilik hotelnya bila dia mendapat pesanan whatsapp dari nombor yang dia tidak kenali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


PETANG tadi Mayzatul baru saja check in bilik hotelnya bila dia mendapat pesanan whatsapp dari nombor yang dia tidak kenali.

Pesanan yang berbaur ugutan itu sedikit pun tidak membuat Mayzatul takut. Tapi pesanan terakhir yang dia dapat pada maghrib itu membuatkan dia berdebar.

Tapi dia cuba buat tak endah. Dia tak percaya yang lelaki bertanggungjawab atas bayi dalam perutnya itu mahu bertanggungjawab ke atasnya.



"KAU YANG CALL aku tadi?"

Shahril menyoal pada seorang lelaki yang menyandar di tepi Maserati Granturismo hitam itu. Dia menghampiri lelaki itu. Hari dah malam, tapi suasana terang benderang dengan lampu jalan di jalan taman rekreasi itu.

"Yes I am. Kau kenal Mayzatul kan? Dan aku tahu kau dah lama cari dia."

"Ya betul.." Shahril cuba menenangkan diri. Betapa terkejutnya dia bila dapat panggilan dari lelaki ini yang mengatakan bahawa dia tahu Mayzatul di mana.

"Aku nak kau contact dia dan bawa dia pergi jauh dari sini." Dia menghulurkan sehelai kertas yang bertulis nombor telefon Mayzatul. Shahril tersenyum gembira.

[C] Kerana Aku, Milik Ian BenjaminWhere stories live. Discover now