𝓡𝓲𝓷𝓪 𝔁 𝓘𝓪𝓷 | 5 🍁

3.5K 204 29
                                    

RINA diam duduk di dalam bilik. Kerjanya hanya membaca ebook dalam ipadnya saja. Kalau lapar baru dia turun makan. Datin Sarimah ada mengajak dia keluar bersama Shahrul dan Ian. Tapi dia menolak.

Dia tidak mahu berjumpa lagi dengan lelaki itu. Mengingati dia saja sudah buat hatinya sakit. Apalagi kalau melihat wajah lelaki itu?

"Rina.." panggil Datin Sarimah dari luar sambil mengetuk pintu biliknya.

"Ya mama. Masuklah. Pintu tak kunci."

Pintu bilik di tolak dari luar. "Rina tak siap lagi?"

"Nak siap ke mana mama?" Rina mengerutkan kening.

"Laa.. kan abang Rul ajak keluar? Dia ajak Rina pergi tengok wayang."

Rina menggeleng perlahan. "Tak nak la mama. Rina nak membaca. Malas nak keluar."

Datin Sarimah mendekati katil anaknya. Dia duduk di birai katil. "Rina sejak balik dari Paris ni macam lain je? Ada jadi apa-apa ke kat sana?"

"Tak adalah mama. Rina penat je. Tiba-tiba malas nak keluar pula." Dia tersenyum nipis. Datin Sarimah mengeluh perlahan.

"Jadi Rina betul ni taknak ikut? Shahrul pergi dengan Ian sekali tau. Ian yang ajak. Sebab tu Shahrul suruh mama tanya Rina. Bolehlah Rina tangkap gambar lagi. Rina kan suka ambil gambar semua tempat Rina pergi?" saja dia menyebut nama Ian.

Namun Rina tetap tidak mahu. Datin Sarimah keluar dari bilik. Rina kembali membaca ebook di ipadnya. Lebih baik stay dalam bilik, baca buku daripada keluar dengan lelaki itu.

 Lebih baik stay dalam bilik, baca buku daripada keluar dengan lelaki itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ESOK ADA event penutupan kat company papa. Minggu depan dah boleh balik Malaysia dab." kata Datin Sarimah yang sedang memasak untuk makan malam itu.

Rina yang ada di situ, selamba menyuap maggi ayam ke dalam mulut. Sejak tadi sepatah saja dia jawab setiap kali mamanya bertanya. Dia sakit gigi. Jadi malas hendak membuka mulut.

Datin Sarimah menjeling Rina yang sedang menjamu selera. Dulu dialah orang paling teruja pergi event macam tu. Tapi sekarang.. Anaknya itu seakan sudah tidak berminat.

"Rina?" panggil Datin Sarimah.

"Ya mama?"

Datin Sarimah matikan api. Dia pandang Rina yang tengah menghabiskan sup maggi ayamnya.

"Dengar tak apa yang mama cakap tadi?"

"Dengar."

"Nanti kita pergi cari baju."

"Kalau Rina tak ikut boleh ke mama?"

Laju saja Datin Sarimah berpaling memandang anak daranya itu.

"Why? Selalu Rina la orang balik excited nak pergi event?"

"Rina nak rehat." Rina melangkah ke singki. Mangkuk dan sudu dia gunakan dicuci bersih sebelum diletakkan ke rak piring.

"Rina rehat apanya kalau Rina tak buat apa pun kat rumah ni? Mama tak kira. Rina ikut juga malam esok. Kesian papa kalau anak dia kurang lagi sorang. Dahlah Shahril tak dapat nak datang." bebel Datin Sarimah.

[C] Kerana Aku, Milik Ian BenjaminWhere stories live. Discover now