𝓡𝓲𝓷𝓪 𝔁 𝓘𝓪𝓷 | 6 🍁

3.4K 176 4
                                    

4 tahun berlalu..

RINA tersenyum senang, kelas untuk hari ini sudah selesai! Bolehlah dia balik bilik dan tidur! Kejadian semalam di cafe masih menjadi buah mulut pelajar dalam kampus itu di mana sahabatnya Maysara memberi pengajaran pada bekas teman lelakinya Fahmi di dalam cafe.

Tapi dia tak kisah. Yang penting sekarang Fahmi dah kena panggil ke pihak disiplin dan dikenakan tindakan. Rina tersenyum lebar bila kelibat Maysara sedang menunggu dia di luar kelas menyapa mata.

"Sara!" Maysara menoleh dan terus tersenyum. Rina mendekati sahabatnya itu. "Dah lama ke kau tunggu?"

"Baru je. Tak sampai 5 minit pun." Maysara dan Rina berjalan beriringan.

"Kita pergi cafe nak? Aku laparlah. Nak tapau makanan balik bilik."

"Ehh boleh je. Kalau kau lapar, aku lagilah lapar." balas Maysara.


"FAHMI dah tak kacau kau kan?" Maysara menyoal seraya membuka pin di tudungnya.

Rina yang duduk di katil tengah menanggalkan stokin di kaki itu mengangguk perlahan.

"Alhamdulillah setakat ni tak ada." balasnya seraya merebahkan tubuh ke atas katil. Penat! Hampir seharian dalam kelas. Petang baru dapat balik bilik.

Maysara duduk di katilnya. Stokin di kaki di tanggalkan sebelum dia turut berbuat yang sama dengan Rina. Baring. Melepaskan segala penat di tubuh.

"Kalau dia kacau kau lagi, bagitahu aku. Memang aku hempuk nyawa dia haa." kata Maysara sambil menunjukkan penumbuknya. Rina tertawa.

Senang. Hatinya kini sudah dapat dia rawat. Balik dari London, dia kerja part time di tealive sementara menunggu keputusan SPM. Walaupun ibu bapanya melarang, tapi dia tetap mahu kerja part time. Saja cari pengalaman daripada goyang kaki di rumah.

Dapat saja keputusan, menunggu pula tawaran dari tempat pengajian yang dia mohon. Alhamdulillah dapat di kampusnya sekarang ini. Berjumpa pula dengan Maysara yang kini jadi sahabat baiknya. Dari sem 1 hingga sekarang dah sem 2.

Kehadiran Maysara sedikit sebanyak dapat mengubat hatinya yang luka kerana sahabatnya itu banyak beri semangat dan menasihatinya.

"Weh aku pergi mandi dulu." Maysara mencapai baldi yang berisi barang-barang mandinya. Tuala dia sangkut di bahu.

"Okay.." balas Rina.

SHAHRUL menuruni anak tangga ke ruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SHAHRUL menuruni anak tangga ke ruang tamu. Hidung menangkap bau nasi lemak di awal pagi ini. Sia-sialah dia pergi jogging kalau end up bersarapan berat.

"Mama, papa.." sapanya ketika masuk ke ruang makan. Dato Kamal juga sudah ada di situ, membaca email di ipad.

"Lewat kamu ke pejabat hari ni Rul?" tanya Dato Kamal. Sejak Shahrul habis belajar 4 tahun lepas, anaknya itu kini memegang cawangan syarikatnya di Kuala Lumpur. Dia pula urus yang di Shah Alam.

[C] Kerana Aku, Milik Ian BenjaminWhere stories live. Discover now