"CIPHER dah jumpa perempuan tu kat mana." Redza berkata pada Karl yang sedang berbincang dengan Black di dalam bilik kerja. Kakinya melangkah menghampiri mereka.
"Kat mana?"
Ipad Redza letakkan di depan Karl.
"Ni rakaman dari CCTV hotel tempat Rina dan Ian menginap di Quebec. She was there. Apa yang Cipher dapat tahu yang Sora sebenarnya dapat lari dari hospital mental tu. Fuzen hubungi Ian hanya untuk track di mana lokasi Sora kerana dia tahu, di mana ada Ian, di situ ada adik dia."
"Macam mana boleh terlepas dari hospital mental? Ada orang dalam tolong dia ke?" Black pula bersuara.
Redza menggeleng perlahan. "Korang takkan percaya apa yang Cipher jumpa lagi tadi. Punya excited aku dengan dia dalam makmal kecil dia tu." Redza sentuh skrin ipadnya.
"The one who help Sora escape is not HE. It's SHE." Redza mainkan CCTV Hospital Mental di jepun di mana dua orang wanita bertemu di luar pagar. Seorang itu Sora, seorang lagi..
Black dan Karl berpandangan. Tidak percaya.
"Kau biar betul? Takkan la.." Karl sandarkan tubuh ke kerusi. Tangan naik meraup muka. Tambah lagi masalah!
"Weh betul la.. Banyak tau bukti aku dan Cipher dapat."
"Cipher mana?" Black mencekak pinggang.
"Dah pengsan dalam bilik tidur dia. Seharian tak tidur sebab cari pasal ni." laju Redza membalas.
"Kau call Ian sekarang. Bagitahu dia semua ni. Termasuk Theo dan Adrean." arah Karl.
IAN dan Rina berjalan berpimpinan tangan. Hari ini Ian membawa Rina mencari souvenir lagi buat keluarga mereka di Malaysia. Katanya Datin Sarimah memesan pinggan bercorak cantik dari Italy. Italy memang kaya dengan kraf tangan dari ceramics. Contohnya pinggan atau mangkuk. Gelas pun ada.
Sempat juga mereka duduk minum petang di satu restoran. Kata Ian restoran itu ada sajikan makanan halal. Rupanya mostly pekerja di restoran itu orang muslim.
Kashmir Restaurant.
Bersinar sinar mata Rina melihat pelbagai pilihan menu di depan mata.
"Abang, Rina nak Naan Cheese. Chicken Briyani and Kari Ayam." Rina bersuara seraya mendongak menatap suaminya di depan. Ian hanya tersenyum melihat gelagat isterinya itu. Pantang jumpa makanan. Nak dua ke tiga dia pesan.
"Okay sayang.. Ada nak tambah lagi? Minum?"
"Nak air kosong je abang." balasnya. Menu dia tutup.
Ian kemudian pergi memesan makanan di kaunter. Rina meliarkan mata memerhati sekelilingnya. Nak cari juga kalau ada stalker suaminya ikut. Bolehlah dia join masuk dalam gambar sekali. Hahaha
Telefon milik Ian yang ada di dalam handbagnya itu berdering. Ada panggilan masuk. Kelam kabut Rina keluarkan.
"RED 👺? Siapa ni?"
"Hello?" Rina angkat panggilan tersebut.
"Rina?"
"Ya saya."
"Ian ada? Ni saya, Redza."
"Ohh.. Ada. Kejap eh. Dia tengah order makanan."
"Korang kat luar ke sekarang?"
"Haah." Kepala Rina angguk. Macam Redza ada depan mata saja.
"Siapa tu sayang?" tanya Ian sebelum melabuhkan duduknya.
"Redza." Telefon si suami dia hulur. Ian menyambut huluran itu.
"Hello Red. Kenapa?"
Melihat suaminya sedang berbual ditelefon dengan nada serius itu membuatkan tangan Rina gatal mahu menangkap gambar.
YOU ARE READING
[C] Kerana Aku, Milik Ian Benjamin
RomanceBook 5 : SHARINA x IAN BENJAMIN Story about Sharina (Mrs Haiden Mateen) and Ian Benjamin (Tuan Karl Benjamin)