IAN duduk termenung di tepi kolam renang yang terletak ditepi mansion milik ayahnya. Dia tunduk merenung air kolam.
"Ian? Termenungkan apa tu?" Ethan menyoal. Ian tersenyum nipis.
"Tak ada apa, ayah." balasnya senada. Ethan melangkah mendekati anak sulungnya itu.
"Ayah minta maaf. Tapi keputusan ni adalah yang terbaik buat ayah dan ibu. Ibu nak belajar lebih mendalam agama baru dia. Kita kena faham." Ethan menepuk bahu anak terunanya itu.
"Mama masuk islam tak ajak Ian pun.."
Ethan tersenyum.
"Are you interested in Islam, Ian?"
Ian diam. Tidak tahu mahu berkata apa. Dia tidak pernah sedikit pun ada rasa ingin tahu tentang agama baru ibunya itu. Tapi dia mahu terus ada di sisi ibunya.
"Ibu memang dah lama minat mendalami agama Islam. Sampai satu hari dia membuat keputusan untuk masuk Islam. Ayah tak dapat halang sebab ibu nampak gembira sangat bila bercerita tentang apa yang dia belajar di kelas KAFA." Ethan tersenyum. "Sampai ayah sendiri pun rasa tenang bila dengar ibu kamu mengaji dan solat."
Ian mengukir senyuman nipis.
"Bila ibu nak balik Malaysia?"
"Ibu kata kamu nak dia tunggu hingga kamu habis study kan?"
Ian mengangguk. "Boleh ke Ian pergi jumpa ibu?"
"Boleh. Kan ibu ada bagitahu kamu. Alamat tempat dia tinggal? Pergilah jumpa bila ada masa. Mesti ibu kamu gembira dapat jumpa kamu."
"Tapi ibu takkan lupakan Ian kan walaupun ibu dah masuk Islam?"
"Tak, nak. Ibu kata agama Islam tidak melarang orang Islam mengadakan hubungan baik dengan bukan Islam. Tidak menjadi kesalahan mengadakan hubungan dengan bukan Islam dan keharusan itu meliputi semua kafir dengan syarat mereka tidak mengancam Islam serta umatnya." Ethan tersengih. "See? Ayah dah hafal apa yang ibu selalu cerita."
Ian tertawa kecil. Hati tiba-tiba tertarik pula dengan agama Islam. Ian pegang dadanya. Ya, dia tertarik. Ibunya juga pernah bercerita dengannya.
RINA tersenyum tanpa henti bila Ian setuju untuk mengajak dia sekali ke Paris. Mereka pergi dengan kapal terbang. Cepat sikit sampai. Shahrul disebelah Rina turut tersenyum melihat adiknya itu.
Ian membeli tiket business class untuk mereka bertiga. Tempat duduk Rina dan Shahrul bersebelahan. Ian pula di tempat lain.
Shahrul mengerling Ian yang sibuk menghadap laptop di tempat duduknya. Kasihan pula dengan sahabatnya itu. Memandangkan ayahnya Ethan belum sihat sepenuhnya, Ian yang menjalakan tugas menjaga syarikat ayahnya. Sekaligus terus mengajar dia sebelum menjadi waris.
"Rina."
Rina menoleh.
"Nanti kat sana, jangan kacau Ian tau. Dia sibuk. Kalau ada masa baru abang Rul ajak Rina jalan-jalan ya?"
YOU ARE READING
[C] Kerana Aku, Milik Ian Benjamin
RomanceBook 5 : SHARINA x IAN BENJAMIN Story about Sharina (Mrs Haiden Mateen) and Ian Benjamin (Tuan Karl Benjamin)